Jumaat, 26 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Bebaskan media dari konkongan politik kepartian

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bebaskan media dari konkongan politik kepartian

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) meminta kerajaan membebaskan media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah untuk menjadikan ia lebih relevan dan dekat di hati rakyat. DPPM mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang menyatakan media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama.

Bagi DPPM, generasi lama dan kebanyakan rakyat masih menggunakan media cetak sebagai bahan rujukan mereka memandangkan akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung.

Oleh kerana itu, rakyat khususnya generasi lama masih bergantung kepada media cetak kerana itulah sumber maklumat yang mampu mereka perolehi. Dalam keadaan demikian parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran rakyat dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata.

Cukuplah selama ini rakyat diperbodohkan dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN dalam media cetak seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar rasmi negara. Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang.

DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana negara-negara maju memperlakukan media cetak utama negara mereka. Media dibebaskan dari sebarang campurtangan politik kepartian parti pemerintah sehingga media bebas mengkritik mana-mana pemimpin negara yang tidak adil dan menyeleweng.


Inilah yang mengangkat integiriti media cetak barat sebagai media yang berpengaruh dan dipercayai. Justeru itu, bagi mengembalikan kredibiliti media cetak di negara ini, kerajaan harus membebaskan media cetak dari kongkongan politik kepartian mereka.

Benarkan media menulis apa yang dirasakan perlu termasuk mengkritik parti pemerintah. Rakyat akan membuka mata dan dengan sendirinya nilai media cetak diangkat di negara ini.

Jika tidak, rakyat semakin jemu untuk membaca kempen politik parti pemerintah dan menghukum Pakatan Rakyat dalam media cetak. Jangan disesali apabila jualan akhbar akan merudum jatuh dan alami kerugian serta syarikat mereka 'gulung tikar'ekoran boikot rakyat terhadap media cetak nanti.


Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan, Dewan Pemuda Pas Malaysia

Murtad Part 2 : Pas terbelit simpul mati?

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Murtad Part 2 : Pas terbelit simpul mati?

Kali ini, pendirian, keikhlasan dan kejujuran perjuangan Pas sedang diperhatikan oleh seluruh umat Islam. Malahan, terlebih penting perjuangan Pas sedang dinilai dan diperhatikan oleh "Yang Maha Kuasa".

Hassan Ali, Khalid Samad, Mustapha Ali dari Pas, masing-masing sudah memberikan kenyataan. Semua kenyataan mereka berbeza di antara satu sama lain.

Hassan Ali begitu tegas mempertahankan tindakan JAIS. Asas yang digunakan ialah membenteras gejala kemurtadan. Khalid Samad pula bertegas mempertahankan pihak gereja atas alasan JAIS main serbu dan tidak ikut prosedur hingga mengganggu hak kebebasan beragama penganut agama lain.

Mustapha Ali pula tiba-tiba tuduh UMNO menjadi dalang dalam serbuan JAIS. Pemimpin-pemimpin Pas yang lain lebih banyak bermain selamat dan mengelak dari memberikan pendapat.

Khalid Ibrahim MB pula awal-awal lagi sudah 'warning' JAIS atas alasan menyerbu tak ikut prosedur. Kemudian, bila sudah tahu kisah sebenar yang terjadi malam tersebut, Khalid beritahu akan umumkan lapuran JAIS selepas September.

Sebulan lebih tempoh yang diambil selepas kejadian sensitif seperti ini adalah satu tindakan yang terlalu lembab bagi sesebuah kerajaan yang prihatin.

Apa akan jadi kepada hubungan antara kaum dan agama jika ada pihak yang mengambil keputusan dan tindakan sendiri dan membelakangi undang-undang dalam tempoh tersebut? Hanya dengan sedikit minyak, api pergaduhan agama pasti menyambar dan menghancurkan terus kehidupan harmoni yang selama ini wujud.

Tidak lain tidak bukan, keputusan Khalid yang mendahului JAIS dalam melewat-lewatkan lapuran serbuan JAIS ke atas DUMC adalah semata-mata keputusan kepentingan politik. Beliau mengharapkan suasana panas akan sejuk sendiri.

Tindakan melengah-lengahkan masa ini sangat tidak bertanggungjawab bagi parti yang kononnya menjuarai budaya ketelusan dan keadilan. Jika dihitung semua kejadian ini, akan nampak jelas kepada kita betapa liciknya permainan DAP dan betapa Pas juga akhirnya terjerat di dalam permainan ini.

Sampai bila dan sejauh mana kesanggupan Pas untuk terus membiarkan kesucian agama Allah tercemar demi kegilaannya yang tidak terbendung dalam memastikan kaum cina mengundi mereka?

Bagaimana pemimpin Pas mahu berhadapan dengan soalan Allah swt di akhirat kelak jika ditanya "kenapa dahi kamu lebih berkerut memikirkan "undi dan kuasa" daripada tanggungjawab kamu memelihara kesucian agama dan menyelamatkan akidah umat?"

Apakah pemimpin Pas akan memberi jawaban dan helah yang sama kepada Allah swt sepertimana alasan yang sering digelembongkan kepada kita semasa di dunia?

Sebenarnya Pas telah kehilangan sesuatu yang tersangat penting yang dianggap sebagai kunci kepada segala-galanya dalam perjuangannya menegakkan agama Allah, iaitu kehilangan KEYAKINAN, KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN kepada diri, kepada perjuangannya dan kepada Allah swt.

Bagaimana kita mahu mengenal Allah dan segala rahsiaNya jika kita tidak kenal akan diri kita yang sebenar? Bagaimana kita mahu kenal akan diri yang sebenar, jika tidak disertai dengan Keyakinan, Keikhlasan dan Kejujuran kepada diri dan kepada setiap apa yang kita lakukan di dalam amalan dan perjuangan kita?

Dipetik daripada blog Kepal Nasi, Kepal Beras

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved