Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
RISDA umum dividen RM179.26 juta kepada peserta Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT
RISDA umum dividen RM179.26 juta kepada peserta PEKAN – RISDA memberikan dividen berjumlah RM179.6 juta kepada seramai 42,206 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Baru Berkelompok (TSK) bagi tahun 2010. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian dividen itu dilihat satu kejayaan besar dalam sektor perladangan negara. "Ini adalah bentuk kejayaan yang dibuat secara berkumpulan dan semoga dividen yang diterima sedikit sebanyak membantu peserta untuk perbelanjaan sambutan hari raya," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian dividen RTBB dan TSK Risda peringkat kebangsaan di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal. Perdana Menteri berkata, dalam usaha untuk memastikan sektor pekebun kecil tidak tertinggal dalam Model Baru Ekonomi (MBE), Risda turut diminta mengkaji dan menyediakan perancangan serta pelan tindakan MBE dari perspektif sektor pekebun kecil serta mencadangkannya kepada kerajaan. "Salah satu yang saya tekankan ialah meminta RISDA melancarkan gerakan membaja di seluruh negara supaya setiap orang pekebun kecil akan membaja setiap pokok getah atau sawit mengikut jadual. "Ini akan dapat meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil selari dengan MBE," katanya. - Bernama |
OKU desak bina jambatan udara di KLIA2 Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT
OKU desak bina jambatan udara di KLIA2 KUALA LUMPUR - Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) mewakili golongan kurang upaya menggesa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menimbangkan semula keputusannya untuk tidak membina jambatan udara (aerobridge) di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang baru (KLIA2). Seorang daripada wakil NGO itu, Christine Lee, berkata keputusan itu dibuat tanpa berunding dengan kumpulan pengguna dan tanpa mengambil kira pendapat orang ramai. "Keputusan MAHB untuk tidak membina jambatan udara merupakan langkah ke belakang dan menongkah arus," katanya pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 orang yang mengalami pelbagai jenis ketidakupayaan untuk melahirkan kekecewaan mereka berhubung perkara itu di sini, hari ini. "Jika negara-negara tidak membangun boleh mempunyai jambatan udara di lapangan terbang mereka, kenapa pula Malaysia yang semakin hampir mencapai status negara maju, masih terikat dengan perkhidmatan dan infrastruktrur dunia ketiga," kata Lee mengenai kemudahan Persekitaran Bebas Halangan dan Akses Kepada Pengangkutan (BEAT) itu. Beliau berkata, jambatan udara patut dan mesti dijadikan ciri universal di semua rekaan dan pembangunan lapangan terbang. Presiden Persatuan Damai Orang-orang Kurang Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan, V Murugeswaran, berkata jambatan udara akan menjadikan pergerakan orang ramai untuk turun dan naik pesawat lebih mudah dan selamat khususnya bagi golongan kurang upaya. "Lapangan terbang tanpa jambatan udara boleh menimbulkan keadaan bahaya dan
tidak selesa terutama kepada kami yang mengalami masalah sukar berjalan,
orang yang menggunakan kerusi roda, orang yang rabun dan lain-lain
ketidakupayaan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan