Sabtu, 20 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Khairy terima keputusan jika tidak dicalonkan

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

KOTA BAHARU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Beliau berkata, keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden UMNO memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di sini malam tadi.

Khairy berkata, perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Where has Malay Nationalism gone to?

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Where has Malay Nationalism gone to?

The doleful and almost pleading wish of UMNO people generally is for all the nightmares affecting the political future will go away. As a self-reassuring measure, they tell themselves, things will be all right. The people will come back to UMNO because UMNO fights for Malays.

So, UMNO leaders everywhere say, things will be ok. Zahid Hamidi says, UMNO will win back the Malay ground and it will do so overwhelmingly.

Where is UMNO's main appeal? It appeals to the Malay ground that adopts the cruder form of Malay nationalism, the sledgehammer variety so enthusiastically expounded by organizations like Perkasa. But that variety of base and crude nationalism is dying. The new generation of Malay voters adopt different values and have different expectations.

You can see what form of nationalism they subscribed to- making out the case that Bersih march for example was masterminded by Malaysian Indians out to topple the Malay government. They thought that would turn the Malay ground xenophobic until they discovered the majority of the marchers were Malays. You get disappointed that you can no longer reduce the issue to a simple Malay- non Malay clash.

What's the other important thing to the Malays? Their religion- comes the answer. So UMNO leaders came out accusing homely Ambiga as a threat to Islam. Still no go as that would assume the Malay faith in their religion is so fragile that even the appearance of Ambiga who is probably remotely interested in another person's religious denomination, is sufficient to shake the religious fiber of the Malay ground. Still no one buys that argument as it died out as quickly as it was raised.

Let's try communism, that godless creed. The Malay's hatred for communism seemed to be a possible source to limit empathy from the Malay ground. So pictures of Shamsiah Fakeh a member of the Malay communist regiment of the 1940s were resurrected and given prominence. The idea was to say that Bersih marchers were communism inspired.

The feeble attempt was non impactful because the attempted association with communism goes against mainstream logic; no one country in the world is sticking around communism. Even China has gone free market. Why would a band of marchers, marched in the cause of communism?

Face it. UMNO can't appeal any longer to the cruder form of xenophobic nationalism or group pride.
Let's ask calmly, where has Malay nationalism migrated to? The answer to me is it hasn't migrated anywhere. But Malay nationalism has mutated into the finer form of nationalism which finds expression in variegated forms of universal causes.

Example. The abhorrence for corruption is one reconstituted form of the previously crude form of nationalism. Revulsion towards other races has tuned to a more universal revulsion for corruption for example. Because corruption cuts across and affects the interest no longer of distinct groups, but the whole country. It undermines the moral fiber of the whole nation.

Wasn't the principal idea of the original nationalism was to inculcate one's love for the country and one's love for the country finds expression in a more universal desire to protect the country's interest as a whole? The crude form of nationalism which is essentially irrational chauvinism exist as an insignificant subset to the wider and more universal nationalism. It exists among the inhabitants of the lunatic underworld.

Revulsion towards economic thievery and corporate pillaging is another example. The Malays despise their own kind for doing a sting on the country with equal vehemence as if economic con jobs are inflicted on them. I have in mind of course the lighting fast deal between MAS and Air Asia.

I am left with the bitter after thought that all these so called Malay corporate chieftains should be sent to reeducation schools to be taught the meaning of nationalism. Where is that sense of overriding concern to put things right as a matter of probity and correctness without doing corporate shenanigans to profit from the man-made miseries of MAS? MAS belongs to the nation as a whole, the pride of Malaysians.

Appreciation of that alone is sufficient to preclude it being treated as a pawn in an elaborate corporate board game. More disturbing and unsettling, is the more malignant inference that the government is playing along with the game the business elite plays.

Therefore if UMNO continues to peddle the cruder form of nationalism, while the Malay ground has shifted forward, how will UMNO justify its relevance? UMNO will go the Goklkar and LDP way not because some prominent bloggers will be masterminding cyber-attacks on its leaders. UMNO will be rendered irrelevant because it refuses to change its ideological format.

Dipetik daripada blog Sakmongkol AK47 (Datuk Mohd.Ariff Sabri Hj. Abdul Aziz)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

16 warga China ditahan ISA

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

16 warga China ditahan ISA SUBANG JAYA – Seramai 16 warga China yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Semua suspek terbabit ditahan dalam operasi berasingan yang dijalankan serentak di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada 6 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis turut merampas 10 keping pasport palsu (tujuh pasport Turki dan tiga pasport Malaysia), tiga Mykad palsu serta tunai pelbagai matawang asing berjumlah RM268,523.

Beliau berkata, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati semua suspek terlibat secara aktif dalam sindiket penyeludupan manusia yang beroperasi di China.

"Anggota sindiket (suspek) dikesan menjalankan kegiatan itu di China, Thailand termasuk Malaysia sejak 2009.

"Mereka berperanan bawa masuk individu warga China ke Thailand, sebelum menyeludup masuk individu itu ke Malaysia untuk mendapatkan dokumen palsu," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran 'Kempen Balik Kampung, Rumah Selamat' anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, semalam.

Menurutnya, selepas memperoleh dokumen palsu, suspek kemudian akan menyeludup masuk individu terbabit ke negara ketiga.

Khalid berkata, siasatan lanjut menunjukkan suspek masuk ke negara ini dengan menggunakan pasport sah.

"Bagaimanapun modus operandi mereka sangat licik kerana setelah sampai di Malaysia, pasport itu akan dibuang dan mereka akan mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya kad UNHCR itu, suspek dapat menjustifikasikan kehadiran mereka di negara ini dan tidak dihantar balik.

Menurutnya, taktik itu dilihat menjadi trend pendatang asing sejak kebelakangan ini, terutamanya pendatang dari Myanmar.

Khalid berkata, 11 daripada suspek ditahan diserahkan kepada pihak berkuasa negara asal mereka kelmarin, untuk tindakan selanjutnya.

"Tiga lagi suspek yang mendakwa memegang kad UNHCR tetapi memiliki pasport dan Mykad palsu sedang disiasat mengikut Akta Imigresen dan Akta Pendaftaran.

"Manakala, baki dua suspek yang mempunyai kad UNHCR sah, disiasat di bawah Akta Imigresen," katanya.

Ketika ditanya sama ada terdapat penglibatan rakyat tempatan dalam sindiket itu, Khalid berkata, siasatan menunjukkan sindiket itu dikendalikan sepenuhnya oleh suspek warga asing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Beruang ancam penduduk

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Beruang ancam penduduk KEMAMAN – Gara-gara seekor beruang masuk ke kawasan penempatan penduduk, bukan sahaja tanaman kebun musnah bahkan penduduk di Perumahan Ketengah, Taman Sejahtera, bersebelahan Felda Kerteh Lima, dekat sini, sejak lebih seminggu lalu juga dibelenggu kebimbangan jika haiwan liar itu turut menyerang penduduk.

Haiwan liar itu dipercayai datang dari belukar berdekatan dan bertindak menceroboh kawasan kebun pisang penduduk untuk mencari makanan.

Kehadiran beruang itu disedari seorang penduduk, Kamson Shuttar, 40-an, yang secara kebetulan ternampak kelibat haiwan itu ketika dia meninjau dan masuk ke kebun di belakang rumahnya kira-kira jam 6.45 petang pada 8 Ogos lalu.

"Waktu itu hujan renyai dan saya masuk ke dalam kebun untuk meninjau jika ada pisang yang telah masak, bagaimanapun saya hairan apabila melihat keadaan rumput di dalam kebun yang berselerak selain terhidu bau badan haiwan.

"Bila toleh ke belakang, saya lihat kelibat seekor haiwan berwarna hitam setinggi kira-kira satu meter yang saya syak beruang, sedang berjalan membelakangi saya masuk ke dalam semak. Jarak kedudukan saya dengan haiwan itu hanya sejauh 20 meter," katanya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya.

Menurut bapa kepada seorang anak itu, sejurus kemudian dia segera memeriksa kawasan kebun pisangnya dan melihat beberapa pelepah anak pokok kelapa yang ditanam, patah.

Hari berikutnya, Kamson berkata, ketika pulang dari kerja dia terkejut apabila isterinya memberitahu dahan pokok rambutannya yang berbuah lebat dan terletak dalam kebun pisang itu patah dipukul ribut.

"Selepas diberitahu begitu saya segera masuk ke kebun dan lihat keadaan pokok rambutan yang dahannya banyak patah, tetapi peliknya dahan yang patah terkumpul di tengah-tengah cabang iaitu dijadikan tempat duduk untuk beruang tersebut. Buah rambutan yang banyak juga didapati sudah tiada," katanya.

Khuatir dengan kehadiran beruang itu yang boleh mendatangkan ancaman kepada penduduk setempat, Kamson pada 10 Ogos lalu membuat laporan mengenainya di Pejabat Ketengah.
Bomba pasang perangkap harimau.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Bandar Ketengah Jaya akan memasang perangkap harimau bagi menangkap beruang yang menceroboh kawasan penduduk di sini sejak lebih seminggu lalu.

Ketua pasukannya, Ramli Mat berkata, kesan yang ditemui di kawasan kebun pisang tempat kelibat haiwan liar itu dilihat termasuk penemuan najis haiwan itu dan ia disahkan beruang.
Menurutnya, kesan cakaran turut ditemui pada batang pokok kelapa di belakang rumah salah seorang penduduk tidak jauh dari kebun pisang, selain anak pokok kelapa yang musnah gara-gara umbut kelapa dimakan haiwan buas itu.

Dia yang juga Penyelaras Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rahmat, Felda Kerteh Lima berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai penemuan beruang itu segera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sejurus dimaklumkan, Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Ketengah Jaya dan KRT Kampung Rahmat segera ke lokasi dan pihak kami berjaya menjejak kesan kehadiran beruang itu.

"Justeru sejak itu kita turut lakukan pemantau di kawasan ini setiap hari bagi memastikan penduduk tidak diancam haiwan liar ini yang boleh bertindak agresif termasuk menerkam jika secara tiba-tiba terserempak manusia," katanya.

Ramli berkata, hasil pemeriksaan di kawasan kebun itu, pihaknya juga berjaya mengesan laluan yang digunakan beruang itu untuk masuk ke dalam kawasan kebun terbabit.

"Semua kesan ini akan dapat membantu kita untuk menangkapnya. Dari kesan yang kita jejaki, beruang ini hampir setiap hari menceroboh kebun penduduk untuk mencari makanan sehingga anak pokok kelapa dan pohon rambutan musnah.

"Jadi, kita akan jadikan makanan yang gemar dimakan beruang ini sebagai umpan agar ia dapat ditangkap," katanya.

Terkam jika terkejut

Ramli berkata, kes beruang menceroboh ke kawasan penempatan penduduk itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan keselamatan penduduk setempat disebabkan haiwan buas itu boleh bertindak agresif termasuk seperti menerkam dan menyerang manusia.

"Beruang kalau terkejut akan terkam apa sahaja. Jadi kita takut jika semakin lama haiwan ini dibiarkan berkeliaran, nyawa penduduk setempat akan terancam.

"Kita tak mahu kes beruang menyerang manusia sehingga mangsa cedera yang berlaku di Felda Kerteh Empat tahun lalu berlaku di sini pula. Jadi sekarang kita sedang berusaha untuk memerangkapnya. Namun kita berharap haiwan ini dapat ditangkap hidup-hidup kerana kita tidak mahu membunuhnya," katanya.

Menurutnya, jika beruang dapat ditangkap hidup-hidup ia akan diberikan kepada Zoo Mini Kemaman untuk memperbanyakkan spesies haiwan zoo itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tak sempat solat Maghrib

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tak sempat solat Maghrib BACHOK –Malang menimpa seorang ibu tunggal, Maimunah Hamat, 62, apabila semua persiapan menyambut Aidilfitri musnah dalam kebakaran di Kampung Keluat jam 7.45 malam kelmarin.

Maimunah berkata, kira-kira 20 minit selesai berbuka puasa, dia mengambil wuduk dan menuju ke bilik untuk mengerjakan solat Maghrib.

Namun, dia terkejut apabila melihat asap berkepul-kepul keluar dengan bahang kepanasan dari bilik berkenaan sejurus ia dibuka.

"Ketika itu, saya selesai berbuka puasa dan belum sempat mencuci pinggan mangkuk kerana ingin mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu.

"Saya tergamam apabila pintu bilik yang dibuka tiba-tiba mengeluarkan asap tebal dan membuatkan kami panik. Saya kemudian arahkan anak dan cucu untuk menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barang termasuk pakaian hari raya yang baru dibeli untuk cucu-cucu saya," katanya.

Maimunah tinggal bersama dua anak iaitu Elmy Rosnita Abdul rajab, 33, dan Mohd Amir Izzudin, 23. Turut bersama dalam rumah itu cucu mangsa, Noratirah Anuar, 12, Amirul Haziq Hashim, 5, Airel Haziq Hashim, 1 tahun. Akibat kejadian itu dia sekeluarga terpaksa menumpang dan bersahur di rumah saudara berdekatan.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

RISDA umum dividen RM179.26 juta kepada peserta

PEKAN – RISDA memberikan dividen berjumlah RM179.6 juta kepada seramai 42,206 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Baru Berkelompok (TSK) bagi tahun 2010.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian dividen itu dilihat satu kejayaan besar dalam sektor perladangan negara.

"Ini adalah bentuk kejayaan yang dibuat secara berkumpulan dan semoga dividen yang diterima sedikit sebanyak membantu peserta untuk perbelanjaan sambutan hari raya," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian dividen RTBB dan TSK Risda peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Perdana Menteri berkata, dalam usaha untuk memastikan sektor pekebun kecil tidak tertinggal dalam Model Baru Ekonomi (MBE), Risda turut diminta mengkaji dan menyediakan perancangan serta pelan tindakan MBE dari perspektif sektor pekebun kecil serta mencadangkannya kepada kerajaan.

"Salah satu yang saya tekankan ialah meminta RISDA melancarkan gerakan membaja di seluruh negara supaya setiap orang pekebun kecil akan membaja setiap pokok getah atau sawit mengikut jadual.

"Ini akan dapat meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil selari dengan MBE," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

OKU desak bina jambatan udara di KLIA2

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

OKU desak bina jambatan udara di KLIA2

KUALA LUMPUR - Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) mewakili golongan kurang upaya menggesa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menimbangkan semula keputusannya untuk tidak membina jambatan udara (aerobridge) di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang baru (KLIA2).

Seorang daripada wakil NGO itu, Christine Lee, berkata keputusan itu dibuat tanpa berunding dengan kumpulan pengguna dan tanpa mengambil kira pendapat orang ramai.

"Keputusan MAHB untuk tidak membina jambatan udara merupakan langkah ke belakang dan menongkah arus," katanya pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 orang yang mengalami pelbagai jenis ketidakupayaan untuk melahirkan kekecewaan mereka berhubung perkara itu di sini, hari ini.

"Jika negara-negara tidak membangun boleh mempunyai jambatan udara di lapangan terbang mereka, kenapa pula Malaysia yang semakin hampir mencapai status negara maju, masih terikat dengan perkhidmatan dan infrastruktrur dunia ketiga," kata Lee mengenai kemudahan Persekitaran Bebas Halangan dan Akses Kepada Pengangkutan (BEAT) itu.

Beliau berkata, jambatan udara patut dan mesti dijadikan ciri universal di semua rekaan dan pembangunan lapangan terbang.

Presiden Persatuan Damai Orang-orang Kurang Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan, V Murugeswaran, berkata jambatan udara akan menjadikan pergerakan orang ramai untuk turun dan naik pesawat lebih mudah dan selamat khususnya bagi golongan kurang upaya.

"Lapangan terbang tanpa jambatan udara boleh menimbulkan keadaan bahaya dan tidak selesa terutama kepada kami yang mengalami masalah sukar berjalan, orang yang menggunakan kerusi roda, orang yang rabun dan lain-lain ketidakupayaan," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rumah musnah sekelip mata

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rumah musnah sekelip mata PERAMU JAYA 3 – Syawal yang bakal tiba tidak memberi erti lagi kepada empat beradik yatim piatu, di sini, apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.

Seorang mangsa, Raja Nurasmaa Raja Omar, 21, berkata, ketika kejadian, dia bersama suami dan adik perempuannya bekerja di pusat mencuci kenderaan terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka, manakala abangnya keluar berniaga di bandar Pekan.

Menurutnya, semasa kejadian, hanya adiknya, Raja Nurulhuda, 16, yang mengalami masalah mental berada di rumah.

"Saya bersyukur adik selamat walaupun kami sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang.

"Semua harta benda peninggalan arwah ayah dan mak hangus dalam sekelip mata," katanya kepada Sinar Harian.

Raja Nurasmaa berkata, dia ada melihat kenderaan bomba dan penyelamat menghala ke kawasan perumahan, tetapi tidak menyangka rumahnya yang terbakar sebelum dihubungi jiran

"Ketika itu hanya tuhan saja tahu perasaan saya terutama memikirkan nasib adik yang berada di rumah.

"Saya difahamkan ketika api sedang marak di bahagian dapur, dia (adik) berada di atas tangga hadapan sambil menangis sebelum diselamatkan jiran," katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti punca kebakaran tetapi difahamkan api bermula dari bahagian bilik dan kerugian dianggarkan mencecah RM50,000.

"Selepas kehilangan ayah dan emak empat tahun lalu, ini adalah dugaan kedua yang begitu berat terpaksa kami adik beradik hadapi. Kini kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudara," katanya.

Seorang jiran, Abdul Rani Abdul Jalil, 60, berkata, angin kuat ketika kejadian menyebabkan api merebak dengan cepat dan dalam tempoh tidak sampai 10 minit, rumah berkenaan ranap.

"Saya dengar letupan sebelum melihat asap dan api keluar dari bahagian atap. Usaha memadamkan api sukar dilakukan kerana angin kuat," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail yang berada di tempat kejadian memberi jaminan bantuan daripada agensi berkaitan akan diberikan kepada mangsa.

SPR sambut baik penubuhan jawatankuasa khas terpilih parlimen

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin penubuhan jawatankuasa khas terpilih parlimen berupaya selesaikan, perkara berbangkit berhubung proses pe-rundangan dan teknikal.

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dengan bidang kuasa yang terhad, jawatankuasa itu, menjadi platform terbaik perundingan antara pihak kerajaan, pembangkang dan bebas untuk membincangkan pelbagai isu.

"Semua pihak sedia maklum dalam semua aspek pengurusan dan perjalanan pilihan raya yang ditentukan undang-undang, SPR telah laksanakan tanggungjawabnya secara efisien dan sempurna.

"Sekarang banyak tuntutan dibuat parti politik adalah di luar bidang kuasa kita. Jadi terpulanglah pada kerajaan untuk menilai sama ada perlu atau tidak, kita diberikan kuasa lebih luas kerana kita sendiri tidak mempunyai hak untuk menentukan semua itu," katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengu�mumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu, usul mengenai pembentukan jawatankuasa itu akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Jawatankuasa khas terpilih parlimen yang akan meneliti sistem pili-han raya akan diketuai seorang menteri dengan lapan anggota dari sebelah kerajaan dan pembangkang.

Jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan seorang bebas.

Kabinet juga bersetuju adakan pertemuan dengan SPR dalam masa terdekat bagi bincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Saham Bumiputera kurang

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saham Bumiputera kurang

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 60 bilion saham yang kita agihkan kepada Bumiputera pada masa dulu menerusi kuota yang disediakan, hanya tinggal 2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pegangan saham Bumiputera berkurangan disebabkan sesetengah pelabur Bumiputera tidak berkemampuan pegang saham-saham berkenaan.

"Alasan mereka, apabila saham naik, jadi tidak salah menjualnya pada harga tinggi sedangkan wang digunakan untuk kepentingan bukan ekonomi. Untuk menyekatnya, kerajaan membantu menyenaraikan beberapa syarikat Bumiputera di pasaran saham dengan nilai RM1 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian konvensyen dua hari, Memperkasa Model Baru Ekonomi Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula semalam.

Turut hadir Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan membantu syarikat berkenaan supaya menjadi lebih besar.

"Program ini adalah pendekatan baru berdasarkan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera, tak ada lagi soal kroni, tidak ada lagi soal siapa kita tahu bukan kawan rakan kita, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang kita bantu," katanya.

Beliau berkata, perubahan pendekatan ini, dilihat lebih baik memandangkan kaedah dahulu seperti pemberian saham terbitan awam menerusi kuota Bumiputera, tidak bertahan lama kerana saham-saham itu dijual kembali ke pasaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kesucian BEKALAN ayam diragui

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kesucian BEKALAN ayam diragui PONTIAN – Sebuah pusat penyembelihan ayam yang beroperasi di Jalan Pontian-Johor Bahru dikesan gagal memperbaharui sijil logo halal yang digunakan sejak tiga tahun lepas.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) mendapati pengusaha masih menggunakan sijil halal yang lama, meskipun sudah diminta memperbaharuinya berulang kali setiap kali operasi dijalankan bermula pada tahun 2009.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Unit Halal Jaij, Samsuddin Paimin berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana masih ada yang mengambil mudah :mengenai logo sijil halal.

"Pengusaha masih meletakkan logo halal pada bakul ayam, sedangkan tidak ada :kebenaran untuk mereka melakukannya," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pemantauan ke pusat penyembelihan ayam di daerah Pontian, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama 4 jam yang bermula pada pukul 12 :tengah malam itu, tiga pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam di Pekan Nenas dan Pontian diperiksa.

Samsudin berkata, tindakan meletakkan tanda halal pada bakul ayam menimbulkan kekeliruan memandangkan sijil logo halal pusat penyembelihan itu yang sudah tamat tempoh.

Selain itu katanya, cara pengendalian pemprosesan ayam selepas disembelih di premis itu juga tidak mengikut piawai yang ditetapkan oleh Jaij.

"Air yang digunakan untuk tujuan membersihkan ayam juga tidak diganti dan digunakan berulang kali yang akhirnya memberi kesan kepada tahap :kebersihan ayam yang diproses,

"Keadaan premis pusat itu juga tidak dipagar yang boleh menyebabkan tahap kebersihan diragui kerana anjing-anjing liar mudah masuk ke bahagian pemprosesan ayam," katanya.

Beliau turut memberi ingatan kepada pengusaha agar tidak menggunakan sijil logo halal yang tamat tempoh kerana akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan diingatkan segera memperbaharui sijil berkenaan.

"Kami kesal kerana masih terdapat pengusaha memandangkan ringan soal halal terutamanya yang melibatkan pengguna Islam," katanya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi itu adalah Jabatan Alam Sekitar (Jas), Majlis Daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Pontian dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi cawangan Pontian.

Pelbagai senjata dirampas

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pelbagai senjata dirampas

KANGAR - Polis rampas pelbagai jenis senjata api, peluru dan senjata tajam di Taman Perlis, semalam selepas menahan dua lelaki bersaudara di sebuah premis di taman perumahan itu.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, kedua-dua lelaki itu masing-masing berumur 35 dan 45 tahun ditahan, kira-kira 12 te-ngah hari, kelmarin, setelah polis melakukan risikan.

Selepas tangkapan terbabit, polis menemui dua pucuk pistol Revolver .38 Special 2, sepucuk pistol automatik Barreta, sepucuk pistol automatik Glock dan selaras senapang patah.

Polis turut merampas, lebih 2,700 peluru pelbagai kaliber dan jenama, lebih 400 katrij senapang patah dan sejumlah kelopak peluru.

Turut ditemui pedang samurai dan dua pisau rambo, sejumlah bahan letupan dan dua kereta jenis Mercedez Benz dan Hyundai.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berumur 45 tahun itu, pernah mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu mengikut Seksyen 386 dan 379 Kanun Keseksaan, mengugut dan mencuri manakala adiknya tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

"Kami sedang menyiasat daripada pelbagai sudut me-ngenai penemuan senjata dan peluru itu," katanya.

Beliau percaya kemungkinan kesemua senjata api itu, dibawa masuk dari negara jiran dan tujuannya masih belum dipastikan.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut empat seksyen termasuk Seksyen 7, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman bunuh atau penjara seumur hidup dan dihukum sebat tidak kurang daripada enam sebatan.:

Selain itu, ia juga akan disiasat mengikut Seksyen 8a, Akta Senjata Api 1960, Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada aduan babitkan perkauman

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tiada aduan babitkan perkauman

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, tiada sebarang aduan diterima daripada pegawai atasan mengenai isu perkauman terhadap tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang, 11 September lalu.

Timbalan Ketua Balai Polis Selayang, Sarjan Majer Ranjit Singh, 49, berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dakwaan itu, daripada mana-mana pihak ketika mengadakan lawatan di lokap tersebut pada jam 3.15 petang.

"Walaupun tahanan di lokap lebih ramai tahanan Melayu, tetapi saya tidak nampak wujud isu berkenaan pada hari tersebut," katanya.

Ranjit berkata, beliau dimaklumkan bekas Pemangku Ketua Siasatan Jenayah Dadah, IPD, Gombak M Mariapan, bahawa dua tahanan dituduh terlibat dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya iaitu T Thilaiyalagan dan R Matan perlu dipindahkan ke lokap Kuang dan Kundang atas alasan keselamatan.

"Saya hanya dimaklumkan mengenai perkara itu sahaja," katanya ketika memberi keterangan dalam bicara dalam bicara bagi menentukan keadaan mental dua pekerja ladang, Thilaiyalagan dan Matan sama ada tertekan atau tidak ketika siasatan dijalankan, pada 11 hingga 14 September tahun lalu.

Ditanya peguam Gubarchan Singh, adakah Ranjit ada menerima aduan daripada tahanan berbangsa Melayu mengenai perkara itu, beliau menjawab, tiada.

Ranjit berkata ketika kedua-dua mereka dibawa ke lokap, mereka dalam keadaan sihat dan tidak mengadu apa-apa berkenaan layanan.

Sementara itu, Penyelia lokap IPD Selyang, Koperal S Yoganathan ketika memberi keterangan memberitahu beliau ada membuat pemeriksaan fizikal terhadap Thilaiyalagan dan Matan pada 11 September 2010 dan mendapati tiada sebarang kecederaan dialami mereka.

Turut memberi ketera-ngan semalam, penyelia lokap, Koperal Amer Abdullah, 51, Koperal Mohd Rizalzain Ishak dan Koperal Azhar Yaacob.

Perbicaraan hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Isnin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved