Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Empat lelaki ditahan kes samun tayar terpakai bernilai RM65,000 Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT Empat lelaki ditahan kes samun tayar terpakai bernilai RM65,000
PETALING JAYA - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan melarikan sebuah treler membawa kontena muatan tayar terpakai bernilai hampir RM65,000 di sebuah kilang tayar di Bandar Bukit Puchong, di sini malam semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata pada malam kejadian tersebut, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan kilang tersebut berhubung insiden samun yang berlaku kira-kira pukul 10.45 malam. "Pengawal itu mendakwa beliau didatangi empat lelaki yang kesemua bersenjatakan parang dan menyerang mangsa sebelum mengikat dan mencampaknya ke longkang berdekatan. "Suspek kemudian melarikan sebuah treler yang sarat berisi 319 tayar terpakai bernilai hampir RM65,000. Pengawal kemudian berjaya melepaskan ikatan kira-kira 15 minit sebelum membuat laporan polis berdekatan, katanya pada sidang media di Balai Polis Mutiara Damansara di sini hari ini. Menurutnya dengan bantuan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai samun tersebut seperti nombor pendaftaran treler, polis berjaya mengesan lokasi terakhir kontena treler tersebut. Katanya kontena itu dikesan berada di tanah rezab Pelangi Damansara enam jam kemudian namun treler tersebut tidak ditemui. Jelasnya, pihaknya kemudian menunggu di lokasi tersebut sehingga kira-kira pukul 10 pagi sebelum empat lelaki menaiki dua buah kereta masing-masing Perodua Myvi dan Toyota Corolla muncul di kawasan terbiar itu. "Tindakan pantas kami dapat menangkap kesemua suspek yang cuba membuka kontena tersebut. Siasatan awal mendapati dua suspek adalah penjual dan dua lagi pembeli tayar. "Namun empat suspek itu bukanlah mereka yang menyamun dan melarikan treler dan kontena tersebut. Tayar tersebut dipercayai baru sampai dari Johor Bahru dan akan dicelup sebelum dijual, katanya. Tun Hisan berkata siasatan lanjut mendapati keempat-empat suspek yang ditahan berumur 36 hingga 44 tahun dan ada yang mempunyai kesalahan lampau di bawah Ordinan Darurat selain ada terlibat dalam kes samun. Pekerjaan mereka adalah pengawal keselamatan, ada yang baru keluar dari penjara, pekerja memasang penggera keselamatan dan kamera litar tertutup selain pemilik restoran, katanya. Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan cedera dan polis sedang memohon perintah reman. "Kita juga sedang mengesan empat suspek yang dipercayai berperanan melakukan samun dan membawa lari treler tersebut. Kita percaya mereka masih berada di sekitar Lembah Klang ini," katanya. - Bernama |
Lima pemain skuad Harimau Muda B terima biasiswa pengajian Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT Lima pemain skuad Harimau Muda B terima biasiswa pengajian KUALA LUMPUR - Seramai lima pemain skuad Harimau Muda B menerima biasisiwa bernilai RM75,000 setiap seorang bagi tempoh dua tahun setengah untuk menyambung pengajian dalam Diploma Pengajian Bola Sepak di sebuah kolej swasta di sini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tajaan biasiswa untuk Muhammad Ariff Zulkifly, Muhammad Akram Mahinan, Mohd Syuhiran Zainal, Ahmad Faizal Sumar dan Muhamad Naim Zakaria adalah satu pengiktirafan oleh pihak Cyberlynx International College (CIC) bagi pembangunan bola sepak negara. "Ini merupakan satu inisiatif daripada pihak swasta untuk menaja biasiswa pengajian beberapa pemain bola sepak negara...CIC adalah sebuah kolej yang menawarkan Diploma Pengajian Bola Sepak kepada atlet kebangsaan. "Tajaan ini akan melahirkan pemain yang berkaliber tinggi dan dapat
membangunkan atlet dalam pelbagai aspek iaitu membantu mereka menyambung
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas
majlis Aidilfitri anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra, Bukit Beliau berkata, CIC menawarkan 10 biasiswa kepada pemain bola sepak kebangsaan dan baki lima pemain lagi akan dipilih kemudian. Pemain-pemain itu perlu memenuhi syarat kemasukan minimum tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Terdahulu, Ahmad Shabery menerima tajaan biasiswa sebanyak RM1.5 juta untuk diberikan kepada 50 atlet yang mempamerkan kecemerlangan dalam arena sukan negara. Majlis penyerahan biasiswa itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Cyberlynx International College (CIC), PB Ashok kepada Ahmad Shabery pada Perhimpunan Bulanan KBS di Dewan Komanwel, Bukit Jalil. Katanya tajaan biasiswa itu bertujuan membantu atlet negara yang mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pengajian dan cemerlang dalam pencapaian sukan. "Matlamat kami untuk membantu atlet sukan yang tidak mempunyai kewangan untuk membiayai pengajian mereka dan ia adalah baik untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami," katanya. CIC, yang berpusat di Jalan Metro Pudu, menawarkan kursus pra universiti dan diploma menerusi tujuh kursus yang mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia.- Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan