SH |
Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT Paksa penoreh minum racun
KUALA TERENGGANU – Dua bersaudara berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas dakwaan membunuh seorang penoreh getah dengan memaksanya meminum racun dalam satu kejadian di kampung Lubuk Batu, Wakaf Tapai, Marang, 19 Oktober tahun lalu.
|
Bagaimanapun, tertuduh, Mat Ubidi Osman, 40, dari Kampung Gondang, Binjai Rendah, Marang dan anak saudaranya, Kamarulzaman Mamat, 26, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muda Mohd, 27, di dalam kawasan kebun di Kampung Lubuk Batu, Marang antara jam 10 hingga 11 pagi pada 19 Oktober 2010. Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya, Zalina Awang @ Mamat di hadapan hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa. Selepas pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Mohd Yazid menetapkan 18 Oktober depan untuk serahan dokumen dan representasi daripada peguam bela tertuduh. Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan seorang lelaki berumur 27 tahun yang dipercayai dipaksa minum racun oleh keluarga teman wanitanya, meninggal dunia jam 7.30 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, selepas sembilan hari bertarung nyawa. Mangsa, Muda Mohd yang bekerja sebagai penoreh getah dikatakan dipaksa empat lelaki yang ada talian persaudaraan dengan teman wanitanya berumur 16 tahun meminum racun kerana tidak berpuas hati lelaki itu menjalin hubungan dengan gadis berkenaan. Mangsa yang meninggal dunia akibat komplikasi dalaman dikatakan dipaksa minum racun oleh keluarga teman wanitanya sebelum mengadu sakit perut dan rebah di dapur rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 1 petang dan dikejarkan ke HSNZ. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan