Ahad, 5 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesir terima bantuan RM9 bilion

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mesir terima bantuan RM9 bilion

KAHERAH - Kerajaan Mesir menerima bantuan kewangan ASD3 bilion (RM9 bilion) bagi tempoh 12 bulan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), semalam.

Menurut IMF, program ekonomi yang dirancang kerajaan Mesir menjadi langkah pertama sebagai asas pertumbuhan ekonomi yang membabitkan peranan sektor swasta.

"Dasar kewangan dan mata wang akan disasarkan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dengan menyediakan rizab mencukupi supaya Mesir bersedia berhadapan sebarang masalah ekonomi," menurut kenyataan IMF.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM Jepun letak jawatan Ogos

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

PM Jepun letak jawatan Ogos TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan bersedia meletak jawatan pada Ogos depan, menurut kerajaan negara itu, semalam.

Minggu lalu, Kan terselamat daripada undian tidak percaya dalam Parlimen selepas beliau mengumumkan akan berundur sejurus kerajaan berjaya menyelesaikan krisis nuklear akibat bencana berganda, Mac lalu.

Kan kemudian didakwa memberi bayangan beliau mahu meneruskan perkhidmatannya sehingga tahun depan, menyebabkan kemarahan pihak pembangkang.

Pemimpin Parti Baru Rakyat, Shizuka Kamei berkata, Kan berharap dapat menyelesaikan krisis di negara itu menjelang penghujung Ogos depan.

Jepun dijangka membuat permohonan kedua kepada Parlimen, Ogos depan, untuk mendapatkan peruntukan bagi membiayai pembinaan semula negara selepas gempa kuat dan tsunami melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved