SH |
Penjual seludup syabu bernilai RM260,000 Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT Penjual seludup syabu bernilai RM260,000
SHAH ALAM – Seorang penjual alat ganti motosikal ditahan polis ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selepas dikesan membawa dadah syabu bernilai kira-kira RM260,000.
Suspek, seorang warga Nigeria berusia 28 tahun yang baru tiba dengan penerbangan dari Doha, ditahan kira-kira jam 4 petang Isnin lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, suspek ditahan selepas pemeriksaan ke atas beg komputer riba yang dibawanya dikesan membawa bahan terlarang terbabit. "Kita temui dadah syabu seberat 1.3 kilogram disorokkan dalam ruang khas yang dibuat dalam beg komputer riba itu. "Apabila kita soal suspek yang baru pertama kali masuk ke negara ini mendakwa datang ke Malaysia untuk melancong," katanya pada sidang akhbar semalam. Beliau berkata, suspek kini direman seminggu sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Nordin berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan pemantauan terhadap individu terutamanya warga asing yang masuk ke negara ini, berikutan trend atau modus operandi digunakan untuk menyeludup masuk dadah sering berubah. |
Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT Penjual seludup syabu bernilai RM260,000

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan