Isnin, 30 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden FIFA bebas tuduhan subahat rasuah

Posted: 29 May 2011 05:00 PM PDT

Presiden FIFA bebas tuduhan subahat rasuah ZURICH - Jawatan Kuasa etika badan induk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kelmarin mengumumkan presiden persatuan itu, Sepp Blatter bebas daripada tuduhan membiarkan aktiviti rasuah berlaku dalam pertubuhan antarabangsa itu.

Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia, Mohamed bin Hammam dan Naib Presiden FIFA, Jack Warner kini digantung sementara untuk siasatan lanjut berhubung tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap mereka.

Timbalan pengerusi jawatan kuasa etika badan itu, Petrus Damaseb berkata, satu siasatan penuh akan dilakukan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, Mohamed didakwa membayar AS$40,000 (RM121,000) kepada beberapa pegawai semasa kempen merebut jawatan Presiden FIFA di Sepanyol manakala Warner berhadapan tuduhan sama yang dilemparkan oleh eksekutif jawatan kuasa FIFA Amerika Syarikat, Chuck Blazer.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Harta Mubarak tidak lebih RM3j

Posted: 29 May 2011 05:00 PM PDT

Harta Mubarak tidak lebih RM3j KAHERAH - Harta bekas presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak (gambar) didakwa tidak melebihi AS$1 juta (RM3 juta) dan beliau tidak memiliki aset di luar negera, menurut peguamnya, kelmarin.

Farid Al-Deeb turut menyatakan Mubarak menafikan dakwaan mengarahkan tindakan kekerasan sehingga menyebabkan lebih 840 penunjuk perasaan terkorban dan tuduhan terlibat dengan amalan rasuah.

"Mubarak juga mengalami masalah jantung yang serius dan kini terpaksa mendapatkan bantuan jika mahu ke tandas," menurutnya lagi.

Bekas presiden itu juga dinasihatkan tidak menonton televisyen bagi mengelakkan tekanan yang mungkin akan memburukkan lagi keadaannya.

Sabtu lalu, Mubarak dan dua bekas menterinya didenda oleh mahkamah sebanyak 540 juta pound Mesir (RM274 juta) selepas didapati bersalah memotong perkhidmatan internet dan telefon semasa tunjuk perasaan selama 18 hari, Februari lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved