Selasa, 13 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Obama naikkan cukai orang kaya

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Obama naikkan cukai orang kaya

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan membiayai akta pekerjaan yang dicadangkan beliau dengan mengumpul sebanyak AS$467 bilion (RM1.4 trilion) cukai daripada golongan kaya dalam tempoh 10 tahun, menurut Rumah Putih, kelmarin.

Obama memasukkan kenaikan cukai itu di dalam undang-undang baru, Akta Pekerjaan Amerika yang turut dikemukakan kepada Kongres, kelmarin.

Namun, banyak pihak termasuk parti pembangkang, Republikan yang mengawal Kongres menolak akta rangsangan pekerjaan tersebut yang dianggap sebagai satu pembaziran wang dan hanya dilakukan untuk menaikkan populariti beliau menjelang pilihan raya umum, tahun depan.

23 kanak-kanak dijangkiti HIV

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

23 kanak-kanak dijangkiti HIV GUJARAT - Seramai 23 kanak-kanak penghidap penyakit genetik dijangkiti HIV selepas menerima darah tercemar dengan virus itu, menurut pihak berkuasa, semalam.

Semua kanak-kanak daripada keluarga miskin itu menerima pemindahan darah percuma di sebuah hospital kerajaan di Junagadh, Gujarat sejak awal tahun ini kerana menghidap penyakit thalassemia yang menyebabkan mereka perlu melakukan pemindahan darah secara kerap.

Bagaimanapun, pihak hospital menafikan dakwaan tersebut walaupun ia disahkan oleh keluarga mangsa.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Klinik sempit, kami tak selesa

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Klinik sempit, kami tak selesa GUGUSAN MANJOI – Sebuah klinik kecil yang mempunyai dua doktor dan jumlah pesakit meningkat kepada 150 orang setiap hari menyebabkan mereka terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum menerima rawatan.

Walaupun kadar perkhidmatan yang dikenakan RM1 termasuk ubat dan rawatan namun, kemudahan yang disediakan agak kurang untuk menampung lebih 10,000 penduduk di kawasan kampung Melayu yang terbesar di negara ini.

Tinjauan Sinar Harian di Klinik Kesihatan Manjoi mendapati, ada di antara pesakit yang datang seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan dan hanya pulang kira-kira jam 12 tengah hari.

Seorang bekas tentera, Hasni Ahmad, 47, berkata, dia memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan sijil cuti sakit selepas dua jam mendapatkan rawatan sakit Gout yang dialaminya.

Menurutnya, penduduk di sini sudah lali dengan masa menunggu yang terlalu lama tetapi tidak mempunyai pilihan lain.

"Malah, penduduk dari Jelapang dan Silibin dirujukkan ke klinik ini untuk mendapatkan rawatan menyebabkan kesesakan yang melampau. Penduduk tidak mampu pergi ke klinik swasta.

"Selain itu, mereka terpaksa menunggu di ruang menunggu yang sempit menyebabkan ada di antara mereka terpaksa berdiri di perkarangan klinik," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Seorang pemandu lori, M Selva, 30, yang pertama kali menerima rawatan di klinik berkenaan terkejut dengan situasi yang terpaksa menunggu di bawah khemah yang disediakan di pekarangan klinik.

"Saya mahu isteri saya ditukar ke klinik lain untuk mendapatkan rawatan. Saya berasa kasihan dengan mereka yang mendapatkan rawatan di sini yang terpaksa duduk dalam keadaan panas berjam-jam lamanya.

"Klinik yang ada kini terlalu kecil, sempit dan panas. Saya berharap jumlah doktor dan kakitangan ditambah bagi mengurangkan kesesakan pesakit terutama pada waktu kecemasan," katanya.

Katanya, beliau menyarankan kerajaan memikirkan penyelesaian masalah ini dengan membina sebuah klinik kesihatan 1Malaysia untuk keselesaan penduduk yang bertambah.

» selanjutnya...

'Wak' cuba pengaruhi penduduk

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

'Wak' cuba pengaruhi penduduk RAWANG – "Dia pernah mengakui kepada saya tiga kali malaikat datang untuk mencabut nyawanya, tetapi tidak jadi selepas dia minta tangguh sebab hendak selamatkan ramai lagi umat Islam (ke jalan benar)."

Demikian antara pengalaman penduduk pernah dipujuk sendiri oleh pengasas Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit untuk menyertai kumpulan terpesong dari ajaran Islam itu, yang tidak dapat dilupakan.

Penduduk hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, dia mesra memanggil pengasas kumpulan terbabit yang bertapak di Kampung Melayu Batu Arang itu sebagai 'Wak' seperti kalangan masyarakat kampung.

"Saya dan Wak agak rapat kerana bekerja di satu tempat kerja yang sama iaitu di kilang buat peluru di Batu Arang pada 1974. Pada masa itu Wak bekerja sebagai 'foreman' baik dengan semua seperti biasa.

"Sejak 90-an, dia (arwah) yang berumur sekitar 50-an ketika itu dan berasal dari Tanjong Karang sudah menuntut ajaran itu di Gombak sebelum menjadi pengasas ajaran berkenaan bermula di kampung ini," katanya.

Menurut Mohamad, Wak yang meninggal dunia sekitar lima tahun lalu pernah memujuknya beberapa kali supaya menuntut ilmu terbabit di Gombak, tetapi ditolak baik dengan alasan mempunyai komitmen lain.

Katanya, terdapat juga rakan-rakan dari Batu Arang cuba menjadi pengikut ajaran berkenaan, tetapi tidak tahan dengan masa 'pengajian' pada tengah malam hingga awal pagi.

"Ada kawan-kawan (kilang) kata tidak tahan kerana waktu kelas sedemikian, kemudian 7.30 pagi perlu masuk kerja semula. Jadi ramai yang lari.

"Namun ada segelintir terpengaruh sebab dijanjikan ia adalah jalan betul untuk mencari akhirat iaitu masuk ke syurga," katanya.

Menurut Mohamad, bagaimanapun berikutan ajaran menjadi bualan ketika itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah membuat pantauan beberapa tahun selepas kewujudannya bertapak di kampung tersebut.

"Sekarang daripada maklumat kita terima, salah seorang menantu lelaki Wak daripada 13 anaknya, menyambung 'tugasnya' untuk menyebar ajaran itu," katanya.

Menurutnya, penduduk tidak membuat aduan rasmi walaupun sedar kegiatan dilakukan kumpulan terbabit.

"Jika tidak silap sudah dua kali serbuan ke rumah itu, malah pihak Jais pun sudah pantau.

"Selepas itu kita tidak dengar sebarang cerita, namun baru-baru ini isu itu (ajaran sesat ) kembali diketengahkan," katanya.

Mohamad juga mengesahkan kelas 'pengajian' ada dijalankan di markas utama ajaran tersebut.

Katanya, aktiviti diadakan di ruang surau markas dihadiri kira-kira 20 pengikut pada satu-satu masa.

"Dua kali setiap minggu terdapat orang akan 'mengaji tarikat' di situ yang sering diadakan sekitar jam 1 pagi hingga jam 4 pagi.

"Mereka yang datang bukan calang-calang orang kerana menggunakan kereta besar-besar dan kebanyakannya orang luar dan bukan penduduk tempatan," katanya.

Paksa penoreh minum racun

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Paksa penoreh minum racun KUALA TERENGGANU – Dua bersaudara berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas dakwaan membunuh seorang penoreh getah dengan memaksanya meminum racun dalam satu kejadian di kampung Lubuk Batu, Wakaf Tapai, Marang, 19 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mat Ubidi Osman, 40, dari Kampung Gondang, Binjai Rendah, Marang dan anak saudaranya, Kamarulzaman Mamat, 26, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muda Mohd, 27, di dalam kawasan kebun di Kampung Lubuk Batu, Marang antara jam 10 hingga 11 pagi pada 19 Oktober 2010.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya, Zalina Awang @ Mamat di hadapan hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Selepas pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Mohd Yazid menetapkan 18 Oktober depan untuk serahan dokumen dan representasi daripada peguam bela tertuduh.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan seorang lelaki berumur 27 tahun yang dipercayai dipaksa minum racun oleh keluarga teman wanitanya, meninggal dunia jam 7.30 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, selepas sembilan hari bertarung nyawa.

Mangsa, Muda Mohd yang bekerja sebagai penoreh getah dikatakan dipaksa empat lelaki yang ada talian persaudaraan dengan teman wanitanya berumur 16 tahun meminum racun kerana tidak berpuas hati lelaki itu menjalin hubungan dengan gadis berkenaan.

Mangsa yang meninggal dunia akibat komplikasi dalaman dikatakan dipaksa minum racun oleh keluarga teman wanitanya sebelum mengadu sakit perut dan rebah di dapur rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 1 petang dan dikejarkan ke HSNZ.

Jangan ubah fakta sejarah

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jangan ubah fakta sejarah KUANTAN - Fakta sejarah tidak boleh diubah sama sekali kerana ia sudah melalui proses kajian dan penyelidikan yang mendalam selain mengambil kira setiap aspek.

Pakar sejarah yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, situasi yang berlaku sekarang adalah strategi komunis untuk menjadikan sejarah tunggang terbalik.

Menurutnya, golongan yang tidak memahami sejarah secara menyeluruh dan dari segi perundangan, seharusnya tidak mengeluarkan pendapat yang hanya mengelirukan malah tidak benar.

"Sejak dulu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negara ini tidak pernah dijajah British dan Raja-Raja Melayu tidak kehilangan kuasanya.

"Tetapi hanya pembesar Melayu yang kehilangan kuasanya kepada pegawai British, justeru dakwaan mengatakan komunis menyerang anggota polis yang bekerja di bawah kekuasaan British adalah tidak tepat," katanya pada forum Majlis Bersama Pejuang-Pejuang Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Nege-ri Pahang, Datuk Seri Mohamad Saffian Ismail.

Ramlah berkata, fakta sejarah juga menunjukkan Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya yang menuruti arahan seorang komander lain malah tidak layak diletakkan sebaris nama besar tokoh pejuang kemerdekaan seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al-Helmy serta pejuang lain sama ada berhaluan kanan atau kiri.

"Ini fakta sejarah yang tidak boleh diubah atau ditokok tambah, cuma interpretasi sejarah saja mungkin berlainan tetapi itu pun memerlukan bukti baru, dan dokumen sahih.

"Sebagai pengkaji sejarah, inilah pertama kali saya melihat sejarah negara di tunggang terbalikkan dengan teruk sekali," katanya.

Sementara itu, bekas Pengurus Besar Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Salleh Abdul Majid berkata, orang Melayu terlalu banyak dilalaikan dengan pelbagai program hiburan.

Justeru, tidak hairanlah bangsa Melayu sering alpa dengan kesenangan yang ada sehingga mudah terpengaruh dengan kata-kata pihak yang sengaja mengambil kesempatan.

Forum yang dikendalikan Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad itu turut menampilkan Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Khairuddin Mohd Kawi.

25 tong petrol dirampas

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

25 tong petrol dirampas BACHOK – Sebanyak 25 tong minyak petrol Ron 95 bernilai RM1,500 yang dimuatkan dalam sebuah kereta, dirampas sepasukan anggota polis Bachok jam 1.30 pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, hasil maklumat orang ramai, pihak polis berjaya mengesan kenderaan suspek yang dipercayai membawa muatan tong minyak berkenaan.

Menurutnya, pihak polis terpaksa mengejar suspek di Kampung Bator sebelum kereta Proton Wira yang dinaiki suspek berusia 40-an itu terbabas apabila tayarnya pecah.

"Seorang lelaki tempatan ditahan dalam kes ini dan kami percaya bahawa petrol ini dibawa dari Pasir Puteh untuk diseludup ke selatan Thailand memandangkan harga bahan api itu lebih mahal di sebelah sana.

"Siasatan masih diteruskan dan kes ini diserahkan kepada pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut," katanya ketika sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok semalam.

Katanya, 25 tong petrol itu dimuatkan dalam kereta Proton Wira yang diubahsuai pada tempat duduk belakang penumpang.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek juga didapati positif Narkotik dan akan ditahan mengikut akta berkaitan.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Empat lelaki ditahan kes samun tayar terpakai bernilai RM65,000

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Empat lelaki ditahan kes samun tayar terpakai bernilai RM65,000

PETALING JAYA - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan melarikan sebuah treler membawa kontena muatan tayar terpakai bernilai hampir RM65,000 di sebuah kilang tayar di Bandar Bukit Puchong, di sini malam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata pada malam kejadian tersebut, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan kilang tersebut berhubung insiden samun yang berlaku kira-kira pukul 10.45 malam.

"Pengawal itu mendakwa beliau didatangi empat lelaki yang kesemua bersenjatakan parang dan menyerang mangsa sebelum mengikat dan mencampaknya ke longkang berdekatan.

"Suspek kemudian melarikan sebuah treler yang sarat berisi 319 tayar terpakai bernilai hampir RM65,000. Pengawal kemudian berjaya melepaskan ikatan kira-kira 15 minit sebelum membuat laporan polis berdekatan, katanya pada sidang media di Balai Polis Mutiara Damansara di sini hari ini.

Menurutnya dengan bantuan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai samun tersebut seperti nombor pendaftaran treler, polis berjaya mengesan lokasi terakhir kontena treler tersebut.

Katanya kontena itu dikesan berada di tanah rezab Pelangi Damansara enam jam kemudian namun treler tersebut tidak ditemui.

Jelasnya, pihaknya kemudian menunggu di lokasi tersebut sehingga kira-kira pukul 10 pagi sebelum empat lelaki menaiki dua buah kereta masing-masing Perodua Myvi dan Toyota Corolla muncul di kawasan terbiar itu.

"Tindakan pantas kami dapat menangkap kesemua suspek yang cuba membuka kontena tersebut. Siasatan awal mendapati dua suspek adalah penjual dan dua lagi pembeli tayar.

"Namun empat suspek itu bukanlah mereka yang menyamun dan melarikan treler dan kontena tersebut. Tayar tersebut dipercayai baru sampai dari Johor Bahru dan akan dicelup sebelum dijual, katanya.

Tun Hisan berkata siasatan lanjut mendapati keempat-empat suspek yang ditahan berumur 36 hingga 44 tahun dan ada yang mempunyai kesalahan lampau di bawah Ordinan Darurat selain ada terlibat dalam kes samun.

Pekerjaan mereka adalah pengawal keselamatan, ada yang baru keluar dari penjara, pekerja memasang penggera keselamatan dan kamera litar tertutup selain pemilik restoran, katanya.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan cedera dan polis sedang memohon perintah reman.

"Kita juga sedang mengesan empat suspek yang dipercayai berperanan melakukan samun dan membawa lari treler tersebut. Kita percaya mereka masih berada di sekitar Lembah Klang ini," katanya. - Bernama

Lima pemain skuad Harimau Muda B terima biasiswa pengajian

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lima pemain skuad Harimau Muda B terima biasiswa pengajian

KUALA LUMPUR - Seramai lima pemain skuad Harimau Muda B menerima biasisiwa bernilai RM75,000 setiap seorang bagi tempoh dua tahun setengah untuk menyambung pengajian dalam Diploma Pengajian Bola Sepak di sebuah kolej swasta di sini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tajaan biasiswa untuk Muhammad Ariff Zulkifly, Muhammad Akram Mahinan, Mohd Syuhiran Zainal, Ahmad Faizal Sumar dan Muhamad Naim Zakaria adalah satu pengiktirafan oleh pihak Cyberlynx International College (CIC) bagi pembangunan bola sepak negara.

"Ini merupakan satu inisiatif daripada pihak swasta untuk menaja biasiswa pengajian beberapa pemain bola sepak negara...CIC adalah sebuah kolej yang menawarkan Diploma Pengajian Bola Sepak kepada atlet kebangsaan.

"Tajaan ini akan melahirkan pemain yang berkaliber tinggi dan dapat membangunkan atlet dalam pelbagai aspek iaitu membantu mereka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra, Bukit
Jalil di sini, hari ini.

Beliau berkata, CIC menawarkan 10 biasiswa kepada pemain bola sepak kebangsaan dan baki lima pemain lagi akan dipilih kemudian.

Pemain-pemain itu perlu memenuhi syarat kemasukan minimum tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Terdahulu, Ahmad Shabery menerima tajaan biasiswa sebanyak RM1.5 juta untuk diberikan kepada 50 atlet yang mempamerkan kecemerlangan dalam arena sukan negara.

Majlis penyerahan biasiswa itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Cyberlynx International College (CIC), PB Ashok kepada Ahmad Shabery pada Perhimpunan Bulanan KBS di Dewan Komanwel, Bukit Jalil.

Katanya tajaan biasiswa itu bertujuan membantu atlet negara yang mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pengajian dan cemerlang dalam pencapaian sukan.

"Matlamat kami untuk membantu atlet sukan yang tidak mempunyai kewangan untuk membiayai pengajian mereka dan ia adalah baik untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami," katanya.

CIC, yang berpusat di Jalan Metro Pudu, menawarkan kursus pra universiti dan diploma menerusi tujuh kursus yang mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

62,156 remaja warga asing dikesan

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

62,156 remaja warga asing dikesan PUTRAJAYA - Proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui sistem biometrik berakhir, 31 Ogos lalu, mengesan 62,156 kanak-kanak dan remaja warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 40,500 orang berumur, 12 tahun ke bawah dan 21,656 orang, berumur antara 13 hingga 18 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati remaja ini, adalah tanggungan kepada Pati yang bekerja di negara ini.

"Kami tidak menolak kemungkinan mereka telah di-ambil bekerja.

"Kerajaan tidak membenarkan kanak-kanak diambil bekerja, malah pekerja asing juga tidak dibenarkan membawa tanggungan mereka, siasatan akan dijalankan sama ada remaja terbabit dilahirkan di negara ini atau sebaliknya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan pengarah Imigresen negeri.

Hishammuddin berkata, pihaknya ingin mengetahui bagaimana remaja terbabit berada di dalam negara ini atau ia dijadikan mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, hasil daripada pendaftaran, 1,015,825 Pati ingin terus bekerja dan 95,446 daripadanya ingin kembali ke negara asal.

"Jumlah ingin bekerja 966,542 orang mengisytiharkan mempunyai majikan iaitu digaji secara tidak sah dan 257,524 orang tidak mempunyai majikan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pihaknya sedang menyiasat dalang membabitkan warga asing di dalam syarikat yang dilantik untuk mengendalikan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

Beliau berkata, kementerian telah mengenal pasti syarikat dipercayai melakukan kesalahan ketika mengendalikan program tersebut.

Komunis masih ‘hidup’: PBTM

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Komunis masih 'hidup': PBTM KUALA LUMPUR - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengakui ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk menghidupkan semula ideologi komunis.

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, daripada maklumat yang diperolehnya mendapati risalah-risalah berkenaan diedarkan di tadika, sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi di di sekitar ibu negara.

Menurutnya, pihaknya mendapati pelajar sekolah seawal tahun satu telah mengetahui nama pengasas komunis dari China.

"Malah di sekolah berkenaan terdapat pendidik yang menjadi 'tali ba-rut' dan menyebarnya kepada anak murid mereka sejak setahun lalu.

"Ini menunjukkan guru dan pengetua sekolah berkenaan menjadi pendokong komunis moden, selain gambar-gambar pemimpin berkenaan ditampal dalam setiap bilik darjah.

"Apa yang dikesalkan mereka turut memburuk-burukkan kerajaan memerintah," katanya.

Beliau berkata, fahaman komunis diajar dalam bahasa Melayu di sekolah aliran tertentu, bagi mempermudah pemahaman murid dari pelbagai bangsa.

Menurutnya, kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak mengharapkan bekas-bekas tentera terus berjuang terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.

Menurutnya, difahamkan di pusat pengajian tinggi, fahaman berkenaan memperincikan konsep sama rata dan beberapa bekas pemimpin komunis berbangsa Melayu dipergunakan untuk menarik sokongan penuntut Melayu.

"Mereka ingin melihat reaksi dan sambutan penuntut dalam perkara ini sama ada berdiam diri mahupun memberi sokongan atau sebaliknya.

"Ini menunjukkan komunis moden tidak lagi berperang di dalam hutan sebaliknya melalui mata pen serta media baru seperti Internet," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Poster ah long cemar imej Johor Bahru

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Poster ah long cemar imej Johor Bahru

SENAI - Tampalan poster iklan ceti haram dan ah long yang berleluasa dilihat memberi imej buruk kepada bandar raya ini.

Atas dasar keprihatinan itu, Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) A Rahman Mahadi menggesa pihak berkuasa dan pihak berkaitan membersihkan iklan ceti haram atau ah long yang semakin tidak terkawal.

"Pemandangan indah bandar raya sejak kebelakangan ini menyakitkan mata dan terganggu. Iklan ah long ditampal dan digantung di papan tanda, lampu isyarat, bangunan, tiang elektrik, pondok telefon, perhentian bas dan di mana-mana.

"Sungguh memalukan kepada pelancong luar apabila papan tanda menunjukkan kawasan bandar raya ini dicemari iklan ah long hingga menutup sebahagian besar lokasi yang dipaparkan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

A Rahman berkata, masalah itu memberi imej yang tidak baik terhadap bandar raya ini dan negara amnya jika tidak diperangi dengan bersungguh-sungguh serta berterusan.

Menurutnya, kewujudan iklan-iklan itu juga bukan baru dan telah berlarutan sejak sekian lama walaupun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakukan pelbagai langkah untuk membanterasnya.

"Masalah ini seperti dilihat tiada jalan penyelesaian dan iklan-iklan ah long seolah-olah lebih berkuasa dan menguasai undang-undang tempatan," katanya.

Menurutnya, iklan-iklan ah long bukan sahaja ditampal sesuka hati di kawasan bandar raya tetapi juga di kampung dan kawasan perumahan yang biasanya menutup nama-nama jalan.

Freddie dijangka saksi bicara Anuar Zain

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Freddie dijangka saksi bicara Anuar Zain KUALA LUMPUR - Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dijangka akan memberi keterangan dalam perbicaraan taksiran royalti kes tuntutan saman penyanyi Anuar Zain di Mahkamah Tinggi, di sini.

Freddie yang hadir di mahkamah semalam memberitahu media, dia akan memberi keterangan selaku pihak yang berkecuali.

Menurut Freddie, keterangan yang diberi kelak dari sudut sebagai presiden persatuan yang memperjuangkan artis serta berkisar kepada keadaan semasa industri muzik di negara ini.

Beliau berharap dengan keterangannya bakal memberikan gambaran dan pengetahuan kepada artis mengenai hal berkaitan royalti.

Jelas Freddie, dia akan hadir semasa perbicaraan kes itu yang bersambung pada 20 September depan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Nadzia Abdul Aziz.

Turut hadir di mahkamah semalam, peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anuar.

Pada 14 Mei tahun lalu, Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain , 41, berjaya dalam kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti daripada Syncrosound.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Dr Prasad Sandosham Abraham turut memerintahkan Syncrosound membayar kos dan faedah lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar.

Ummi Hafilda tarik saman

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ummi Hafilda tarik saman KUALA LUMPUR- Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali semalam menarik balik saman fitnah RM100 juta difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membatalkan writ saman itu selepas membenarkan permohonan peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, untuk menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk menfailkan semula.

Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin menfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Hakim Singham berkata mahkamah tidak menggalakkan dan tidak akan melayan pihak yang menyalahgunakan mahkamah dan menasihati pihak yang ingin menfailkan sebarang tindakan supaya ia dibuat dengan teratur.

Zulhelmi menarik balik tindakan saman itu selepas pihaknya mendapati writ saman itu tidak teratur di mana nama Nor Azman yang dinyatakan dalam saman itu berbeza dengan namanya di dalam kad pengenalan dan saman itu juga tidak dihantar di alamat terakhir Nor Azman di Kapit, Sarawak tetapi dihantar ke alamat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya.

Beliau berkata, pihaknya dengan sukarela menarik balik saman itu tetapi tidak bersetuju sekiranya pihaknya membayar kos kepada Nor Azman.

Perkara mengenai nama yang berbeza dan alamat terakhir itu telah dibangkitkan oleh peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Nor Azman dan memohon sekiranya saman itu ditarik balik, pihak plaintif (Ummi Hafilda) membayar kos sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya sebagai kos pengangkutan dan kos guaman.

Singham membenarkan kos RM5,000 yang dipohon oleh Mohd Yusmadi itu dilaksanakan selepas beliau membuat keputusan di akhir kes saman kali yang ketiga, sekiranya plaintif menfailkan semula saman itu.

Terdahulu, Mohd Yusmadi memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu kepada tarikh lain bagi membolehkan pihaknya mendapat laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai anak guamnya yang dilaporkan muflis.

Mohd Yusmadi juga memberitahu beliau menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai Ummi Hafilda yang diisytiharkan muflis pada 1999.

Zulhelmi mengakui lapo-ran itu, tetapi pihaknya telah merujuk kepada jabatan itu sebelum menfailkan saman dan jabatan itu membenarkan Ummi Hafilda membuat tindakan berkenaan.

Semalam, mahkamah juga menetapkan untuk mendengar perbicaraan penuh kes berkenaan dan semua saksi bersedia di mahkamah namun mahkamah mempersoalkan mengapa Ummi Hafilda sebagai plaintif tidak hadir pada prosiding pagi itu.

Zulhelmi mengakui kesilapannya kerana beliau beranggapan bahawa semalam ditetapkan untuk mendengar permohonan sahaja dan bukannya untuk perbicaraan penuh saman itu.

Ketika prosiding bersambung semula setengah jam kemudian, Ummi Hafilda hadir ke mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 25 April lepas, Ummi Hafilda mendakwa Nor Azman dalam satu temu ramah di lobi Parlimen, telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Nor Azman itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Mohamad Sabu bukan berteori

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bicara ini bermaksud meletakkan Mohamad Sabu pada tempat yang sesuai baginya, tidak kurang dan tidak lebih. Secara keseluruhan, untuk peristiwa Bukit Kepong, anggapan Mohamad Sabu bahawa pihak penyerang balai polis ialah hero, bukanlah idea baru. Saya tidak berasa apa-apa ketika beliau mengatakan hal itu kepada saya melalui telefon - beliau cenderung menulis semula sejarah tanah air. Pandangan beliau bahawa golongan kiri adalah hero tidak menyebabkan saya terperanjat. Saya pernah mendengar – dalam dekad 1970an lagi – orang kiri progresif berkata, kemerdekaan negara kita adalah kemerdekaan setengah masak. Ertinya, kita tidak merdeka. Tanpa hujung pangkal yang ketara, ada anggapan bahawa hanya kemerdekaan melalui kerja kasar komunis dapat dianggap tulen.

Mohamad Sabu, yang bukan ahli sejarah, hanya mengulang pandangan itu. Sederet orang lain pun telah lama mengulangnya. Pembaca tentu telah lama terkesan bahawa pemegang kukuh sosialisme, iaitu Hishamuddin Rais, mempunyai pandangan lebih jauh -berupaya menyusun kisah pejuang Malaya dengan gaya kemas dan hebat. Persoalannya: adakah kita bersetuju?

Kita menyambut Hari Kemerdekaan sejak tahun kemerdekaan itu sendiri. Gapena banyak menerbitkan buku puisi kemerdekaan. Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan telah berlangsung 20 tahun, sebelum dihentikan dua tahun lepas. Perkembangan terbaru, Kementerian Penerangan dan DBP sedang anjurkan Sayembara Puisi Berirama dengan tema kemerdekaan. Kita menghargai kemerdekaan cara demikian.

Dalam banyak hal, saya percaya Mohammad Sabu hanya bergurau. Dalam tulisan yang lalu, telah saya sebutkan, Mohamad Sabu amat berpotensi dalam hal berjenaka. Beliau amat jauh meninggalkan Bob Lokman dalam bidang yang sama.

Dari sisi lain, kita juga tahu Mohamad Sabu berkonflik dengan polis. Beliau mendakwa dalam perhimpunan Bersih 02, Julai lalu, berlaku perlanggaran terhadapnya oleh kereta polis. Beliau cekal untuk mengatakan pihak polis berbuat tidak patut terhadapnya. Polis pula merasakan Mohamad Sabu tidak patut. Untuk memperkukuh rasa, Mohammad Sabu mengatakan polis di Bukit Kepong berpuluh-puluh tahun dulu pun tidak baik, kerana mereka di pihak British, satu truisme. Melalui anggapan itu, beliau menegaskan bahawa pihak yang menyerang polis adalah hero.

Namun, Mohamad Sabu membayangkan ada unsur antagonisme antara rakyat dengan polis. Beliau amat bijak berjenaka dalam hal-hal seperti ini. Kejenakaannya diterima secara serius.

Mohamad Sabu handal berpidato, dan pidatonya bergaya kampung, sesuai dengan gaya hidupnya. Beliau tidak berpura-pura, malah beliau terdedah pada bahaya kerana 'mulutnya yang tidak berinsurans' (uninsured mouth). Mohamad Sabu boleh berkata apa-apa saja yang terfikir, sehingga kadang-kadang partinya berada dalam dilema kerananya. Mohamad Sabu berada dalam Pas tidak sejalan dengan watak-watak utama lain dalam parti tersebut.

Kata-kata Mohamad Sabu bahawa pihak penyerang Balai Polis Bukit Kepong ialah hero, membawa padah kepada dirinya sendiri, kerana keluarga mangsa Bukit Kepong tersinggung. Anggota polis terkini pun secara keseluruhannya tersinggung juga.

Bagi orang umum yang tidak begitu menyukai politik keras, anggota polis bertugas menjaga keselamatan rakyat. Di Bukit Kepong, bagi mereka, polis bertugas sehingga terkorban nyawa. Mereka tidak senang apabila Mohamad Sabu mengemukakan pandangan bahawa pihak polis bagaikan 'penjahat'. Hati orang yang berkaitan dengan polis (anak, cucu, dan saudara-mara) menjadi luka dan bercuka. Tampaknya, Mohamad Sabu yang suka berjenaka telah melanggar batasan dalam hal kemanusiaan begini.

Selain itu, anggapan bahawa Mat Indera ialah hero, dan pihak polis ialah sebaliknya, bukanlah idea yang teorikal. Mohamad Sabu tidak berteori. Jika seseorang berada di sebelah pihak progresif atau komunis, pandangan itu adalah logik. Apabila seseorang di pihak nasionalis (yang difahami umum), pengganas yang mengancam kehidupan rakyat adalah penjahat, dan kumpulan yang menuntut kemerdekaan secara damai adalah hero.

Pemimpin politik mempunyai alasan untuk berkata itu dan ini, tetapi bagi saya, perkara penting ada dua: pertama, fikir sebelum berkata, dan yang kedua, perkara yang difikirkan tidak semestinya dikatakan.

Sejauh yang kita fahami tentang Mohamad Sabu, beliau tidak akan mengalah. Berapa banyak pun aduan, Mat Sabu tetap Mat Sabu.

Dua negara kuasa baru dunia Islam

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Serangan Pengganas 11 September di New York dan gelora Musim Bunga di negara Teluk sejak awal tahun ini merupakan dua peristiwa terpenting merubah keseimbangan kuasa dan geopolitik dunia Islam dalam Abad ke-21.

Jika dahulu, negara-negara Arab dipandang tinggi, revolusi di Algeria, Tunisia, Mesir dan Libya telah mencemarkan prestij pemimpin-pemimpin autokrat di Timur Tengah. Imej Hosni Mubarak yang sakit dipaksa hadapi perbicaraan mahkamah mengejutkan masyarakat dunia. Betapa pantasnya, seorang yang tidak lama dahulu gah berdiri di pentas dunia jatuh tersungkur, dikeji di bumi sendiri.

Untuk memenuhi vakum ditinggalkan negara-negara Arab ini adalah dua negara berada di luar pusat kuasa dunia Islam masa kini- Indonesia dan Turki. Kedua-dua negara yang berpegang teguh kepada sistem demokrasi ini tidak perlu risau 'kebangkitan rakyat' di wilayah mereka. Tidak salah jika dikatakan kedua-dua ekonomi yang tumbuh pesat ini adalah hasil daripada kebebasan dinikmati rakyatnya.

Ini memang meningkatkan reputasi dan kredibiliti pemimpin di kedua-dua negara, manakala pemimpin negara-negara Arab semakin dilihat muflis dari segi modal moral mereka sebagai pemimpin dunia Islam.

Indonesia, sebelum ini secara tradisinya tunduk di bawah Saudi Arabia dan mengagungkan Raja Saudi yang juga Pelindung Dua Masjid Suci. Hubungan Indonesia dan Saudi juga berlandaskan kepentingan ekonomi: sejumlah 1.5 juta warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh pembinaan dan pembantu rumah di sana. Indonesia juga bergantung pada sumber minyak Saudi Arabia.

Namun, hubungan rapat ini sering kali dicemari kontroversi kisah eksploitasi dan layanan buruk diberikan majikan Saudi kepada pekerja Indonesia.

Menurut Badan Bukan Kerajaan 'Migrant Care', seramai 1,105 orang pekerja Indonesia meninggal dunia di Saudi Arabia sepanjang 2006 ke 2010. Namun, di bawah undang-undang Saudi: hak orang asing menuntut pembelaan adalah terhad, apatah lagi buruh tidak berkepentingan.

Kemarahan Indonesia membuak sekali lagi pertengahan tahun ini, apabila seorang warganya Ruyati Sapubi, seorang pembantu rumah berusia 54 tahun dihukum mati kerana dituduh membunuh majikan yang menzaliminya.

Kemarahan terbuku di hati segelintir rakyat Indonesia membawa kepada demonstrasi aktivis tempatan dan para cendekiawan apabila institusi terulung negara itu, Universiti Indonesia menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada Raja Saudi Arabia, Raja Abdullah.

Penunjuk perasaan ini mengutuk penganugerahan tersebut dan berpendapat, kezaliman terhadap warganegara Indonesia di sana serta rekod buruk hak asasi manusia di Arab Saudi menyebabkan Raja Abdullah tidak layak untuk diberi penganugerahan berprestij itu. Indonesia menghentikan pengiriman tenaga kerjanya sehingga kerajaan Saudi menandatangani perjanjian untuk melindungi warganegara Indonesia yang bekerja di sana. Kemakmuran ekonomi Indonesia yang berkembang bermakna kesungguhan Indonesia melindungi warganegaranya juga akan meningkat. Sememangnya kekayaan meningkatkan kuasa dan keyakinan.

Pada masa sama, di pinggiran Eropah dan di Barat Dunia Islam, Turki sedang membina pengaruhnya sebagai kuasa ekonomi dan jaguh politik serantau. Dipinggirkan oleh Kesatuan Eropah, Turki berpaling melihat ke Timur dengan jayanya. Ekonomi berkembang pesat dan masyarakat yang dinamik, Turki bakal memainkan peranan lebih besar di Timur Tengah- lebih lagi pasca gelora di negara Teluk.

Misalnya, Ankara menggesa Israel memohon maaf dan membayar pampasan untuk serbuan kepada kapal flotila menuju ke Gaza tahun lepas. Memandangkan permintaannya tidak diendahkan Israel, Turki putuskan hubungan diplomatik dengan negara rejim Zionis itu.

Perdana Menteri Turki, Recep Erdogan tegas dalam pendiriannya terhadap Libya dan Syria. Beliau menyokong serangan Nato terhadap Libya tetapi mengemukakan terma khas - penguatkuasaan zon larangan terbang dilakukan bersama oleh pakatan Nato dan bukan diketuai Perancis.

Sememangnya, Turki sedang melakar peta diplomatik dengan penuh yakin dan strategik. Mereka bukan lagi boneka negara Barat, atau jiran tetangga Timur Tengah yang senyap dan tidak berpengaruh.

Malaysia, sekali lagi di persimpangan jalan. Kita boleh memilih untuk mengikut telunjuk negara Arab, atau mengikut laluan lebih sukar tetapi memiliki pulangan lumayan- iaitu berubah ke arah masyarakat lebih terbuka dengan sistem demokrasi boleh dibanggakan.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved