SH |
Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT Remaja cedera angkara kera
RANTAU PANJANG – Gara-gara cuba menyelamatkan dua adiknya daripada menjadi mangsa serangan kera, seorang remaja mengalami patah serta remuk tulang atas bahagian lutut kanannya, pagi semalam. Kejadian berlaku ketika, Mohd Shafiq Mat Zulkapli, 16, bersama dua adiknya, Nur Yasmin, 8, serta Nur Aishah, 13, dalam perjalanan ke kebun getah yang ditoreh ibu dan bapa mereka di Tasik Bakong kira-kira jam 10.45 pagi semalam. Mohd Shafiq berkata, dia menunggang motosikal yang diboncengkan dua adiknya untuk membantu ibu dan bapanya mengutip getah beku di kebun tersebut. Bagaimanapun, tiba di pertengahan jalan seekor kera dipercayai milik penduduk kampung yang terlepas kelihatan cuba menerkam mangsa dan adik-adiknya. "Setelah melihat kera tersebut terjun dari atas pokok getah dan cuba menerkam ke arah adik-adik, tanpa berfikir panjang saya terus menendangnya. "Berikutan itu, motosikal kami terbalik, selepas tu saya langsung tidak boleh bergerak, adik-adik turut terjatuh tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku ke atas kedua adik saya kerana cuba menahan kesakitan selepas terjatuh," katanya kepada pemberita ketika mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Pasir Mas, semalam. Mohd Shafiq berkata, selepas itu, kera tersebut terus menghampiri mereka dan sempat melompat ke atas badan mereka sehinggakan dia terpaksa membaling batu ke arah haiwan tersebut bagi mengelak dirinya serta adik-adiknya terus menjadi mangsa. Menurutnya, melihatkan keadaan mereka ketika itu agak terancam, Nur Aishah segera pergi mendapatkan ibu mereka di kebun getah kira-kira 500 meter dari tempat kejadian dengan menunggang motosikal. "Tidak lama selepas itu emak datang, tetapi kera masih tidak berganjak dari tempat kami berada sehingga memaksa emak membawa adik pulang, sementara ayah menunggu sehingga saya dibawa keluar dari tempat kejadian oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya yang tidak mampu bercerita lebih panjang kerana menahan sakit pada bahagian lututnya. Sementara itu, adik perempuannya Nur Aishah turut mengalami kecederaan pada kaki kanan ketika terjatuh dari motor dipercayai terkena objek tajam sementara Nur Yasmin tidak mengalami sebarang kecederaan. Berikutan itu dia menerima lapan jahitan sementara Mohd Shafiq terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan selanjutnya berikutan kecederaan serius yang dialaminya bahagian atas lutut. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan