Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Pemuda Pas Sabah serah memorandum bantah penjualan pulau Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT |
Kerajaan Kedah diminta jelas penggunaan wang peruntukan jalan Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT Kerajaan Kedah diminta jelas penggunaan wang peruntukan jalan ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah hari ini diminta menjelaskan kenyataan seorang exconya yang mengatakan bahawa sebahagian daripada wang peruntukan Kerajaan Pusat untuk penyelenggaraan jalan telah digunakan membiayai gaji dan urusan pentadbiran negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika membuat gesaan tersebut berkata, kerajaan negeri hendaklah menerangkan kepada rakyat mengapa wang peruntukan membaiki jalan yang rosak dipakai untuk tujuan pembayaran gaji dan pentadbiran negeri. "Wang itu sepatutnya digunakan untuk membaiki banyak jalan yang rosak sehingga boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kerosakan pada kenderaan seperti aduan rakyat tetapi tidak dipedulikan. "Tindakan kerajaan negeri ini seperti mengenepikan kepentingan rakyat yang berhak kepada jalan raya yang selesa," katanya dalam satu kenyataan. Ahmad Bashah mengulas kenyataan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam sebuah akhbar semalam bahawa wang daripada lebihan penyelenggaraan jalan itu digunakan termasuk untuk membiayai bayaran gaji dan kos pentadbiran. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan