Sabtu, 20 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

16 warga China ditahan ISA

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

16 warga China ditahan ISA SUBANG JAYA – Seramai 16 warga China yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Semua suspek terbabit ditahan dalam operasi berasingan yang dijalankan serentak di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada 6 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis turut merampas 10 keping pasport palsu (tujuh pasport Turki dan tiga pasport Malaysia), tiga Mykad palsu serta tunai pelbagai matawang asing berjumlah RM268,523.

Beliau berkata, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati semua suspek terlibat secara aktif dalam sindiket penyeludupan manusia yang beroperasi di China.

"Anggota sindiket (suspek) dikesan menjalankan kegiatan itu di China, Thailand termasuk Malaysia sejak 2009.

"Mereka berperanan bawa masuk individu warga China ke Thailand, sebelum menyeludup masuk individu itu ke Malaysia untuk mendapatkan dokumen palsu," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran 'Kempen Balik Kampung, Rumah Selamat' anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, semalam.

Menurutnya, selepas memperoleh dokumen palsu, suspek kemudian akan menyeludup masuk individu terbabit ke negara ketiga.

Khalid berkata, siasatan lanjut menunjukkan suspek masuk ke negara ini dengan menggunakan pasport sah.

"Bagaimanapun modus operandi mereka sangat licik kerana setelah sampai di Malaysia, pasport itu akan dibuang dan mereka akan mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya kad UNHCR itu, suspek dapat menjustifikasikan kehadiran mereka di negara ini dan tidak dihantar balik.

Menurutnya, taktik itu dilihat menjadi trend pendatang asing sejak kebelakangan ini, terutamanya pendatang dari Myanmar.

Khalid berkata, 11 daripada suspek ditahan diserahkan kepada pihak berkuasa negara asal mereka kelmarin, untuk tindakan selanjutnya.

"Tiga lagi suspek yang mendakwa memegang kad UNHCR tetapi memiliki pasport dan Mykad palsu sedang disiasat mengikut Akta Imigresen dan Akta Pendaftaran.

"Manakala, baki dua suspek yang mempunyai kad UNHCR sah, disiasat di bawah Akta Imigresen," katanya.

Ketika ditanya sama ada terdapat penglibatan rakyat tempatan dalam sindiket itu, Khalid berkata, siasatan menunjukkan sindiket itu dikendalikan sepenuhnya oleh suspek warga asing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved