Sabtu, 9 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Gempa bumi gegar pantai timur Honshu

Posted: 08 Jul 2011 05:00 PM PDT

Gempa bumi gegar pantai timur Honshu

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 8.57 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 4,380km di timur laut Kudat, Sabah dan kejadian itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kenyataan itu juga berkata satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 3.02 pagi tadi.

Katanya gempa yang berlaku kira-kira 448km di tenggara Ambon, dan 1,799km di tenggara Tawau, Sabah, itu juga tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, gempa bumi berukuran 2.2 pada skala Richter dikesan di Tambunan, Sabah pada pukul 3.34 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasakan kerana ia berlaku kira-kira 25km di tenggara Tambunan, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelantan sudah ada pemain plapis

Posted: 08 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kelantan sudah ada pemain plapis

KOTA BAHARU - Kelantan kini mempunyai pemain pelapis yang boleh disandarkan harapan untuk beraksi pada masa hadapan jika terus digilap dan diberi pendedahan bermain dengan pasukan luar negara.

Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M. Karathu berkata negeri ini tidak ketandusan pemain muda jika diukur pada beberapa perlawanan persahabatan termasuk dengan sebuah kelab dari Indonesia, Pelita Jaya FC di sini, malam tadi.

"Saya sangat gembira dengan prestasi pemain muda yang kita galaskan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan terutama dengan Kelab Pelita Jaya ini.

"Bagaimanapun mereka perlu memperbaiki kelemahan terutama di posisi serangan yang saya nampak kurang berkesan," katanya selepas perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Pelita Jaya FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan seri 1-1 dengan gol Kelantan dijaringkan Mohd Azian Solahuddin pada minit ke-72 manakala Pelita Jaya FC oleh Joko Sasongko di minit ke-90.

Beberapa pemain utama Kelantan tidak diturunkan pada perlawanan itu termasuk pemain utama Pelita Jaya FC, Safee Sali.

Pemain Kelantan akan diberi rehat beberapa hari sebelum memulakan sesi latihan bagi persediaan saingan Piala Malaysia yang bermula selepas Aidilfitri, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved