Ahad, 5 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pas tidak istiqamah pada perjuangan

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas tidak istiqamah pada perjuangan REMBAU - Rakyat kini boleh membuat kesimpulan Pas tidak memiliki istiqamah dan iltizam yang jitu terhadap prinsip penubuhan negara Islam diperjuangkannya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, gagasan `negara berkebajikan' dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menunjukkan parti itu tidak komited dalam perjuangan.

"Saya melihat penolakan konsep negara Islam satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa Pas sanggup menggadai prinsip demi meraih kemenangan politik.

"Perkembangan terbaru ini berbeza dengan UMNO yang tidak pernah membelakangkan prinsip agama dan bangsa walaupun bergabung dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian berkenaan oleh Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Menteri Besar, di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, semalam.

Khairy berkata, generasi muda dipercayai boleh menilai sikap Pas seolah-olah tidak berpegang teguh pada prinsip.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas jaga hati DAP, PKR

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas jaga hati DAP, PKR REMBAU - Hasrat Pas memperjuangkan gagasan negara berkebajikan dilihat sebagai strategi menjaga hati parti lain dalam pakatan pembangkang, iaitu DAP dan PKR.

Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gagasan itu tidak selaras matlamat penubuhan negara Islam diperjuangkan Pas sejak kemunculannya dalam arena politik negara.

"Pas yang kononnya lahir hasil daripada rasa tidak puas hati dan kecewa segelintir pihak terhadap UMNO bertekad menubuhkan negara Islam sekiranya ia berkuasa.

"Namun kini, parti itu berubah-ubah prinsipnya mengikut keadaan semasa. Boleh dikatakan, prinsip Pas berubah setiap 10 tahun," katanya.

Beliau, yang juga Menteri Besar dan Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan secara serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian berkenaan di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, semalam.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Dr Awaludin Said dan Ketua Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, perkembangan terkini dalam Pas mungkin menyebabkan ia hilang sokongan.

"Boleh jadi ramai yang akan keluar Pas apabila parti itu menggadaikan prinsip menegakkan negara Islam," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, semua pemimpin dan ahli perlu bekerja keras menarik sokongan rakyat terhadap parti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved