SH |
Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT Rumah musnah sekelip mata
PERAMU JAYA 3 – Syawal yang bakal tiba tidak memberi erti lagi kepada empat beradik yatim piatu, di sini, apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Seorang mangsa, Raja Nurasmaa Raja Omar, 21, berkata, ketika kejadian, dia bersama suami dan adik perempuannya bekerja di pusat mencuci kenderaan terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka, manakala abangnya keluar berniaga di bandar Pekan. Menurutnya, semasa kejadian, hanya adiknya, Raja Nurulhuda, 16, yang mengalami masalah mental berada di rumah. "Saya bersyukur adik selamat walaupun kami sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang. "Semua harta benda peninggalan arwah ayah dan mak hangus dalam sekelip mata," katanya kepada Sinar Harian. Raja Nurasmaa berkata, dia ada melihat kenderaan bomba dan penyelamat menghala ke kawasan perumahan, tetapi tidak menyangka rumahnya yang terbakar sebelum dihubungi jiran "Ketika itu hanya tuhan saja tahu perasaan saya terutama memikirkan nasib adik yang berada di rumah. "Saya difahamkan ketika api sedang marak di bahagian dapur, dia (adik) berada di atas tangga hadapan sambil menangis sebelum diselamatkan jiran," katanya. Menurutnya, dia tidak pasti punca kebakaran tetapi difahamkan api bermula dari bahagian bilik dan kerugian dianggarkan mencecah RM50,000. "Selepas kehilangan ayah dan emak empat tahun lalu, ini adalah dugaan kedua yang begitu berat terpaksa kami adik beradik hadapi. Kini kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudara," katanya. Seorang jiran, Abdul Rani Abdul Jalil, 60, berkata, angin kuat ketika kejadian menyebabkan api merebak dengan cepat dan dalam tempoh tidak sampai 10 minit, rumah berkenaan ranap. "Saya dengar letupan sebelum melihat asap dan api keluar dari bahagian atap. Usaha memadamkan api sukar dilakukan kerana angin kuat," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail yang berada di tempat kejadian memberi jaminan bantuan daripada agensi berkaitan akan diberikan kepada mangsa. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan