Ahad, 5 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesir terima bantuan RM9 bilion

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mesir terima bantuan RM9 bilion

KAHERAH - Kerajaan Mesir menerima bantuan kewangan ASD3 bilion (RM9 bilion) bagi tempoh 12 bulan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), semalam.

Menurut IMF, program ekonomi yang dirancang kerajaan Mesir menjadi langkah pertama sebagai asas pertumbuhan ekonomi yang membabitkan peranan sektor swasta.

"Dasar kewangan dan mata wang akan disasarkan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dengan menyediakan rizab mencukupi supaya Mesir bersedia berhadapan sebarang masalah ekonomi," menurut kenyataan IMF.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM Jepun letak jawatan Ogos

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

PM Jepun letak jawatan Ogos TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan bersedia meletak jawatan pada Ogos depan, menurut kerajaan negara itu, semalam.

Minggu lalu, Kan terselamat daripada undian tidak percaya dalam Parlimen selepas beliau mengumumkan akan berundur sejurus kerajaan berjaya menyelesaikan krisis nuklear akibat bencana berganda, Mac lalu.

Kan kemudian didakwa memberi bayangan beliau mahu meneruskan perkhidmatannya sehingga tahun depan, menyebabkan kemarahan pihak pembangkang.

Pemimpin Parti Baru Rakyat, Shizuka Kamei berkata, Kan berharap dapat menyelesaikan krisis di negara itu menjelang penghujung Ogos depan.

Jepun dijangka membuat permohonan kedua kepada Parlimen, Ogos depan, untuk mendapatkan peruntukan bagi membiayai pembinaan semula negara selepas gempa kuat dan tsunami melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hampir lemas sewaktu pulang

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Hampir lemas sewaktu pulang KUALA NERANG - "Pengalaman hampir lemas semasa mahu kembali ke Malaysia kira-kira jam 4 pagi pada 4 Jun lalu pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan," kata Zarina Abu Bakar, 30, wanita yang ke Lombok, Indonesia selepas mengikuti teman lelakinya yang dikenali sebagai Helmi kira-kira dua tahun lalu.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Zarina yang tidak pandai berenang berkata, dia dan beberapa orang lain yang mahu memasuki sempadan Malaysia melalui Ulu Tiram, Johor diarahkan terjun ke dalam laut kerana bot yang membawa mereka tidak menghampiri pesisiran pantai.

Menurutnya, sebaik sahaja terjun, dia tidak ingat apa-apa dan dimaklumkan oleh tekong bot bahawa dia pengsan.

"Nyawa saya masih panjang dan bersyukur kerana telah diselamatkan oleh tekong bot berkenaan dan saya mula sedar dari pengsan kira-kira jam 6 pagi.

"Kemudian dengan bantuan orang-orang tekong bot itu, saya telah dibawa untuk membeli tiket bas ke Kuala Lumpur kerana ibu saya, Maryam Kasim, 49, sudah menanti di sana," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kuala Pai, Kuala Nerang.

Kisah Zarina sebelum ini mendapat liputan media cetak dan elektronik yang luas selepas dia merayu dan memohon bantuan untuk kembali ke negara ini selepas pergi ke Lombok pada September 2009.

Dia yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia 6, 7 dan 10 tahun pergi ke sana selepas teman lelakinya yang dikenali Helmi, 29, berjanji akan mengahwininya.

Menurutnya, pada awal perkenalan, dia terus jatuh hati kepada jejaka berkenaan yang mengambil berat akan dirinya.

"Pada awal berkenalan, sekiranya sehari tidak bertemu saya akan teringat-ingat kepadanya, setiap yang diperkatakan dan diminta olehnya langsung tidak dibantah.

"Saya pun tidak tahu mengapa saya tidak sabar-sabar mengikutinya pulang ke Lombok selain mendapat pelawaan dari pada ibu Helmi untuk pergi ke sana," katanya.

Dia mengakui semasa di dalam perjalanan menuju ke sana melalui Ulu Tiram, ingatannya kepada ibu bapa dan juga anak-anak di Kedah seolah-olah tidak ada dan hanya memikirkan untuk ke Lombok saja.

"Saya seolah-olah dipukau tetapi pada waktu yang sama rasa sangat bahagia," katanya.

Namun, selepas lima bulan menetap di Desa Jeruk Mani, Dusun Jawa Guar, Kacamantan Timur, barulah rasa rindu kepada kampung halamannya di Malaysia kembali berbunga.

Menurutnya, dia mendakwa selepas lima bulan menetap di sana, layanan ibu Helmi kepadanya semakin dingin.

"Selain menetap di rumah yang tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air, kadang-kadang makanan tidak cukup dan perlu bergantung kepada roti sahaja, makanan yang sering saya jamah ialah ubi kayu, ubi keladi dan pucuk paku-pakis.

"Saya pun tidak tahu mengapa ibu Helmi bersifat dingin dan sering memarahi dan memukul saya, sifat ramah mesra seperti saya dengar di dalam telefon sebelum ini sudah tidak ada," katanya.

Tambahnya, dia juga terpaksa pergi bekerja mengambil upah menanam padi dengan upah sebanyak RM2.50 sehari.

"Setiap hari saya memikirkan untuk pulang sahaja, selain hidup umpama pelarian di sana," katanya yang mendapat bantuan suaminya untuk mendapatkan kad pengenalan palsu di sana dengan harga RM80.

Bagaimanapun, impiannya berkecai apabila Helmi membatalkan hasrat untuk berkahwin dengannya selepas dia melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulit dengan lelaki berkenaan kira-kira lima bulan yang lalu.

"Biarlah kisah perjalanan hidup saya ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada wanita di negara ini supaya ia tidak akan berulang lagi.

"Kepulangan saya ke negara ini juga turut dibantu oleh Helmi selepas melihat saya sudah nekad untuk pulang ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Maryam ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana masih lagi dapat memeluk anak sulungnya itu.

"Setiap hari saya berdoa kepada Allah SWT, akhirnya doa saya dimakbulkan, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi dorongan kepada keluarga kami," katanya.

Tambahnya, dia mendapat bantuan daripada adik angkatnya dari Kubor Panjang, Pendang, Kedah untuk membantu membawa pulang Zarina.

Kepulangan Zarina mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO Kedah merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap, Badrol Hisham Hashim; Pengerusi Majlis Belia Daerah Padang Terap, Ismail Ibrahim dan Ketua Biro Remaja Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Sharmila Ibrahim yang melawatnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Buruh ladang bakar diri

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Buruh ladang bakar diri PANTAI REMIS – Satu kejadian bakar diri dilaporkan berlaku di asrama pekerja sebuah ladang kelapa sawit, di sini kelmarin melibatkan seorang pekerja asing warganegara Indonesia.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9 pagi kelmarin apabila pekerja Indonesia yang berusia 24 tahun itu bertindak membakar diri di bahagian dapur asrama kediamannya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis telah dimaklumkan sejurus kejadian berlaku dan bergegas ke tempat kejadian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis mengambil masa 10 minit untuk tiba di tempat kejadian dan berjaya memadam serta mengawal kebakaran.

Ketua Polis Daerah Manjung, Superintendan Mohd Jamil Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, motif kejadian masih belum diketahui dan beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenainya.

"Mangsa adalah seorang warga negara Indonesia dan merupakan pekerja di kilang terbabit dan sebab-sebab mangsa bertindak demikian belum diketahui.

"Kes ini masih lagi dalam siasatan polis dan kita tidak dapat mengulas lebih lanjut apa yang berlaku buat masa ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau turut memaklumkan hanya bahagian dapur asrama pekerja terbabit yang hangus dalam kejadian berkenaan, sementara lain-lain bahagian rumah selamat.

Selangor lakar sejarah unik

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Selangor lakar sejarah unik KLANG - Bandar Diraja Klang mencatat nama dalam Malaysian Book of Records apabila mengadakan pameran kolaj terpanjang di Jambatan Kota, semalam.

Pameran sepanjang 181 meter ini memaparkan gambar panorama keindahan Selangor termasuk lokasi menarik yang perlu dilawati pelancong.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Karnival Fotografi Warisan Selangor adalah acara sesuai untuk mempromosikan warisan sejarah di Bandar Klang.

Menurutnya, penganjuran program seumpama ini akan menarik lebih ramai pelancong datang melawat Selangor.

"Kerajaan Negeri bukan sahaja mempromosikan produk pelancongan sedia ada, malah memperkenalkan produk yang mempunyai potensi untuk dimajukan di masa hadapan.

"Tahniah kepada semua pihak bertanggungjawab menghasilkan usaha kreatif ini, sehingga mendapat pengiktirafan dalam Kategori Pameran Kolaj Terpanjang," katanya ketika merasmikan Karnival Fotografi Warisan Selangor,.semalam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Kim.

Gambar dipamerkan dalam pameran diperolehi daripada koleksi persendirian Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Photo Creator Publication (PCP).

Pengunjung disajikan dengan pelbagai program menarik termasuk pertandingan mengambil gambar keluarga dan pertunjukan bunga api di jambatan dibina pada 1957 berkenaan.

Tingkat kawalan di stadium

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tingkat kawalan di stadium KUALA TERENGGANU – Seramai 648 anggota termasuk pegawai polis akan bertugas bagi mengawal keselamatan penonton yang terdiri daripada penyokong kedua-dua pasukan dalam perlawanan Liga Super Terengganu menentang Kelantan malam esok di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.

Anggota dan pegawai yang terlibat terdiri daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua anggota dan pegawai terlibat akan mengawal kawasan luar dan dalam stadium.

Selain itu, polis turut mengadakan pemeriksaan rapi di laluan pintu masuk penyokong bagi memastikan tiada objek berbahaya terutama mercun dibawa masuk.

"Penonton juga diingat agar datang ke stadium lebih awal bagi mengelak kesesakan dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mengundang perkara tidak diingini.

"Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekeco­han­ bagi memastikan penyokong lain dapat menyaksikan perlawanan dengan selesa dan selamat," katanya.

Sehubungan itu, penyokong kedua-dua pasukan yang berhasrat untuk menyaksikan perlawanan itu tidak perlu bimbang akan keselamatan masing-masing.

Peniaga dakwa dikasari

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peniaga dakwa dikasari KUANTAN - Seorang peniaga ubat tradisional kini trauma selepas mendakwa mendapat layanan 'kasar' daripada anggota penguat kuasa di sebuah pasar pagi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku di pasar pagi Kampung Jawa kira-kira jam 8.30 pagi di sini, mangsa, Loh Woei Seong, 37 dari Menglembu, Perak mendakwa diseret empat anggota penguat kuasa ke dalam kenderaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas dua anggota penguat kuasa yang tidak memakai uniform ingin merampas barangan jualan iaitu minyak urut dan ubat kulit bernilai kira-kira RM1,000 yang dijual pada hari tersebut.

"Saya meminta supaya anggota itu menunjukkan kad kuasa namun tidak dilayan sebaliknya menunjukkannya dari jauh selepas merampas barangan jualan.

"Anggota terbabit juga meminta dan mengambil kad pengenalan secara paksa di dalam kenderaan dan hanya serahkan di balai polis apabila diminta anggota polis," dakwanya ketika ditemui di sini.

Woei Seong berkata, ini kali pertama dia mencuba nasib mencari rezeki di pasar itu tahun itu dan langsung tidak menduga terpaksa berhadapan kejadian itu.

Menurutnya, dia terkilan dan tidak berpuas hati dengan layanan kurang profesional anggota terbabit yang tidak menggunakan budi pekerti kerana sedar dengan kesalahan yang dilakukan.

"Akibat kejadian ini, saya mengalami calar di bahagian tangan kiri dan kanan selain belakang.

"Kalau anggota terbabit meminta dengan cara berhemah, saya akan memberikan kerjasama sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, dia juga mendakwa perlu menunggu kira-kira tiga jam di luar lokap balai polis itu sebelum menghubungi ibu pejabat DAP yang membantunya dengan jaminan RM1,500.

"Saya berjalan kaki hingga ke lokasi pasar itu sebelum ada beberapa peniaga di situ merujuk masalah saya ke Pejabat Ahli Parlimen Kuantan.

"Dengan bantuan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang, saya di bawa ke pejabat penguat kuasa terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut akan tindakan anggota tersebut," katanya.

Sementara itu, Chon Siang berkata, beliau mendapatkan maklum balas daripada pegawai terlibat namun tidak berpuas hati dengan respons diterima sebaliknya mendakwa dicabar supaya membuat laporan polis.

"Kira-kira jam 4.38 petang hari yang sama, saya membawa mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

A pas for Pas

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.

Implikasi pemilihan golongan liberal terhadap Pas

Sultan jalan 3.5 km

Tidak puas hati

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tidak puas hati JOHOR BAHRU - Seorang peniaga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang menjalankan serbuan ke atas rumahnya di Taman Desa Tebrau, di sini, selepas menerima aduan awam.

Koh Wei Lun, 25, mendakwa, rumahnya diserbu sekumpulan anggota polis yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Cif Inspektor untuk menjalankan pemeriksaan sekitar jam 11 malam pada 30 Mei lalu.

Menurutnya, tindakan anggota polis berkenaan yang berpakaian preman didakwa menarik pintu pagar automatik, seterusnya memasuki perkarangan rumah tanpa izin amat mendukacitakannya seisi keluarga.

"Ketika kejadian, saya mendapat panggilan telefon daripada adik yang menyatakan ada pihak polis datang ke rumah kami untuk membuat pemeriksaan.

"Sekumpulan empat anggota polis diketuai seorang pegawai berpangkat Cif Inspektor pada mulanya menekan beberapa kali loceng pintu pagar, namun belum sempat nenek saya mengenal pasti siapa yang datang, mereka terus masuk dan berada di perkarangan rumah tanpa izin.

"Mereka (polis) kemudiannya mengetuk pintu rumah dengan kuat dan menyuruh nenek saya keluar, namun enggan berbuat seperti diarahkan kerana bimbang berikutan tidak mengenali siapa yang datang," dakwanya ketika ditemui di rumah Kelab Wartawan Cina Johor Selatan, Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Difahamkan, laporan polis terhadap tindakan sekumpulan polis berkenaan juga sudah dilakukan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan oleh Wei Lun sekitar jam 7.35 malam, 31 Mei lalu.

Pas tidak istiqamah pada perjuangan

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas tidak istiqamah pada perjuangan REMBAU - Rakyat kini boleh membuat kesimpulan Pas tidak memiliki istiqamah dan iltizam yang jitu terhadap prinsip penubuhan negara Islam diperjuangkannya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, gagasan `negara berkebajikan' dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menunjukkan parti itu tidak komited dalam perjuangan.

"Saya melihat penolakan konsep negara Islam satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa Pas sanggup menggadai prinsip demi meraih kemenangan politik.

"Perkembangan terbaru ini berbeza dengan UMNO yang tidak pernah membelakangkan prinsip agama dan bangsa walaupun bergabung dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian berkenaan oleh Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Menteri Besar, di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, semalam.

Khairy berkata, generasi muda dipercayai boleh menilai sikap Pas seolah-olah tidak berpegang teguh pada prinsip.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas jaga hati DAP, PKR

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas jaga hati DAP, PKR REMBAU - Hasrat Pas memperjuangkan gagasan negara berkebajikan dilihat sebagai strategi menjaga hati parti lain dalam pakatan pembangkang, iaitu DAP dan PKR.

Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gagasan itu tidak selaras matlamat penubuhan negara Islam diperjuangkan Pas sejak kemunculannya dalam arena politik negara.

"Pas yang kononnya lahir hasil daripada rasa tidak puas hati dan kecewa segelintir pihak terhadap UMNO bertekad menubuhkan negara Islam sekiranya ia berkuasa.

"Namun kini, parti itu berubah-ubah prinsipnya mengikut keadaan semasa. Boleh dikatakan, prinsip Pas berubah setiap 10 tahun," katanya.

Beliau, yang juga Menteri Besar dan Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan secara serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian berkenaan di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, semalam.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Dr Awaludin Said dan Ketua Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, perkembangan terkini dalam Pas mungkin menyebabkan ia hilang sokongan.

"Boleh jadi ramai yang akan keluar Pas apabila parti itu menggadaikan prinsip menegakkan negara Islam," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, semua pemimpin dan ahli perlu bekerja keras menarik sokongan rakyat terhadap parti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Itu dia punya hal

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.

To laugh or cry at Utusan Malaysia write-up: Lim Kit Siang

Assawabit neutral dijunjung

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Upacara perasmian Ibupejabat Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam pagi Khamis lalu oleh Sultan Selangor Tuanku Sharafuddin Idris ringkas dan kemas: separuh formal, adat istiadat dipelihara tetapi tidak keterlaluan dan sekali gus "businesslike according to Malaysian standards" komen Speaking. Majlis berlangsung demikian kerana Sultan Idris, walaupun raja pemerintah, traditionalis baginda juga realis; moden dan businesslike.

Saya gembira dan bangga dengan kisah dan pencapaian Karangkraf dalam usianya 33 tahun: umpama bermula sebagai paya tetapi kini sudah menjadi bukit! Sinar, tiap hari antara 160,000 – 170,000 naskah, pembacanya pula pukul rata 660,000-700,000 orang, rata-rata muda-mudi dan orang Malaysia yang sedang membangun, mereka yang ada kemahiran, profesional atau separuh profesional. Pembacaan majalahnya (27) seramai lima juta tiap bulan tidak termasuk pembaca buku-bukunya. Ketiga-tiga: pembaca Sinar Harian, majalah-majalah dan buku terus meningkat. Saya kurang pasti sama ada Karangkraf melayari internet atau online. Apa pun kalau belum, saya yakin mereka akan memasuki dalam bidang itu. Maaflah, saya kurang arif tentang teknologi terbaru kerana saya dinosaur!

Datuk Hussamuddin Yaacob, pengasas Karangkraf, pemegang saham terbesar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), orangnya kecil tetapi mempunyai visi: ramai berwawasan namun tidak bijak melaksananya secara praktikal, banyak wawasan tinggal sebagai khayalan sahaja, dalam ucapannya berkata: 'sebenarnya kami telah berpindah dari Taman Tun Dr Ismail, Wilayah Persekutuan ke Shah Alam, Selangor kira-kira lapan tahun dahulu sejajar dengan perkembangan pesat yang kami lalui (dalam 33 tahun). Langsung kami membeli tiga bangunan dan mengubahsuainya sebagai ibu pejabat korporat yang baru. Semua pembelian ini dari syarikat multi-nasional bagi menampung perkembangan masa hadapan'. Dengan adanya ketiga-tiga premis, Karangkraf sekarang merupakan satu-satunya syarikat Melayu (bukan GLC atau tersenarai di papan utama Bursa Malaysia) yang memiliki kawasan tanah paling luas, kira-kira 20 ekar dalam zon perindustrian paling pesat di Selangor. Karangkraf telah membuktikan keupayaan untuk bersaing di tengah-tengah kawasan keliling yang sebahagian besarnya dimiliki syarikat-syarikat multi-nasional asing.' Syabas. Tahniah. Sebuah syarikat Melayu maju dan sedang mara ke hadapan – Alhamdulillah – 'tanpa tongkat' pun! Mengikut sumber yang sahih tiap tahun, Karangkraf membelanjakan RM3 juta memberi biasiswa dan latihan pada kakitangannya dan anak Melayu lain menyambung pelajaran di universiti tempatan dan ramai pula ke Indonesia. Ramai wartawan, pelukis grafik dan lain-lain yang bertugas di Karangkraf dan Sinar adalah graduan Universiti Teknologi Mara yang juga di Shah Alam. Juga dari sumber yang sama, Sinar kini mendahului pengedaran dan pembaca harian tabloid yang terkenal Metro di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan sedang meningkat pula di wilayah Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain. Pendapatan jualan produk Karangkraf kini melebihi RM400 juta setahun.

Kejayaan Sinar, titah Sultan Selangor: 'Sinar Harian semakin popular. Beta membacanya setiap hari. Beta berharap Sinar akan terus mengekalkan sikap profesional dan beretika dalam melaporkan berita juga secara tepat dan cepat. Beta mahu akhbar ini lebih menumpukan kepada berita-berita yang mempunyai nilai pendidikan, motivasi dan kemanusiaan di samping memberi informasi yang tepat mengenai keadaan semasa di negara ini. Beta juga berharap akhbar Sinar Harian terus mengekalkan sikap neutralnya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam melaporkan berita dan bukan membesar-besarkan cerita gosip atau sesuatu isu yang tidak betul.' Maknanya: kalau sara hidup rakyat naik, jika harga sayur, gula, petrol dan elektrik naik Sinar kenalah lapor bukan cuba 'spin' yakni putar belit untuk mengelirukan rakyat. Atau melaporkan 5,000 hadir di suatu majlis politik walhal yang sebenarnya tidak sampai pun separuh. Sukses Sinar ialah kerana setakat ini Sinar enggan menspinkan cerita bagi mana-mana pihak maka Sinar terus menjadi pilihan muda-mudi.

Secara umum, saya dapati perasaan muhibah muda-mudi kita pada Sinar dan penerbitan-penerbitan Karangkraf amat menggembirakan dan lebih penting minat mereka pada media neutral ini berkembang cepat dan meluas. Apa yang dihidang kena dengan selera mereka. Teruslah menyajikan berita dan isi yang bermanfaat, menarik, tepat, cepat dan bebas serta berkecuali. Komentari, analisis yang berwibawa, adil. Yang salah salahlah yang benar benarlah walaupun datang dari pihak yang tidak disukai. Jangan, bak kata Mat Salleh: 'shoot the messenger – memarahi pembawa berita!' Pembawa berita – baik atau tidak – patut disanjung.

Dia hanya cuba memberitahu keadaan sebenar. Kalau tidak percayalah sahaja pada yes men dan yes women: mereka yang lemah (suka membodek) selalu bersetuju dan memuji orang atas (boss) untuk mendapat keuntungan diri, mahu disayangi. Hindarilah sindrom Pak Turut yang beragenda!

Raja, pembesar, wartawan, politikus, orang bisnes dan korporat dan orang biasa semua bangsa berhimpunlah semuanya di majlis 'naik rumah baru' dengan disudahi makan tengah hari beradat dan beradab. Macam-macam pula hadiah diberi. Saya dapat satu payung berwarna ungu, warna korporat Karangkraf. Teringatlah saya pada lagu popular Melayu zaman saya 'Ketipang Payung'. Kerana hari panas terik payung itu selain daripada topi Panama yang saya pakai (bukan topi Mexico, juga bukan topi main golf) melindungi saya dari terkena matahari. Lebih simbolik, barangkali saya bisa berlindung di bawah payung Sinar. Sinar, cahayanya sedang memancar kini. Segeralah memayungi pergerakan memartabatkan agama, bangsa, bahasa dan negara tanpa takut dan gerun; tanpa berharap pujian. Satu keramaian 'naik rumah baru' yang nostalgik.

Dorongan dalaman dan karya

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah karya kesusasteraan? Soalan ini telah dikemukakan oleh sahabat saya, arkitek yang berjaya.

Saya tahu, beliau sedar akan kehadiran novel, cerpen, skrip drama dan puisi di sekitar kehidupan kita. Saya yakin beliau juga sedar akan kewujudan segala macam karya sastera tradisi. Beliau mahu tahu tentang konsep kesusasteraan setepat-tepatnya, agar satu definisi dapat dipegang.

Saya perlu menjawab soalan Wan Shahreman Wan Hussain dengan cepat dan setepat-tepatnya. Kata saya, karya kesusasteraan ialah karya yang memuatkan isi budaya dan isi peribadi (kepercayaan, tingkah laku, fikiran dan perasaan), dicipta oleh orang yang berbakat dalam seni berbahasa, terhasil akibat dorongan dalaman.

Saya berpuas hati memberikan jawapan yang spontan itu. Ketika itu teringatlah saya akan karya persuratan yang dikemukakan oleh Mohd Affandi Hassan, dan dilanjutkan oleh Ungku Maimunah Mohd Tahir. Jika saya menyatakan makna persuratan itu kepada Wan Shahreman, perbincangan akan menjadi berbelit-belit. Saya tidak terfikir Wan Shahreman akan gembira masuk ke perkara seperti itu, walaupun saya tahu beliau cenderung berbincang mengenai aneka perkara, baik mendengar pandangan, mahupun memberikan pandangan.

Karya persuratan yang dimaksudkan oleh Mohd Affandi Hassan ialah karya yang meletakkan ilmu di tempat utama, dan cerita dikebelakangkan. Dengan definisi yang mengarah ke situ, karya kesusasteraan akan terlihat kurang murni (berada di bawah karya persuratan), kerana karya kesusasteraan terhasil akibat daripada desakan atau dorongan psikologi sasterawan, tanpa meletakkan ilmu (atau hasrat untuk mendidik) di tempat utama.

Dalam karya kesusasteraan, jika ada pendidikan atau ilmu, itu bukanlah syarat. Karya kesusasteraan yang menekankan ilmu secara yang ketara dianggap karya didaktik. Karya sastera absurd, psikologikal, eksistensialistik dan lain-lain, akan ditinjau mengikut kriteria dalam pelaksanaan kesenian karya itu sendiri, bukan berasaskan nilai murni, ilmu dan lain-lain yang diputuskan melalui pemikiran pendidikan.

Ketika saya memikirkan jalan cerita untuk cerpen "Jalan Untuk Zeti" (Dewan Sastera, Mei 2011), saya memutuskan bahawa saya akan menghasilkan karya kesusasteraan, bukan karya persuratan. Rozninah Abd. Azib, editor Dewan Sastera berasa sedikit musykil, kerana watak Zetti ialah ustazah, tetapi dia mengamalkan poliandri, iaitu berkahwin lebih daripada seorang. Seorang wanita bersuami dua dalam karya kesusasteraan tidak mengapa, kerana itu ialah peniruan pada peristiwa dalam masyarakat. Sesekali muncul berita dalam akhbar bahawa seorang isteri disaman kerana bersuami dua. Rozninah dapat menerima peristiwa itu, tetapi baginya, untuk cerpen "Jalan untuk Zetti", watak Zetti janganlah bertugas sebagai ustazah! Saya tidak keberatan mengeluarkan jawatan ustazah daripada perwatakan Zetti, kerana pandangan editor kena kitalah hormati. Namun, dalam pengetahuan saya, dan untuk karya yang berjudul "Jalan untuk Zetti", wanita yang bersuami dua memang ustazah. Lantaran (saya tahu) Zetti ialah ustazah, maka saya terdorong kuat untuk menghasilkan cerpen itu. Ini ialah hakikat sasterawan.

Sasterawan mestilah menghasilkan karya mengenai apa-apa yang diketahuinya. Pandangan ini telah dikemukakan oleh Anwar Ridhwan kepada pelajarnya, dan pandangan tersebut berulang kali dicacatkan oleh Sasjira dalam novelnya Lestari Cintaku. Sri Diah yang berceramah tentang penulisan novel jua sering menyebutkan hal ini.

Pada fahaman saya, sesiapa yang mahu menghasilkan karya persuratan, dia hendaklah awal-awal lagi menetapkan bahawa ilmu akan mengambil tempat utama dalam karyanya itu. Lain halnya dengan seseorang yang mahu menulis karya kesusasteraan.

Karya kesusasteraan bermula daripada idea dan hasrat berkarya yang tidak boleh ditahan-tahan. Perkara yang utama ialah kreativiti. Jika seseorang memperoleh jalan cerita untuk sebuah novel, maka dia akan menghasilkan novel. Siti Rosmizah, penulis novel Andai Itu Takdirnya (terbitan Buku Prima Sdn Bhd), mengatakan bahawa karyanya itu bertolak daripada mimpi yang bersambung-sambung. Siti Rosmiza bertugas sebagai peguam, tetapi idea dan dorongan untuk penghasilan novel tidak dapat ditahan-tahannya. Karya kesusasteraan memang terhasil melalui jalan begitu.

Karya kesusasteraan yang bertolak daripada mimpi dapat dikaitkan dengan idea Sigmund Freud. Bagi tokoh psikoanalisis itu, karya kesusasteraan ialah hasil himpunan idea dan perasaan yang tersimpan di bahagian "the unconscious" sasterawan. Mimpi pun begitu. Jadi, mimpi Siti Rosmizah berturut-turut tiga malam (malam pertama pengenalan, malam kedua klimaks, dan malam ketiga penutup), biarpun sukar terjadi kepada orang lain, adalah munasabah.

Jika ada penasihatan yang termuat dalam novel Andai Itu Takdirnya, maka itu ialah kebetulan. Siti Rosmizah menghasilkan karya itu kerana dorongan dalaman, dan sememangnya karya kesusasteraan terhasil daripada dorongan begitu. Saya mendapat tahu, Sasjira dan Sri Diah juga menghasilkan karya kerana wujudnya dorongan dalaman.

Kita tahu bahawa Rosmizah didorong oleh mimpi, manakala Sasjira mungkin berasaskan pengalaman yang luas, manakala Sri Diah pula mungkin berasaskan kekayaan maklumat yang dalam pengetahuannya. Mereka sama dalam satu perkara, iaitu masing-masing gigih lantaran hadirnya dorongan dalaman.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved