SH |
Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT 25 tong petrol dirampas
BACHOK – Sebanyak 25 tong minyak petrol Ron 95 bernilai RM1,500 yang dimuatkan dalam sebuah kereta, dirampas sepasukan anggota polis Bachok jam 1.30 pagi Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, hasil maklumat orang ramai, pihak polis berjaya mengesan kenderaan suspek yang dipercayai membawa muatan tong minyak berkenaan. Menurutnya, pihak polis terpaksa mengejar suspek di Kampung Bator sebelum kereta Proton Wira yang dinaiki suspek berusia 40-an itu terbabas apabila tayarnya pecah. "Seorang lelaki tempatan ditahan dalam kes ini dan kami percaya bahawa petrol ini dibawa dari Pasir Puteh untuk diseludup ke selatan Thailand memandangkan harga bahan api itu lebih mahal di sebelah sana. "Siasatan masih diteruskan dan kes ini diserahkan kepada pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut," katanya ketika sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok semalam. Katanya, 25 tong petrol itu dimuatkan dalam kereta Proton Wira yang diubahsuai pada tempat duduk belakang penumpang. Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek juga didapati positif Narkotik dan akan ditahan mengikut akta berkaitan. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan