Selasa, 13 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


62,156 remaja warga asing dikesan

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

62,156 remaja warga asing dikesan PUTRAJAYA - Proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui sistem biometrik berakhir, 31 Ogos lalu, mengesan 62,156 kanak-kanak dan remaja warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 40,500 orang berumur, 12 tahun ke bawah dan 21,656 orang, berumur antara 13 hingga 18 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati remaja ini, adalah tanggungan kepada Pati yang bekerja di negara ini.

"Kami tidak menolak kemungkinan mereka telah di-ambil bekerja.

"Kerajaan tidak membenarkan kanak-kanak diambil bekerja, malah pekerja asing juga tidak dibenarkan membawa tanggungan mereka, siasatan akan dijalankan sama ada remaja terbabit dilahirkan di negara ini atau sebaliknya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan pengarah Imigresen negeri.

Hishammuddin berkata, pihaknya ingin mengetahui bagaimana remaja terbabit berada di dalam negara ini atau ia dijadikan mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, hasil daripada pendaftaran, 1,015,825 Pati ingin terus bekerja dan 95,446 daripadanya ingin kembali ke negara asal.

"Jumlah ingin bekerja 966,542 orang mengisytiharkan mempunyai majikan iaitu digaji secara tidak sah dan 257,524 orang tidak mempunyai majikan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pihaknya sedang menyiasat dalang membabitkan warga asing di dalam syarikat yang dilantik untuk mengendalikan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

Beliau berkata, kementerian telah mengenal pasti syarikat dipercayai melakukan kesalahan ketika mengendalikan program tersebut.

Komunis masih ‘hidup’: PBTM

Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT

Komunis masih 'hidup': PBTM KUALA LUMPUR - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengakui ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk menghidupkan semula ideologi komunis.

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, daripada maklumat yang diperolehnya mendapati risalah-risalah berkenaan diedarkan di tadika, sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi di di sekitar ibu negara.

Menurutnya, pihaknya mendapati pelajar sekolah seawal tahun satu telah mengetahui nama pengasas komunis dari China.

"Malah di sekolah berkenaan terdapat pendidik yang menjadi 'tali ba-rut' dan menyebarnya kepada anak murid mereka sejak setahun lalu.

"Ini menunjukkan guru dan pengetua sekolah berkenaan menjadi pendokong komunis moden, selain gambar-gambar pemimpin berkenaan ditampal dalam setiap bilik darjah.

"Apa yang dikesalkan mereka turut memburuk-burukkan kerajaan memerintah," katanya.

Beliau berkata, fahaman komunis diajar dalam bahasa Melayu di sekolah aliran tertentu, bagi mempermudah pemahaman murid dari pelbagai bangsa.

Menurutnya, kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak mengharapkan bekas-bekas tentera terus berjuang terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.

Menurutnya, difahamkan di pusat pengajian tinggi, fahaman berkenaan memperincikan konsep sama rata dan beberapa bekas pemimpin komunis berbangsa Melayu dipergunakan untuk menarik sokongan penuntut Melayu.

"Mereka ingin melihat reaksi dan sambutan penuntut dalam perkara ini sama ada berdiam diri mahupun memberi sokongan atau sebaliknya.

"Ini menunjukkan komunis moden tidak lagi berperang di dalam hutan sebaliknya melalui mata pen serta media baru seperti Internet," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved