SH |
Poster ah long cemar imej Johor Bahru Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT Poster ah long cemar imej Johor Bahru
SENAI - Tampalan poster iklan ceti haram dan ah long yang berleluasa dilihat memberi imej buruk kepada bandar raya ini. Atas dasar keprihatinan itu, Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) A Rahman Mahadi menggesa pihak berkuasa dan pihak berkaitan membersihkan iklan ceti haram atau ah long yang semakin tidak terkawal. "Pemandangan indah bandar raya sejak kebelakangan ini menyakitkan mata dan terganggu. Iklan ah long ditampal dan digantung di papan tanda, lampu isyarat, bangunan, tiang elektrik, pondok telefon, perhentian bas dan di mana-mana. "Sungguh memalukan kepada pelancong luar apabila papan tanda menunjukkan kawasan bandar raya ini dicemari iklan ah long hingga menutup sebahagian besar lokasi yang dipaparkan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam. A Rahman berkata, masalah itu memberi imej yang tidak baik terhadap bandar raya ini dan negara amnya jika tidak diperangi dengan bersungguh-sungguh serta berterusan. Menurutnya, kewujudan iklan-iklan itu juga bukan baru dan telah berlarutan sejak sekian lama walaupun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakukan pelbagai langkah untuk membanterasnya. "Masalah ini seperti dilihat tiada jalan penyelesaian dan iklan-iklan ah long seolah-olah lebih berkuasa dan menguasai undang-undang tempatan," katanya. Menurutnya, iklan-iklan ah long bukan sahaja ditampal sesuka hati di kawasan bandar raya tetapi juga di kampung dan kawasan perumahan yang biasanya menutup nama-nama jalan. |
Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT Poster ah long cemar imej Johor Bahru

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan