Jumaat, 26 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Bebaskan media dari konkongan politik kepartian

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bebaskan media dari konkongan politik kepartian

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) meminta kerajaan membebaskan media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah untuk menjadikan ia lebih relevan dan dekat di hati rakyat. DPPM mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang menyatakan media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama.

Bagi DPPM, generasi lama dan kebanyakan rakyat masih menggunakan media cetak sebagai bahan rujukan mereka memandangkan akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung.

Oleh kerana itu, rakyat khususnya generasi lama masih bergantung kepada media cetak kerana itulah sumber maklumat yang mampu mereka perolehi. Dalam keadaan demikian parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran rakyat dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata.

Cukuplah selama ini rakyat diperbodohkan dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN dalam media cetak seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar rasmi negara. Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang.

DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana negara-negara maju memperlakukan media cetak utama negara mereka. Media dibebaskan dari sebarang campurtangan politik kepartian parti pemerintah sehingga media bebas mengkritik mana-mana pemimpin negara yang tidak adil dan menyeleweng.

Inilah yang mengangkat integiriti media cetak barat sebagai media yang berpengaruh dan dipercayai. Justeru itu, bagi mengembalikan kredibiliti media cetak di negara ini, kerajaan harus membebaskan media cetak dari kongkongan politik kepartian mereka.

Benarkan media menulis apa yang dirasakan perlu termasuk mengkritik parti pemerintah. Rakyat akan membuka mata dan dengan sendirinya nilai media cetak diangkat di negara ini.

Jika tidak, rakyat semakin jemu untuk membaca kempen politik parti pemerintah dan menghukum Pakatan Rakyat dalam media cetak. Jangan disesali apabila jualan akhbar akan merudum jatuh dan alami kerugian serta syarikat mereka 'gulung tikar'ekoran boikot rakyat terhadap media cetak nanti.

Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan, Dewan Pemuda Pas Malaysia

Murtad Part 2 : Pas terbelit simpul mati?

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Murtad Part 2 : Pas terbelit simpul mati?

Kali ini, pendirian, keikhlasan dan kejujuran perjuangan Pas sedang diperhatikan oleh seluruh umat Islam. Malahan, terlebih penting perjuangan Pas sedang dinilai dan diperhatikan oleh "Yang Maha Kuasa".

Hassan Ali, Khalid Samad, Mustapha Ali dari Pas, masing-masing sudah memberikan kenyataan. Semua kenyataan mereka berbeza di antara satu sama lain.

Hassan Ali begitu tegas mempertahankan tindakan JAIS. Asas yang digunakan ialah membenteras gejala kemurtadan. Khalid Samad pula bertegas mempertahankan pihak gereja atas alasan JAIS main serbu dan tidak ikut prosedur hingga mengganggu hak kebebasan beragama penganut agama lain.

Mustapha Ali pula tiba-tiba tuduh UMNO menjadi dalang dalam serbuan JAIS. Pemimpin-pemimpin Pas yang lain lebih banyak bermain selamat dan mengelak dari memberikan pendapat.

Khalid Ibrahim MB pula awal-awal lagi sudah 'warning' JAIS atas alasan menyerbu tak ikut prosedur. Kemudian, bila sudah tahu kisah sebenar yang terjadi malam tersebut, Khalid beritahu akan umumkan lapuran JAIS selepas September.

Sebulan lebih tempoh yang diambil selepas kejadian sensitif seperti ini adalah satu tindakan yang terlalu lembab bagi sesebuah kerajaan yang prihatin.

Apa akan jadi kepada hubungan antara kaum dan agama jika ada pihak yang mengambil keputusan dan tindakan sendiri dan membelakangi undang-undang dalam tempoh tersebut? Hanya dengan sedikit minyak, api pergaduhan agama pasti menyambar dan menghancurkan terus kehidupan harmoni yang selama ini wujud.

Tidak lain tidak bukan, keputusan Khalid yang mendahului JAIS dalam melewat-lewatkan lapuran serbuan JAIS ke atas DUMC adalah semata-mata keputusan kepentingan politik. Beliau mengharapkan suasana panas akan sejuk sendiri.

Tindakan melengah-lengahkan masa ini sangat tidak bertanggungjawab bagi parti yang kononnya menjuarai budaya ketelusan dan keadilan. Jika dihitung semua kejadian ini, akan nampak jelas kepada kita betapa liciknya permainan DAP dan betapa Pas juga akhirnya terjerat di dalam permainan ini.

Sampai bila dan sejauh mana kesanggupan Pas untuk terus membiarkan kesucian agama Allah tercemar demi kegilaannya yang tidak terbendung dalam memastikan kaum cina mengundi mereka?

Bagaimana pemimpin Pas mahu berhadapan dengan soalan Allah swt di akhirat kelak jika ditanya "kenapa dahi kamu lebih berkerut memikirkan "undi dan kuasa" daripada tanggungjawab kamu memelihara kesucian agama dan menyelamatkan akidah umat?"

Apakah pemimpin Pas akan memberi jawaban dan helah yang sama kepada Allah swt sepertimana alasan yang sering digelembongkan kepada kita semasa di dunia?

Sebenarnya Pas telah kehilangan sesuatu yang tersangat penting yang dianggap sebagai kunci kepada segala-galanya dalam perjuangannya menegakkan agama Allah, iaitu kehilangan KEYAKINAN, KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN kepada diri, kepada perjuangannya dan kepada Allah swt.

Bagaimana kita mahu mengenal Allah dan segala rahsiaNya jika kita tidak kenal akan diri kita yang sebenar? Bagaimana kita mahu kenal akan diri yang sebenar, jika tidak disertai dengan Keyakinan, Keikhlasan dan Kejujuran kepada diri dan kepada setiap apa yang kita lakukan di dalam amalan dan perjuangan kita?

Dipetik daripada blog Kepal Nasi, Kepal Beras

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kedah Agro tubuh pasukan kait buah

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kedah Agro tubuh pasukan kait buah ALOR SETAR - Kedah Agro Industries & Marketing membuat beberapa perancangan untuk menangani isu lambakan buah, agar masalah yang membelenggu pemilik kebun tidak akan berulang pada musim depan.

Pengurus Besarnya, Ir Zamri Yusof berkata, pihaknya bercadang menubuhkan pasukan khas yang ditugaskan untuk mengait buah sepanjang musim buah-buahan untuk mengelak buah rosak, sekali gus mengurangkan lambakan buah di pasaran.

"Kita akan tawarkan kontrak ini tahun depan dengan memajak pokok buah dan membawa pasukan ini untuk mengait buah yang masak. Berdasarkan maklumat daripada pekebun, masalah utama mereka ialah kekurangan buruh untuk mengait buah hingga menyebabkan buah rosak," katanya.

Menurutnya, masalah sama turut berlaku di daerah Padang Terap, di mana situasi itu menyebabkan buah yang masak tidak dikait hingga rosak dan luruh ke tanah.

"Masalah utama sekarang ialah buah banyak tetapi tidak ada buruh untuk mengait buah. Saya difahamkan upah mengait buah ialah 20 sen bagi sekilogram, malah ada pekebun tawarkan 30 sen, tetapi masih tiada orang yang mahu melakukan kerja itu," katanya.

Ir Zamri berkata, Kerajaan Negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi lambakan yang dialami oleh penduduk.

"Kita sudah maklumkan pada pekebun, kita ambil sebahagian bukannya semua. Yang sudah masak kita suruh pekebun jual kepada peraih dan tidak perlu tunggu kita beli. Ada lebih kita ambil supaya tidak berlaku lambakan dan harganya stabil di pasaran," katanya.

Menurutnya, penjelasan ini diharap dapat menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji apabila didakwa tidak memungut buah rambutan penduduk, seperti yang berlaku di daerah Padang Terap Isnin lalu, di mana lebih 10,000 pemilik dusun menuduh Kerajaan Negeri gagal menunaikan janji memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Ir Zamri berkata, sejak Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani mula beroperasi 17 Julai lalu, masalah yang dialami adalah kekurangan buah untuk ditinkan, kerana pusat itu memerlukan bekalan bahan mentah antara 600 kilogram hingga 1 tan sehari.

"Kita hebahkan kepada peraih buah menerusi Jabatan Pertanian untuk membekalkan bekalan kepada pusat ini, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah serta gading pada harga 50sen-70 sen/sekilogram, mengikut saiz dan kualiti," katanya.

Setakat ini, katanya, pusat itu telah memproses 15 tan buah rambutan yang dikupas secara manual bagi mengekalkan kualiti produk.

Antara daerah yang menjalin kerjasama dengan pusat ini ialah Pendang, Sik dan Gurun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini pernah berkata, penduduk tidak perlu menunggu Kerajaan Negeri untuk membeli buah, sekiranya didatangi peraih yang menawarkan harga lebih tinggi.

Mengulas mengenai operasi di luar musim buah-buahan, Ir Zamri berkata, pihaknya tiada masalah membekalkan produk kerana ianya dibuat secara pusingan antara rambutan, nenas dan ikan keli.

"Kita ada pembeli tetap dan operasi tetap berjalan walaupun bukan pada musim buah. Produk ini akan berada di pasaran selepas Aidilfitri. Kita juga sedang mengadakan rundingan dengan Utara Perak, Kelantan dan Terengganu untuk pasarkan produk ini," katanya.

Menurutnya, pada masa akan datang, pihaknya bercadang meneroka pasaran dengan memproses isi durian berikutan mendapat permintaan.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi menerusi talian 012-5990486 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

» selanjutnya...

Tak setuju cara polis

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tak setuju cara polis IPOH – Tangkapan polis terhadap enam individu termasuk Adun dalam satu majlis ceramah di Tapah pada 18 Ogos lalu dipersoal beberapa pemimpin PKR Cabang Tapah dan Negeri kerana menganggap tindakan itu tidak wajar.

Naib Ketua PKR Cabang Tapah, Tan Kar Hing berkata, tangkapan ke atas enam individu itu tidak wajar memandangkan ia dijalankan dalam suasana yang aman.

"Ketika kejadian, pihak polis memberikan tempoh selama 15 minit untuk bersurai kerana kami baru dimaklumkan bahawa majlis itu tidak mendapat kebenaran.

"Kami kecewa dengan pihak polis yang terus bertindak menahan kami walaupun rayuan telah dibuat untuk teruskan ceramah itu," katanya dalam sidang media di Pejabat PKR Negeri di Medan Istana, di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu, Adun Teja, Chang Lih Kang; Bendahari PKR Negeri, Datuk Dr Yap Yit Thong; Timbalan Bendahari PKR Negeri, Ng Mung Yin dan Ahli Jawatankuasa PKR, Bobby Chew Yat San.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Lih Kang kesal dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan secara rasmi mengenai penolakan permit yang dihantar pihak penganjur biarpun lebih seminggu permohonan dibuat.

"Polis sepatutnya memaklumkan kepada penganjur lebih awal supaya rayuan boleh dibuat. Tapi sehingga ke hari ini, kami tidak mendapat sebarang jawapan.

"Kami melihat tindakan itu sebagai salah satu usaha menggagalkan program-program anjuran Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Pihaknya mahu mengadakan pertemuan dengan polis bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad yang dihubungi sebelum ini mengenai kejadian itu memaklumkan penahanan kesemua mereka disebabkan melakukan perhimpunan tanpa permit.

Bagaimanapun pada jam 11.45 malam 18 Ogos itu, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Lih Kang dan Kar Hing yang ditahan bersama-sama empat lagi ahli PKR pada kejadian itu untuk melapor diri pada 19 September depan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Penjual seludup syabu bernilai RM260,000

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penjual seludup syabu bernilai RM260,000 SHAH ALAM – Seorang penjual alat ganti motosikal ditahan polis ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selepas dikesan membawa dadah syabu bernilai kira-kira RM260,000.

Suspek, seorang warga Nigeria berusia 28 tahun yang baru tiba dengan penerbangan dari Doha, ditahan kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, suspek ditahan selepas pemeriksaan ke atas beg komputer riba yang dibawanya dikesan membawa bahan terlarang terbabit.

"Kita temui dadah syabu seberat 1.3 kilogram disorokkan dalam ruang khas yang dibuat dalam beg komputer riba itu.

"Apabila kita soal suspek yang baru pertama kali masuk ke negara ini mendakwa datang ke Malaysia untuk melancong," katanya pada sidang akhbar semalam.

Beliau berkata, suspek kini direman seminggu sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Nordin berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan pemantauan terhadap individu terutamanya warga asing yang masuk ke negara ini, berikutan trend atau modus operandi digunakan untuk menyeludup masuk dadah sering berubah.

780kg mercun dirampas

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

780kg mercun dirampas KUALA TERENGGANU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun dan merampas 780 kilogram mercun dan bunga api bernilai RM21,868, melibatkan lima kes sepanjang Ramadan kali ini.

Pengarahnya, Abdullah Zawawi Abd Latif berkata, ia hasil pemantauan di Bazar Ramadan dan premis secara lebih kerap serta meningkatkan rondaan sepanjang Ramadan, bagi meningkatkan langkah-langkah pencegahan penyeludupan dan pengedaran barang-barang belum kastam, terutamanya mercun dan bunga api.

Terbaru, KDRM Terengganu menyita 774 kilogram mercun dan bunga api bernilai RM21,672.84 dari sebuah premis perniagaan kosong di Kampung Besut, Kemaman kelmarin, iaitu pada jam 10.20 malam.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Pastikan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan menjelang PRU Ke-13

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pastikan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan menjelang PRU Ke-13

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengotakan janji dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Dalam pada itu, DPPWP mengalu-alukan cadangan kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR.

DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12.

Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini.

Penggunaan dakwat kekal akan mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang. Kos penggunaan dakwat kekal pula amat rendah dan mudah dilaksanakan. Dimana-mana tempat sama ada dibandar atau di ceruk kampung, penggunaan dakwat kekal amat sesuai digunakan.

Berbeza dengan penggunaan sistem biometrik, kosnya amat mahal dan tidak sesuai dilaksanakan khususnya di kawasan luar bandar. Sistem biometrik terpaksa bergantung kepada aplikasi internet dan tidak semua kawasan di seluruh negara ada akses internet.

Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem.

Lebih dari itu, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali. Justeru DPPWP tidak bersetuju penggunaan sistem biometrik dilaksanakan kerana ianya tidak menyelesaikan masalah yang timbul.

Oleh itu, DPPWP amat berharap SPR akan laksanakan penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke 13 nanti. Hanya dengan cara ini kredibiliti dan integriti SPR selaku badan yang menjalankan sistem pilihanraya di Malaysia kembali mendapat kepercayaan rakyat.

Dengan daftar pemilih yang bercampur aduk dan tidak bersih bagaimana rakyat boleh percaya lagi terhadap sistem pilihanraya di negara ini. Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat. Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan.

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Pembangkang perlu mohon maaf tipu penduduk Kuantan Isu Lynas

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang perlu mohon maaf tipu penduduk Kuantan Isu Lynas

KUALA LUMPUR – Pembangkang khususnya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sepatutnya memohon maaf kepada penduduk di Kuantan kerana telah menyebarkan maklumat yang salah hingga penduduk di kawasan tersebut keliru dengan implikasi kilang Lynas yang kononnya membahayakan kesihatan dan sebagainya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata tindakan mereka yang mengembar-gemburkan berita yang tidak tepat seperti kesan yang akan timbul kelak menyebabkan kerajaan negeri dipandang serong.

Menurut beliau ekoran mpenyebaran maklumat yang tidak benar itu, kerajaan negeri hingga ke hari ini berterusan menerima pelbagai kritikan kononnya tidak prihatin dengan rakyat serta penduduk setempat dan sebagainya.

"Pengakuan berani Ahli Parlimen Pas kawasan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat bahawa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan selamat dan tidak membahayakan perlu dilihat oleh Fuziah dan pemimpin pembangkang lain dengan mendalam.

"Takkan rakan sendiri dan dari parti yang sama masih tak percaya lagi……Kalau apa yang dikeluarkan oleh panel penilai dan pelbagai pihak lain yang membuat kajian mendapat kritikan daripada mereka, itu bukan perkara mustahil kerana mereka nak berpolitik semata-mata" katanya.

Dari pengakuannya dalam interview dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ' untuk menutup kebenaran' semata-mata kerana politik.

Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.

Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Sharkar yang juga Ketua UMNO Temerloh seterusnya berkata pembohongan demi pembohongan oleh pembangkang telah mula terongkar satu persatu dan mereka akan terherat dengan gaya politik mereka sendiri.

"Yalah…..Semua pembohongan mereka nampaknya makan diri. Dulu kata kerajaan Pahang hampir muflis dan sebagainya, namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan kerajaan negeri khususnya telah berjaya menafikan benda ini tidak betul.

"Jadi kepada pembangkang, cukup-cukuplah membonhongi rakyat kerana percayalah satu masa nanti pembohongan mereka itu akan menjerat leher mereka sendiri," katanya.

Dipetik daripada MediaUMNO

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Remaja cedera angkara kera

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Remaja cedera angkara kera

RANTAU PANJANG – Gara-gara cuba menyelamatkan dua adiknya daripada menjadi mangsa serangan kera, seorang remaja mengalami patah serta remuk tulang atas bahagian lutut kanannya, pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika, Mohd Shafiq Mat Zulkapli, 16, bersama dua adiknya, Nur Yasmin, 8, serta Nur Aishah, 13, dalam perjalanan ke kebun getah yang ditoreh ibu dan bapa mereka di Tasik Bakong kira-kira jam 10.45 pagi semalam.

Mohd Shafiq berkata, dia menunggang motosikal yang diboncengkan dua adiknya untuk membantu ibu dan bapanya mengutip getah beku di kebun tersebut.

Bagaimanapun, tiba di pertengahan jalan seekor kera dipercayai milik penduduk kampung yang terlepas kelihatan cuba menerkam mangsa dan adik-adiknya.

"Setelah melihat kera tersebut terjun dari atas pokok getah dan cuba menerkam ke arah adik-adik, tanpa berfikir panjang saya terus menendangnya.

"Berikutan itu, motosikal kami terbalik, selepas tu saya langsung tidak boleh bergerak, adik-adik turut terjatuh tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku ke atas kedua adik saya kerana cuba menahan kesakitan selepas terjatuh," katanya kepada pemberita ketika mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Pasir Mas, semalam.

Mohd Shafiq berkata, selepas itu, kera tersebut terus menghampiri mereka dan sempat melompat ke atas badan mereka sehinggakan dia terpaksa membaling batu ke arah haiwan tersebut bagi mengelak dirinya serta adik-adiknya terus menjadi mangsa.

Menurutnya, melihatkan keadaan mereka ketika itu agak terancam, Nur Aishah segera pergi mendapatkan ibu mereka di kebun getah kira-kira 500 meter dari tempat kejadian dengan menunggang motosikal.

"Tidak lama selepas itu emak datang, tetapi kera masih tidak berganjak dari tempat kami berada sehingga memaksa emak membawa adik pulang, sementara ayah menunggu sehingga saya dibawa keluar dari tempat kejadian oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya yang tidak mampu bercerita lebih panjang kerana menahan sakit pada bahagian lututnya.

Sementara itu, adik perempuannya Nur Aishah turut mengalami kecederaan pada kaki kanan ketika terjatuh dari motor dipercayai terkena objek tajam sementara Nur Yasmin tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berikutan itu dia menerima lapan jahitan sementara Mohd Shafiq terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan selanjutnya berikutan kecederaan serius yang dialaminya bahagian atas lutut.

‘Polis’ minta wang hapus salah

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

'Polis' minta wang hapus salah KUANTAN - Masyarakat diminta berwaspada terhadap satu sindiket penipuan menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman dan Interpol yang menelefon serta mengugut mangsa untuk mengheret mangsa ke mahkamah atau kes tersebut boleh diselesaikan dengan syarat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, penjenayah menggunakan taktik tersebut kononnya pihak polis boleh membantu melupuskan kesalahan yang dilakukan mangsa.

Menurutnya, mangsa akan diberitahu kononnya kad pengenalan atau pasport mangsa telah disalahgunakan pihak ketiga dengan membuka akaun di salah sebuah bank di Hong Kong.

"Mangsa juga didakwa terlibat dalam aktiviti anti laundering yang akan menyebabkan akaun mangsa dibekukan dan seterusnya perniagaan ditutup.

"Seterusnya, mangsa diarahkan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sebagai jaminan untuk memastikan kes mangsa ditarik daripada dibicarakan di mahkamah," katanya dalam satu sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 47 kes dalam pengetahuannya berlaku dan ada mangsa sanggup memasukkan wang sehingga RM5,000.

Menurutnya, beliau percaya, sindiket tersebut aktif beberapa tahun lepas dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan helah sebegitu.

"Jika kita tidak pernah buat salah, tidak patut kita masukkan wang tersebut tanpa usul periksa. Jika perlu, buat laporan polis dengan segera jika panggilan tersebut mencurigakan," katanya.

Oleh itu, beliau berharap agar sindiket itu dapat ditumpaskan dengan segera kerana telah banyak menipu orang ramai.

Berikutan itu Hong Seong membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi memastikan jenayah itu dapat dibanteras.

Sepakat jaga keamanan dua negara

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sepakat jaga keamanan dua negara JOHOR BAHRU – Satu pertemuan antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Pol Air Indonesia telah diadakan bertujuan membincangkan masalah yang berlaku di perairan sempadan.

Komander PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, pertemuan itu diadakan pada setiap bulan sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, tujuan utama pertemuan itu diadakan adalah untuk berkongsi bersama masalah yang dihadapi pasukan masing-masing dalam menjaga keamanan kedua buah negara ini.

"Dalam pertemuan ini, kami akan membincangkan masalah-masalah yang ada seterusnya menyelesaikannya dengan baik pada peringkat ini.

"Lokasi pertemuan adalah bergantung kepada keadaan di mana kami akan sentiasa berhubung untuk mendapatkan maklumat berkenaan pertemuan ini," katanya.

Sementara itu, Komander Pol Air Polda Kepri, M Yassin Kosasih berkata, ini adalah pertemuan kali pertama diadakan di bulan Ramadan dan pihaknya menyambut baik pertemuan ini.

Menurutnya, pertemuan seperti itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang supaya setiap masalah yang berlaku di wilayah perbatasan ini dapat diselesaikan dengan baik di antara dua pihak.

"Pertemuan ini juga lebih mudah berbanding perhubungan melalui e-mel dan talian faks kerana ianya memudahkan kami untuk berkomunikasi.

"Selain dapat menyelesaikan masalah, pertemuan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas-petugas peronda," katanya.

Beliau berkata, menjelang Aidilfitri ini pasukannya akan bertugas seperti biasa dan rondaan akan dilakukan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Terlupa zakat fitrah anak

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saya mula bayar zakat fitrah secara tunai sejak berhijrah ke KL pada 1994. Sebelum itu, di kampung, zakat fitrah dibayar guna beras.

Pada zaman kanak-kanak, saya tertunggu-tunggu hendak melihat orang dewasa bayar zakat fitrah. Seronok. Ini kerana, zakat fitrah masa itu biasanya dibayar terus kepada asnaf, tidak melalui amil. Di rumah asnaf, sudah siap beras fitrah yang diisi dalam bekas mengkuang.

Sebelum disempurnakan bayaran zakat, terlebih dahulu dilakukan akad jual beli beras. Beras dalam bakul mengkuang ditolak oleh si asnaf kepada pembayar zakat dengan akad jual: "Aku jual beras ini sebanyak harga" dan disambut oleh si pembayar zakat: "Aku beli beras sebanyak harga."

Selepas itu, bakul yang sama ditolak semula kepada si asnaf diiringi lafaz: "Inilah beras fitrah yang wajib ke atas diriku tahun ini kerana ALLAH TAALA." Si asnaf menyambut beras itu.

Selepas itu, berlaku semula akad jual beli untuk proses bayar zakat seterusnya, bagi tanggungan pula. Bayangkan jika seseorang itu punya dua isteri dan 10 anak, berapa kali bakul beras fitrah itu disorong tarik? Namun itulah tarikannya bagi saya untuk menyaksikan upacara itu.

Selain bawa wang ke rumah asnaf atau amil, ada juga yang bawa beras, tetapi ini agak menyukarkan. Bagi yang beranak ramai, mungkin hingga berbelas kampit beras perlu dibawa. Sekarang beras yang dikampit khas dalam sukatan zakat pun ada dijual. Ini lebih memudahkan berbanding dahulu.

Walau apa pun, bayar zakat di Lembah Klang jauh lebih senang. Di bazar Ramadan berhampiran rumah saya, sekurang-kurangnya empat amil di merata penjuru menunggu pembayar zakat. Dan caranya juga amat mudah, keluarkan tunai - tidak perlu bawa beras - dan urusannya boleh selesai dalam masa tiga minit sahaja.

Apa yang saya ingat, bayar zakat fitrah guna tunai pernah jadi pertikaian. Inilah masalahnya apabila undang-undang Islam yang sebenarnya universal dan relevan sepanjang zaman, ditadbir berbeza mengikut sempadan pemerintahan. Atas sebab itu juga, kadar zakat fitrah antara negeri tidak sama. Semoga masalah ini akan berakhir. Itulah doa saya setiap hari.

Beberapa tahun lalu, saya berasa amat jengkel apabila seorang rakan menggeleng-geleng kepala (baca: memperlekehkan) jawapan saya untuk soalannya: "Berapa zakat fitrah di Kedah?" Saya jawab: "RM5" Sambil geleng-geleng kepala, dia kata: "Mahalnya!"

Pada masa itu, zakat fitrah di Selangor memang lebih rendah. Kejengkelan saya kerana dia mempertikaikan bayaran zakat fitrah yang hanya perlu dikeluarkan sekali setahun sedangkan untuk sekotak rokok yang lebih mahal, tidak pula dirungut.

Jika sekalipun rakan saya itu bayar zakat fitrah di Kedah, belanjanya tidaklah sebesar mana kerana isterinya hanya seorang, anaknya pula tiga.

Keluar belanja sedikit untuk penuhi tuntutan agama pun merungut, apa punya orang? Seorang lagi rakan pula ceritanya agak lucu. Menjelang bulan puasa, rakan saya itu dapat anak baru - yang keenam. Makanya, tahun itu zakat fitrah yang perlu dia keluarkan pun bertambah.

Hendak dijadikan cerita, di rumah, resit fitrah yang baru dibayar, diperiksa isterinya. Terkejut si isteri apabila dapati resit hanya ada tujuh resit dalam poket suaminya, sedangkan yang sepatutnya adalah lapan termasuk untuk mereka suami isteri selain enam anak.

"Aku terlupa (bayar untuk) anak yang baru itu?" kata kawan saya. "Habis apa hang jawab kat bini hang?" tanya saya. "Aku terus ambil kunci kereta. Aku kata kat dia, tadi duit tak cukup nak bayar. Takkan aku nak jawab lupa." Berdekah-dekah kami ketawa. Seorang lagi kawan pula kata: "Nasib baik resit tak cukup. Kalau terlebih macam mana? Tentu bini hang soal lebih teruk lagi."

Ramadan yang penuh mencabar

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dalam mana lebih 1.6 bilion orang Islam sedang berpuasa Ramadan ini, puasa seorang pemimpin Hindu di India pula mendapat liputan media seluruh dunia. Anna Hazare mampu menggoncang kerajaan Manmohan Singh untuk melakukan perubahan dan bertindak atas rasuah berleluasa di India dengan melancarkan kempen tidak makan.

Namun, di beberapa negara di timur laut Afrika, 12 juta orang sebahagian besarnya Islam terpaksa berpuasa kerana mengalami kebuluran akibat kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun. Manakala orang Islam di negara lain boleh beriftar dan bersahur, majoriti penduduk di Djibouti, Somalia, Ethiopia, Kenya dan Uganda terpaksa berlapar selain diancam penyakit dan kurang zat makanan. Walaupun komuniti antarabangsa sedang menyalurkan bantuan kewangan dan makanan termasuk dari Malaysia, ancaman yang dihadapi mereka semakin meruncing dan kritikal. Di Somalia sahaja, kira-kira 30,000 kanak-kanak bawah umur lima tahun sudah meninggal dunia.

Berbeza pula di Dubai. Dilaporkan hampir 2,000 tan makanan lebihan dibuang sepanjang Ramadan ini. Kadar makanan yang dibuang meningkat 20 peratus berbanding bulan puasa tahun sebelumnya. Di Abu Dhabi, sebanyak 500 tan lebihan makanan, khususnya nasi dan makanan bukan sayuran, dibuang setiap hari ketika Ramadan.

Di Asia Barat dan Afrika Utara, pergolakan politik dan sosial masih berterusan. Krisis dalaman di Libya hampir mencapai kemuncak, manakala di Mesir, Syria dan Yaman pertembungan antara pelbagai golongan yang bertentangan belum reda. Perkembangan ini diikuti Bahrain, Maghribi dan Algeria dengan penuh kebimbangan.

Di Tebing Gaza, ramai yang mati minggu lalu kerana serangan bom tentera Israel, sehingga hubungan diplomatik negara Yahudi dengan sekutu Mesir (dan sebelum ini Turki) kini menjadi dingin. Pejuang Palestin, termasuk yang cilik, langsung tiada masa berfikir juadah berbuka atau bersahur, selain mempertahankan maruah agama dan bumi mereka.

Letupan bom juga telah mengakibatkan kematian ramai orang di Pakistan, Iraq dan Afghanistan. Ketika ratusan jemaah mengerjakan solat Jumaat di sebuah masjid di Khyber, Pakistan gegaran bom telah membunuh 50 jemaah dan mencederakan 100 orang lain. Di Kabul, sembilan mati dalam letupan di Pusat Kebudayaan British minggu lalu. Di Iraq, letupan bom berlaku hampir setiap minggu.

Di Asia, orang Islam Uighur di Xinjiang, China berada dalam keadaan tertekan kerana sering didiskriminasi. Beberapa pertembungan dengan pihak tentera dan kaum majoriti Han telah meragut banyak nyawa. Di selatan Filipina dan selatan Thai, pejuang Islam masih berperang dengan tentera kerajaan.

Di Eropah, wanita Islam di beberapa negara seperti Perancis dan Belgium tertekan kerana pihak berkuasa mengharamkan pemakaian burqa atau niqab sejak beberapa bulan lalu. Di Australia, sesiapa yang tidak membuka burqa atau niqabnya jika diminta berbuat demikian oleh polis, boleh dikenakan denda RM600. Dalam kes lebih serius, boleh didenda sehingga RM16,500 dan dipenjara setahun.

Di negara kita pula, beberapa kes berkaitan murtad tercetus pada Ramadan tahun ini. Banyak pihak tidak senang dengan proses kristianisasi yang nampak begitu agresif. Ahli pemikir Dr Chandra Muzaffar berpendapat, keharmonian kebebasan beragama yang wujud sejak Merdeka mula berubah sejak 1970an apabila proses urbanisasi orang Melayu menyebabkan penganut agama Islam berjiran dan lebih berinteraksi dengan penganut agama lain. Hasil interaksi ini menyaksikan lebih banyak perkahwinan campur, perceraian, masalah pertukaran agama anak-anak, hak penjagaan, kes murtad, status agama mualaf yang kembali ke agama asal, dan sebagainya.

Ini semua isu sensitif kerana ia membabitkan Perlembagaan, undang-undang serta akidah dan kedaulatan agama Islam. Pihak berwajib termasuk jabatan dan agensi kerajaan terbabit perlu menangani setiap kes dengan teliti dan berhemah bagi mengelak kontroversi. Dalam pada itu, pihak lain – gereja, media, persatuan agama, NGO – diharap tidak menyulitkan keadaan melalui tindakan atau kenyataan provokatif.

Ramadan akan berakhir beberapa hari saja lagi. Aidilfitri akan menjelang. Pada saat ini, fikiran saya adalah kepada lima adik beradik Melayu-Islam yang berada di sebuah gereja di Petaling Jaya kerana diletakkan di situ oleh bapanya sejak awal Ogos berpunca daripada satu masalah domestik yang kecil. Kes ini masih disiasat jabatan agama berkenaan, dan saya percaya akan ada kesudahannya. Harapan saya ialah agar anak-anak ini turut dapat menikmati hari raya minggu depan seperti anak-anak lain. Pasti mereka sedang mengharap begitu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Rebut peluang dapatkan Biasiswa Karangkraf

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rebut peluang dapatkan Biasiswa Karangkraf SHAH ALAM – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berkelayakan berpeluang mendapatkan biasiswa tajaan Kumpulan Media Karangkraf bagi pengambilan September di tiga universiti terpilih.

Pengurus Sekretariat Biasiswa Karangkraf, Azam Aris berkata, tiga universiti itu ialah Segi University College untuk pengambilan 5 September, Universiti Tun Abdul Razak (11 dan 12 September) dan Universiti Selangor (28 September).

"Permohonan boleh dikemukakan sebelum tarikh ditetapkan.

"Pelajar yang berminat boleh memuat turun borang permohonan di www.karangkraf.com atau maklumat lanjut di akaun Facebook Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf," katanya.

Beliau berkata, biasiswa diperuntukkan atas dasar tanggungjawab sosial ini dibiayai sepenuhnya oleh Karangkraf serta terbuka kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma dan ijazah.

"Pemohon perlu memiliki lapan kepujian dalam SPM dan PNGK 3.2 dalam STPM, berusia tidak lebih 25 tahun, pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 dan tidak terikat dengan pinjaman pendidikan lain.

"Pelajar perlu mengemukakan permohonan biasiswa dahulu dan sebaik sahaja layak, pihak pengurusan akan mendaftarkan nama mereka di universiti terbabit," katanya.

Beliau berkata, sejak dibuka pada 2010, Karangkraf telah menaja kira-kira 200 pelajar manakala sehingga pengambilan Julai tahun ini, Karangkraf menganugerahkan biasiswa kepada 75 pelajar dengan tajaan RM2.5 juta.

"Mana-mana pelajar yang mendapat tajaan tidak perlu membayar balik, malah, kami juga menyediakan peluang pekerjaan di Karangkraf kepada mereka yang berminat.

"Permohonan biasiswa ini terbuka sepanjang tahun. Kami menawarkan semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pelajar yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan mengenai status permohonan," katanya.

Azam berkata, bagi pelajar peringkat diploma, minimum tajaan RM15,000 hingga RM35,000 manakala bagi peringkat ijazah pula disediakan peruntukan RM25,000 hingga RM60,000.

Pelajar juga boleh mendapatkan dan menghantar borang permohonan kepada Sekretariat Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam atau menghubungi talian 03-51013648 (Nurhidayati Mohd Nasir).

Cadang cuti raya dilanjutkan

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Cadang cuti raya dilanjutkan

SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengisytiharkan cuti umum pada 2 September bagi mengelakkan rakyat Malaysia yang sedang menyambut perayaan di kampung, bergegas ke ibu kota untuk kembali bekerja.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tahun ini Aidilfitri dijangka jatuh pada 30 Ogos. Ini bermakna cuti umum adalah pada 30 dan 31 Ogos, diikuti 1 September sebagai ganti cuti Hari Kebangsaan.

"Jika cadangan ini diterima, cuti umum disambung kepada Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya dalam kenyataan semalam.

Ibrahim berkata, kerajaan boleh anggap pemberian cuti itu sebagai hadia sempena sambutan Kemerdekaan ke-54.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved