SH |
Klinik sempit, kami tak selesa Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT Klinik sempit, kami tak selesa
GUGUSAN MANJOI – Sebuah klinik kecil yang mempunyai dua doktor dan jumlah pesakit meningkat kepada 150 orang setiap hari menyebabkan mereka terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum menerima rawatan.
Walaupun kadar perkhidmatan yang dikenakan RM1 termasuk ubat dan rawatan namun, kemudahan yang disediakan agak kurang untuk menampung lebih 10,000 penduduk di kawasan kampung Melayu yang terbesar di negara ini. Tinjauan Sinar Harian di Klinik Kesihatan Manjoi mendapati, ada di antara pesakit yang datang seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan dan hanya pulang kira-kira jam 12 tengah hari. Seorang bekas tentera, Hasni Ahmad, 47, berkata, dia memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan sijil cuti sakit selepas dua jam mendapatkan rawatan sakit Gout yang dialaminya. Menurutnya, penduduk di sini sudah lali dengan masa menunggu yang terlalu lama tetapi tidak mempunyai pilihan lain. "Malah, penduduk dari Jelapang dan Silibin dirujukkan ke klinik ini untuk mendapatkan rawatan menyebabkan kesesakan yang melampau. Penduduk tidak mampu pergi ke klinik swasta. "Selain itu, mereka terpaksa menunggu di ruang menunggu yang sempit menyebabkan ada di antara mereka terpaksa berdiri di perkarangan klinik," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Seorang pemandu lori, M Selva, 30, yang pertama kali menerima rawatan di klinik berkenaan terkejut dengan situasi yang terpaksa menunggu di bawah khemah yang disediakan di pekarangan klinik. "Saya mahu isteri saya ditukar ke klinik lain untuk mendapatkan rawatan. Saya berasa kasihan dengan mereka yang mendapatkan rawatan di sini yang terpaksa duduk dalam keadaan panas berjam-jam lamanya. "Klinik yang ada kini terlalu kecil, sempit dan panas. Saya berharap jumlah doktor dan kakitangan ditambah bagi mengurangkan kesesakan pesakit terutama pada waktu kecemasan," katanya. Katanya, beliau menyarankan kerajaan memikirkan penyelesaian masalah ini dengan membina sebuah klinik kesihatan 1Malaysia untuk keselesaan penduduk yang bertambah. |
Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT Klinik sempit, kami tak selesa

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan