Ahad, 2 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Wanita ditahan berhubung kes penemuan mayat bayi dalam longkang

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Wanita ditahan berhubung kes penemuan mayat bayi dalam longkang

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita berumur 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat bayi perempuan di dalam longkang di sebuah flat di Taman Selayang Segar 2 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, wanita tersebut yang merupakan seorang pelatih di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang ditahan di asramanya kira-kira pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah melahirkan bayi tersebut di tandas asrama penginapannya yang terletak berhampiran restoran itu kira-kira pukul 4 pagi.

"Selepas melahirkan, suspek mendakwa bayinya tidak lagi bernyawa dan mengambil keputusan untuk membuangnya ke dalam longkang," katanya kepada Bernama.

Bayi yang cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang ketika dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi.

Asrama itu turut menempatkan lapan orang lagi pelatih restoran tersebut.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Selayang.- Bernama

Anak naik angin serang bapa dengan parang di Kulim

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Anak naik angin serang bapa dengan parang di Kulim

KULIM - Seorang bapa terpaksa lari menyelamatkan diri daripada diserang anak lelakinya dengan parang di rumah mereka di Kampung Baru Air Merah di sini malam tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku setelah si bapa yang berumur 60 tahun dan merupakan pesara tentera menegur sikap anaknya yang berumur lingkungan 30-an itu yang bertindak liar sebaik pulang ke rumah pada pukul 11 malam.

Mereka dikatakan telah bertengkar diikuti pergaduhan antara kedua-duanya sehingga menyebabkan si anak terjatuh dan luka di kepala, kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh.

Beliau berkata menyedari dia mengalami kecederaan, si anak naik berang lalu mengambil parang dan cuba menyerang bapanya yang terpaksa menyelamatkan diri ke luar rumah.

"Atas bantuan jiran-jiran, bapa berkenaan telah menghubungi balai polis bagi mendapatkan bantuan," katanya kepada Bernama hari ini.

Ghuzlan berkata anggota polis yang tiba di tempat kejadian telah berjaya memujuk si anak sebelum dia menyerah diri dan dibawa ke balai polis.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian itu.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

DAP bentang 22 resolusi

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

DAP bentang 22 resolusi IPOH – DAP negeri akan membentangkan 22 resolusi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri ke-16 yang akan berlangsung Ahad depan.

Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Wong Kah Woh berkata, konvensyen itu akan membawa isu meliputi polisi negara dan Pakatan Rakyat (PR) serta kepentingan rakyat dalam politik, ekonomi, pendidikan dan agama.

Menurutnya, DAP negeri juga akan mengumumkan tema 'We Can, We Must, We Will' pada pilihan raya akan datang.

"Antara resolusi yang akan dibentangkan oleh jawatankuasa DAP Negeri adalah bermula dari titik hitam sejarah negeri dan keadilan Teoh Beng Hock. Selain itu, mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan pelbagai akta antaranya Akta Rahsia Rasmi, Akta Percetakan dan Penerbitan dan Akta Kerajaan Tempatan 1960.

"PR juga berjanji akan mempertahankan kebajikan rakyat dengan pemberian hak milik kekal untuk Rancangan Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina jika kembali memerintah. Kita juga menyokong untuk meneruskan polisi pemberian tanah untuk menampung keperluan bukan Islam," katanya di Wisma Dap Negeri di sini, semalam.

Sidang media itu dihadiri Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dan Bendahari DAP Negeri, Lim Pek Har.

Kah Woh yang juga Adun Canning berkata, konvensyen itu akan menerima kehadiran lebih 980 wakil dari 140 cawangan negeri ini.

"Ia merupakan konvensyen negeri terakhir untuk DAP Perak sebelum berlangsungnya PRU ke-13 yang akan diadakan dalam bila-bila masa. Ia akan dirasmikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham akan menyampaikan ucapan dasar DAP untuk satu tahun akan datang.

"Perwakilan yang hadir akan beri semangat berterusan selain menunjukkan kekuatan dan hubungan ahli parti yang kuat," katanya.

» selanjutnya...

Warga Pakistan maut digilis lori

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Warga Pakistan maut digilis lori

SERDANG – Nasib malang menimpa seorang penunggang motosikal apabila dia dilaporkan maut digilis sebuah lori, selepas berlanggar dengan sebuah kereta dan tercampak di atas jalan di kilometer 6.5 Lebuhraya Besraya dari Bangi menuju ke Kuala Lumpur, lewat petang Khamis lalu.

Mangsa, warga Pakistan dikenali sebagai Ghufran Ullah,29, disahkan meninggal dunia kira-kira 10 jam selepas kejadian itu ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Serdang.

Jurucakap polis trafik cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berkata, mangsa yang menunggang motosikal berseorangan sebelum itu dipercayai tidak menyedari sebuah kereta diletakkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan sebelum melanggarnya dari arah belakang.

"Akibat rempuhan berlaku antara motosikal mangsa dengan kereta jenis Hyundai Sonata itu, mangsa dikatakan tercampak ke tengah laluan lebuhraya.

"Tidak sempat bangun untuk menyelamatkan diri, mangsa kemudian digilis sebuah lori yang kebetulan melalui lebuh raya terbabit,"katanya kejadian berlaku kira-kira jam 5.10 petang.

Beliau berkata, mangsa yang dikejarkan hospital disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.10 petang kelmarin.

"Hasil bedah siasat awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dalam badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1983.

"Polis menggesa saksi yang melihat kejadian tampil membantu siasatan. Waris kepada simati diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-8942 2222 atau 016-905 5595 untuk urusan pengurusan mayat,"katanya.

Tidak ada agihan tanah

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tidak ada agihan tanah RAUB – Tanah ladang yang diusahakan Felda Plantations tidak akan diagihkan seperti tindakan sesetengah pihak mengedarkan borang untuk memberikan tanah berkenaan kepada generasi kedua atau ketiga peneroka.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, tindakan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan Pakatan Rakyat (PR) mengedarkan borang itu adalah tidak wajar, karut serta tidak masuk akal.

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak pernah melantik mana-mana individu atau kumpulan sebagai wakil mengedarkan borang permohonan tanah, apatah lagi yang membabitkan tanah Felda Plantations milik Felda.

"Hanya kerajaan sahaja yang boleh berbuat demikian tetapi tidak akan melakukannya bagi melindungi aset yang menjadi sumber pendapatan Felda untuk manfaat peneroka secara keseluruhannya.

"Peneroka atau generasi kedua dan ketiga Felda jangan mudah terpedaya dengan taktik pembangkang yang bertujuan menarik sokongan serta undi menjelang pilihan raya," katanya kepada media pada Majlis Ramah Mesra Dewan Undangan Negeri (Dun) Tras di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub, kelmarin.

Adnan berkata, Pahang mempunyai keluasan 3.5 juta hektar tanah termasuk hutan, bukit bukau, kawasan tadahan air dan tanah ladang.

Katanya, sekiranya semua jumlah tanah itu dibahagikan dua hektar kepada 1.5 juta penduduk negeri ini, sudah pasti ia tidak mencukupi.

"Tanah Felda juga tidak cukup sekiranya ingin diagihkan kepada semua penduduk, ia adalah aset dan punca kewangan kepada Felda dan peneroka dan ia tidak boleh diusik.

"Sekiranya tanah Felda Plantations yang menjadi sumber kewangan kepada peneroka dan Felda diberikan kepada generasi kedua atau ketiga, peneroka tidak akan menerima pendapatan seperti dikecap hari ini," katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Adnan berkata, pemberian wang kepada golongan miskin, warga emas dan golongan sasar merupakan tanda ingatan serta keprihatinan kerajaan kepada golongan terbabit.

Katanya, kerajaan bukan memberi wang semasa Aidilfitri sahaja, malah turut memberinya pada perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.

"Wang ini datang daripada hasil yang dibayar rakyat dan wajar ia dipulangkan semula kepada rakyat memerlukan menerusi pelbagai aktiviti sumbangan serta bantuan," katanya.

Yatim piatu sekelip mata

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Yatim piatu sekelip mata KUALA KRAI - Tiga beradik berusia enam, 14 dan 16 tahun menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang masuk ke Kampung Che Wal, dekat Telekong, di sini, semalam.

Pada kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Ismail Yaccob, 47, dan isterinya, Ruzainiah Mustapha, 37, maut selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain.

Pasangan yang tinggal di Kampung Pek, Machang itu meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Siti Nurhafizah, 16, Siti Khairunisa, 14, dan Siti Nur Rasya Aleesya, 6.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja'apar berkata, kejadian berlaku ketika Ismail dalam perjalanan dari arah Machang untuk menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah kilang papan di Kampung Che Wal, dekat Telekong.

"Ketika sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai secara cuai membelok untuk masuk ke simpang itu dan berselisih dengan sebuah kereta Kancil dari arah sama.

"Kejadian menyebabkan penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah kereta Persona yang juga datang dari arah sama," katanya, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, Ismail berasal dari Kampung Pek, Machang dan Ruzainiah dari Kampung Che Wal, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah kepala.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Nurhafizah berkata, ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali tidak membawa Siti Nur Rasya Aleesya bersama mereka ketika keluar rumah pagi semalam.

"Biasanya ayah akan bawa adik (Siti Nur Rasya Aleesya) sekali bila hantar emak pergi kerja tetapi semalam mereka hanya keluar rumah berdua sahaja," katanya.

Siti Nurhafizah kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang dan baru pulang ke kampung sempena cuti bulanan, kelmarin.

Siti Khairunisa pula pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan manakala Siti Nur Rasya Aleesya murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Pemuda Pas Sabah serah memorandum bantah penjualan pulau

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

Kerajaan Kedah diminta jelas penggunaan wang peruntukan jalan

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan Kedah diminta jelas penggunaan wang peruntukan jalan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah hari ini diminta menjelaskan kenyataan seorang exconya yang mengatakan bahawa sebahagian daripada wang peruntukan Kerajaan Pusat untuk penyelenggaraan jalan telah digunakan membiayai gaji dan urusan pentadbiran negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika membuat gesaan tersebut berkata, kerajaan negeri hendaklah menerangkan kepada rakyat mengapa wang peruntukan membaiki jalan yang rosak dipakai untuk tujuan pembayaran gaji dan pentadbiran negeri.

"Wang itu sepatutnya digunakan untuk membaiki banyak jalan yang rosak sehingga boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kerosakan pada kenderaan seperti aduan rakyat tetapi tidak dipedulikan.

"Tindakan kerajaan negeri ini seperti mengenepikan kepentingan rakyat yang berhak kepada jalan raya yang selesa," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Bashah mengulas kenyataan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam sebuah akhbar semalam bahawa wang daripada lebihan penyelenggaraan jalan itu digunakan termasuk untuk membiayai bayaran gaji dan kos pentadbiran. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

KDN disaran kukuhkan Rela

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

KDN disaran kukuhkan Rela MUAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) disarankan supaya mengkaji satu pendekatan yang lebih praktikal ke arah memperkukuhkan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang merupakan barisan pertahanan ketiga negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertubuhan sukarelawan perlu menarik lebih ramai generasi muda, golongan profesional dan ahli korporat daripada semua bangsa dan agama.

Menurutnya, Rela merupakan organisasi yang telah terlibat secara aktif dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara sejak ia diwujudkan pada tahun 1972.

"Seperti kita ketahui Rela berfungsi untuk menggantikan Pengawal Kampung dan sejak tahun 1972 sangat aktif membantu negara terutama sekali mengawal ancaman komunis dan penjenayah.

"Anggota Rela telah memberikan komitmen yang sangat baik semasa menjalankan tugas-tugas mereka dan kita patut mengiktiraf serta menghargai sumbangan mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Rela Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, KDN boleh mempelbagaikan aktiviti dan fungsi Rela supaya kelihatan lebih menarik kepada masyarakat, termasuk penduduk bandar.

Katanya, Rela berdasarkan kepada empat K iaitu Keselamatan, Keamanan, Keharmonian dan Kestabilan untuk negara dan orang ramai.

"Anggota Rela perlu mempunyai gambaran imej yang lebih baik dengan memiliki kemahiran, integriti, karektor yang teguh, berdisiplin dan membawa imej 1Malaysia.

"Adalah sangat penting juga Rela mempunyai tarikan tersendiri dan memainkan satu peranan yang lebih berkesan ketika berkhidmat untuk negara serta mempunyai sistem pemimpin yang baik," katanya.

Beliau mahu, Rela menganjurkan program menarik berdasarkan trend, minat dan keperluan orang ramai untuk menyertai badan sukarela peringkat antarabangsa.

"Kita juga mahu kehadiran Rela secara fizikalnya dalam masyarakat dengan memiliki pusat operasi yang sesuai, logo, bendera-bendera dan ahli-ahli berada dalam perlindungan insurans juga faedah-faedah lain.

"Setakat hari ini, negara memiliki kira-kira dua juta anggota Rela di seluruh negara dalam membantu pihak berkuasa mengawal jenayah," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Parlimen Pagoh mempunyai seramai 4,778 anggota Rela yang sepatutnya mempunyai pusat operasi sendiri dan menggesa Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat tersebut di kawasan yang sesuai.

"Saya akan memberikan peruntukkan untuk membina Pusat Operasi Rela Pagoh di sini dan peruntukkan berjumlah RM125,000 bagi membolehkan Rela Pagoh menganjurkan aktiviti

"Saya juga memberikan peruntukkan RM125,000 kepada lima zon Rela Parlimen Pagoh untuk menganjurkan pelbagai aktiviti," katanya.

Tiada paksaan pada bukan Islam

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tiada paksaan pada bukan Islam KEPALA BATAS - Pas tidak akan sekali-kali memaksa golongan bukan Islam untuk menerima undang-undang jenayah syariah antaranya pelaksanaan hukum hudud yang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam menerima ajaran Islam berikutan banyak tanggapan negatif dimomokkan Barisan Nasional (BN), terutama mengenai isu hukum itu sehingga memberikan persepsi buruk terhadap hudud.

"Umno yang selama ini penyebab orang memandang negatif terhadap hukum Islam iaitu hudud yang dimomokkan melalui media walaupun semua maklum kita kini menghadapi krisis sosial teruk antaranya jenayah dan ia perlu kembali kepada ajaran ALLAH.

"Pas cuba perkenalkan hudud dan takzir, namun Umno sengaja memperbesarkan hudud sahaja sehingga ia menakutkan orang bukan Islam serta perbodohkan orang Islam," katanya dalam ucapannya di Kongres Sambutan 60 tahun Pas di sini semalam.

Menurutnya, undang-undang syariah itu mementingkan keadilan dengan setiap keputusan dibuat perlu menepati syarat ditetapkan.

"Ajaran ALLAH adalah untuk mendidik. Bukan senang nak jatuhkan hukuman, ia perlu ada beberapa syarat, melalui proses kehakiman, saksi dan hakim yang mencari jalan untuk membebaskan tertuduh dan bukannya mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman.

"Kita tidak memaksa bukan Islam untuk terima undang-undang Islam dan kita tidak pernah memaksa golongan ini menerima Islam," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, Pas akan terus berteraskan al-Quran serta sunnah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menurutnya, parti itu akan memperjuangkan dasar Islam yang sempurna bagi meneruskan semangat perjuangan tokoh sebelum ini.

"Pendirian ini dipegang sebagai persediaan bersama rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menghadapi pilihan raya kelak. Ini sebagai persediaan menghadapi kontroversi hukum hudud diperkatakan semula baru-baru ini.

"Pas parti Islam terawal ditubuhkan di Asia Tenggara. Ia ditubuhkan untuk kesinambungan kedatangan Islam yang sempurna dan bukannya dipotong-potong. Pendakwah yang bawa Islam ke Nusantara sudah mengislamkan rakyat, pemimpin, peme-rintah serta ketua negara," katanya.

Menurutnya, Pas akan tetap perjuangkan dasar Islam dan tidak mengubah prinsip asas itu dengan bertunjangkan prinsip teguh, kuat serta tidak hanyut walaupun dijajah.

PRU13: Wanita Umno sudah ada calon

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

PRU13: Wanita Umno sudah ada calon

SUNGAI PETANI - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau sudah menemui ciri calon dikehendaki Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umun ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, Pergerakan Wanita sudah me-ngintai calon yang memenuhi kriteria dan layak dipilih untuk bertanding sejak tahun lepas.

"Saya hanya tunggu isyarat daripada Perdana Menteri untuk kemukakan senarai calon," katanya.

Menurutnya, calon dipilih mewakili 30 peratus untuk pergerakan itu disenaraikan berdasarkan ciri digariskan Perdana Menteri.

Ditanya mengenai kemungkinan pertambahan kerusi untuk pergerakan itu, beliau berkata, sememangnya menjadi harapan Wanita untuk meningkatkan jumlah yang diwakili mereka.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Facebookers - Tujuh kesilapan yang merugikan Pakatan Rakyat

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Facebookers - Tujuh kesilapan yang merugikan Pakatan Rakyat

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR.

Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:

1.Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan.

Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah.

Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

1.Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

2.Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

3.Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

4.Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat.

Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

5.Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

6.Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Dipetik daripada blog Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M

JITRA - Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."

"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved