Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Sambutan Kemerdekaan tetap bersemarak walaupun Hari Raya Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT Sambutan Kemerdekaan tetap bersemarak walaupun Hari Raya KUALA LUMPUR - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri, sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tetap bersemarak dengan kibaran Jalur Gemilang. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata malah sambutan kempen "1Rumah, 1Bendera" juga amat menggalakkan apabila warga Malaysia yang beragama Islam turut menghias rumah mereka dengan bendera di samping hiasan raya. "Kita lihat kini sambutan Hari Kemerdekaan sangat menggalakkan apabila ramai orang telah memasangkan bendera di premis dan rumah mereka di kebanyakan tempat termasuk di Puchong dan Klang," katanya selepas mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang awam dan pemilik premis perniagaan di sekitar Pasar Sentul di sini hari ini. Pertembungan sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan buat pertama kali bukan sahaja memeriahkan suasana sambutan Hari Raya malah turut memantapkan semangat patriotik di kalangan rakyat, katanya. Majlis anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) bahagian Batu itu turut dihadiri Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan dan sebanyak 800 bendera telah diedarkan. - Bernama |
Anak yatim ditaja gunting rambut sempena Aidilfitri Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT Anak yatim ditaja gunting rambut sempena Aidilfitri KULIM - Memberi sumbangan kepada golongan tidak bernasib baik tidak terhad kepada pemberian wang serta barangan semata-mata, tetapi boleh juga dalam bentuk lain. Bersandarkan kepada falsafah itu Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leung membawa tukang gunting rambut berpengalaman ke Asrama Pertubuhan Anak-anak Yatim Persatuan Bekas Perajurit Malaysia di sini, untuk menggunting rambut penghuninya sempena Aidilfitri. Menurutnya, seramai 25 penghuni lelaki dan 27 perempuan menerima perkhidmatan itu, selain sumbangan kuih raya dan alat tulis menerusi program yang julung kali diadakan dan berharap program gunting rambut itu anak yatim terbabit dapat tampil kemas dan bersih terutama pada pagi Syawal ini. Selain itu katanya, pihaknya juga menghulur bantuan kepada lebih 200 penerima daripada kalangan tidak bernasib baik di kawasan Parlimen Padang Serai bagi meringankan beban mereka sepanjang Ramadan ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan