Jumaat, 26 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tak setuju cara polis

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tak setuju cara polis IPOH – Tangkapan polis terhadap enam individu termasuk Adun dalam satu majlis ceramah di Tapah pada 18 Ogos lalu dipersoal beberapa pemimpin PKR Cabang Tapah dan Negeri kerana menganggap tindakan itu tidak wajar.

Naib Ketua PKR Cabang Tapah, Tan Kar Hing berkata, tangkapan ke atas enam individu itu tidak wajar memandangkan ia dijalankan dalam suasana yang aman.

"Ketika kejadian, pihak polis memberikan tempoh selama 15 minit untuk bersurai kerana kami baru dimaklumkan bahawa majlis itu tidak mendapat kebenaran.

"Kami kecewa dengan pihak polis yang terus bertindak menahan kami walaupun rayuan telah dibuat untuk teruskan ceramah itu," katanya dalam sidang media di Pejabat PKR Negeri di Medan Istana, di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu, Adun Teja, Chang Lih Kang; Bendahari PKR Negeri, Datuk Dr Yap Yit Thong; Timbalan Bendahari PKR Negeri, Ng Mung Yin dan Ahli Jawatankuasa PKR, Bobby Chew Yat San.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Lih Kang kesal dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan secara rasmi mengenai penolakan permit yang dihantar pihak penganjur biarpun lebih seminggu permohonan dibuat.

"Polis sepatutnya memaklumkan kepada penganjur lebih awal supaya rayuan boleh dibuat. Tapi sehingga ke hari ini, kami tidak mendapat sebarang jawapan.

"Kami melihat tindakan itu sebagai salah satu usaha menggagalkan program-program anjuran Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Pihaknya mahu mengadakan pertemuan dengan polis bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad yang dihubungi sebelum ini mengenai kejadian itu memaklumkan penahanan kesemua mereka disebabkan melakukan perhimpunan tanpa permit.

Bagaimanapun pada jam 11.45 malam 18 Ogos itu, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Lih Kang dan Kar Hing yang ditahan bersama-sama empat lagi ahli PKR pada kejadian itu untuk melapor diri pada 19 September depan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved