Rabu, 10 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

RM28 juta bayaran dividen untuk 19,800 peserta felcra

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

Suspek bom Bali diekstradisi ke Indonesia

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Suspek bom Bali diekstradisi ke Indonesia

JAKARTA - Umar Patek, suspek dalam serangan bom di Bali pada 2002 sudah diekstradisi oleh kerajaan Pakistan ke Indonesia.

Sejurus tiba pagi ini, dia dibawa dengan kawalan ketat ke pusat tahanan di Markas Komando Polis Indonesia di Kelapa Dua, Depok, di selatan Jakarta. Umar, 41, yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan jaringan kerjasama pengganas di kawasan Asia, ditangkap pasukan keselamatan Pakistan di negara itu pada Januari lalu.

Tempat dia diberkas itu terletak tidak jauh dari rumah pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, yang ditembak mati dalam serbuan tentera Amerika Syarikat pada Mei lalu.

Umar dipercayai berperanan sebagai pembuat bom dalam kejadian serangan bom di dua kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan 202 orang, kebanyakannya pelancong Australia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bonus guru Kafa, kakitangan awam

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bonus guru Kafa, kakitangan awam GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian sumbangan sebagai bonus sempena sambutan Hari Raya kepada anggota perkhidmatan awam, penyelia serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, mesyuarat Exco yang bersidang semalam memutuskan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri serta RM300 untuk penyelia dan guru Kafa.

"Sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam, penyelia serta guru Kafa di pentadbiran Kerajaan Negeri, kita memutuskan untuk memberi bonus tahun 2011 sebanyak RM600 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri serta RM300 untuk penyelia dan guru Kafa di pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Bonus ini diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam, penyelia dan guru Kafa yang masih berkhidmat sehingga 9 Ogos 2011 dan ia tertakluk kepada syarat bahawa telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun ini," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, pemberian bonus itu dilihat sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan yang diberikan oleh pegawai terhadap perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan.

"Bonus ini juga dilihat dapat membantu pegawai perkhidmatan awam ini membuat persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut hujung bulan ini. Pemberian bonus ini melibatkan 3,649 menerima RM600 manakala RM300 untuk 12 penyelia serta 1,404 guru Kafa.

"Kerajaan Negeri memperuntukkan kewangan yang dianggarkan berjumlah RM3.3 juta untuk pemberian bonus ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Ribut jejas 20 rumah penduduk

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ribut jejas 20 rumah penduduk PENGKALAN – Seorang wanita yang leka membuat kuih raya di di bahagian tengah rumah terkejut apabila mendengar bunyi benda jatuh atas bumbung rumahnya sebelum bumbung rumah diterbangkan angin kuat, kelmarin.

Kejadian di Taman Desa Aman itu juga menyebabkan 20 buah rumah membabitkan 100 penduduk terjejas teruk akibat kejadian ribut itu.

Antara kawasan yang terbabit dalam kejadian itu termasuklah di Hala Pegoh Aman 2, 4 dan 6.

Shabinar Sultan, 42, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang. pabila bumbung diterbangkan angin serta rumah dimasuki air akibat hujan lebat.

Katanya, beliau yang sedang membuat kuih diminta jiran untuk keluar dari rumah kerana angin berwarna putih menuju ke arah rumahnya.

"Angin kencang, guruh dan hujan lebat yang tidak berhenti-henti hampir setengah jam menyebabkan sebahagian bumbung terbang dan rumah dimasuki air.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Pegawai keselamatan maut

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pegawai keselamatan maut GOMBAK – Hasrat seorang pegawai keselamatan ke tempat kerja untuk menunaikan rutin hariannya tidak kesampaian dan berakhir tragedi apabila sebahagian kepalanya hancur digilis sebuah lori pagi, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa, Ahmadi Hamid, 49, dikatakan menunggang motosikal bersendirian dari arah Batu 9, Jalan Gombak Lama menghala ke tempat kerjanya di Petaling Jaya.

Sumber polis berkata, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori tanah yang datang dari arah bertentangan menyebabkannya hilang kawalan dan terjatuh.

"Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa yang tercampak beberapa meter dari motosikalnya gagal mengelak dan digilis kenderaan berat itu menyebabkan isi kepalanya terburai.

"Mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian muka dan kepala meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih terus dijalankan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

"Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262257 untuk membantu siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Belasah ibu tiri dengan besi

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Belasah ibu tiri dengan besi

KUALA TERENGGANU - Gara-gara terlalu berang dengan sikap ibu tirinya yang berdegil tidak mahu mendapatkan rawatan mental di Hospital Hulu Terengganu, seorang anak mengambil tindakan menggunakan 'pujukan kasar' memukul ibu tirinya dengan sebatang besi panjang.

Tindakan tidak masuk akal itu yang mengakibatkan ibu tirinya bengkak pada bahagian mata kanan dan mengalami kesakitan pada bahagian sebelah kiri belakangnya, menyebabkan si anak tiri, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dakwaan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tertuduh, Fatihi Hamidi Zakaria, 27, dari Kampung Losong Hj Mamat, Kuala Terengganu mengaku bersalah atas dakwaan itu yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika disabitkan kesalahan.

Disyaki perbuatan khianat

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Disyaki perbuatan khianat KOTA BHARU- Hanya dalam sekelip mata, enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah sewa di Kampung Lundang, di sini, pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 pagi itu menyebabkan keluarga terbabit tidak dapat menyelamatkan barangan dalam rumah berkenaan akibat api yang begitu cepat merebak.

Mangsa, Nurlia Mohd Zin, 43, berkata ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana keluar berniaga biskut dan kek sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, berhampiran pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Bharu.

"Ibu saya, Kalsom Daud, 80 bersama anak ketiga, Wan Nor Kasidah Wan Khairul, 17, serta anak bongsu, Wan Khairul Ridhuan Al Hakim Fikri, 14, berada dalam rumah.

"Anak saya Wan Nor Kasidah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada saya sebelum kebakaran berlaku mengatakan ada terdengar seperti kehadiran orang di hadapan rumah saya, akibat takut dia tidak keluar dari bilik dan terus mendiamkan diri sehinggalah menyedari bahagian dapur terbakar," katanya.

Katanya, dia mengesyaki kejadian itu mungkin perbuatan khianat, namun tidak tahu puncanya kerana menurutnya dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa sepanjang dia tinggal di kawasan itu.

"Selepas berbalas SMS kira-kira tiga jam sebelum itu, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari anak saya (Kasidah) mengatakan rumah yang menjadi tempat berteduh kami sekeluarga sejak tujuh tahun lalu terbakar.

"Saya hanya sampai ke rumah kira-kira jam 7 pagi dan melihat rumah hangus dan hanya tinggal sisa-sisa kebakaran sahaja.

"Sedih dan terkejut apabila menerima berita ini namun saya pasrah dan mengharapkan agar kehidupan kami selepas ini lebih baik," katanya.

Nurlia berkata, kebakaran terbabit menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM150,000 merangkumi kerugian barangan jualan termasuk, pinggan mangkuk, beg kulit, kain tudung dan beberapa barangan berharga.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Wan Hassan Wan Idris berkata, pihaknya menghantar empat jentera termasuk sebuah dari balai bomba Kota Darulnaim bersama 19 anggota ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah kayu terbabit telah 100 peratus musnah dan pihak kami mengambil masa15 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak," katanya.

Wan Hassan menasihatkan orang ramai terutama suri rumah supaya lebih berhati-hati dengan aktiviti memasak sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengelak musibah.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kisah sayu 11 anak yatim piatu

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kisah sayu 11 anak yatim piatu TEMERLOH – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul adalah ungkapan paling sesuai buat 11 beradik di Kampung Paya Keladan di sini yang hilang tempat mengadu apabila bapa mereka pergi buat selama-lamanya ketika mereka masih terasa pemergian ibu tercinta enam tahun lalu.

Norfadilah Mat Amin, 23, kakak sulung adik beradik malang itu berkata, kini mereka sangat mengharapkan bantuan dan sumbangan ramai selepas bapa Mat Amin Jusoh, 55, meninggal dunia akibat sakit jantung minggu lepas.

Menurutnya, ibunya meninggal dunia pada 2005 dan sejak itu mereka tinggal bersama bapa yang terpaksa melakukan banyak kerja semata-mata mahu menyara adik yang ramai.

"Minggu lepas, satu lagi dugaan menimpa kami apabila ayah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung," katanya di rumahnya, semalam.

Norfadilah yang masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengharapkan Ehsan banyak pihak dalam memastikan kebajikan adiknya terbela.

"Saya masih dalam cuti semester dan akan masuk ke tahun akhir apabila penggal baru bermula bulan hadapan, kini kami semua mengharapkan kepada adik kedua saya untuk menyara keluarga," katanya.,

Norfadilah berkata, adik keduanya, Mohd Khairul sebelum ini memang bekerja membantu ayah dengan menoreh getah dan membela ikan keli dan wang daripada hasil itulah diharap dapat menyara adik-adik yang lain selepas ini.

Mohd Khairul, 22, ketika ditemui berkata, walau sesukar mana sekalipun dia akan berusaha memastikan adiknya mendapat makan dan terus belajar.

Jais ikut peraturan: Noh

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jais ikut peraturan: Noh KOTA BHARU- UMNO Selangor yakin pemeriksaan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah Gereja Rabu lalu, sehingga menimbulkan kontroversi dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kakitangan Jais sudah tentu membuat kajian mendalam sebelum mengambil tindakan sewajarnya ke atas sesuatu kes.

"Jika tidak gereja itu boleh mengambil tindakan, mengheret Jais ke mahkamah Saya yakin Jais telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan jabatan itu mesti tahu implikasi undang-undang bila berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2010 kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, di sini semalam.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

KWSP perjelas e-mel berantai

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

KWSP perjelas e-mel berantai Penamaan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah mencapai umur 55 tahun akan terus kekal sah.

Penjelasan itu dibuat KWSP berikutan terdapat penyebaran e-mel berantai baru-baru ini, yang mendakwa penamaan ahli KWSP yang mencapai umur 55 tahun terbatal dan mereka perlu membuat penamaan semula.

KWSP juga menjelaskan, ahli KWSP hanya perlu membuat penamaan semula apabila umur mencecah 55 tahun jika membuat pengeluaran umur 55 tahun sebelum 1 Februari 2008.

"Oleh itu, jika ahli terus mencarum dengan KWSP, beliau perlu membuat penamaan baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi ahli KWSP yang membuat pengeluaran umur 55 tahun selepas 1 Februari 2008, penamaan mereka akan kekal melainkan penamaan baru dibuat untuk menggantikan penamaan terdahulu.

"Peraturan ini juga terpakai untuk ahli yang mencapai umur 55 tahun tetapi belum membuat pengeluaran itu," katanya.

KWSP mahu memastikan penamaan ahlinya selamat dan terjamin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Van rempuh surau

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Van rempuh surau MUAR – Seorang lelaki berusia 40-an nyaris maut apabila van yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah surau di Parit Besar, Jalan Abdul Rahman di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, surau tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian tembok hadapan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila van berkenaan hilang kawalan selepas melanggar belakang sebuah kereta daripada arah yang sama dari Muar menghala ke Parit Jawa.

Bagaimanapun pemandu van berkenaan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, mangsa, Hayani Halim, 41, yang merupakan seorang guru berkata, semasa kejadian dia berhenti seketika di persimpangan jalan tersebut untuk membelok ke rumah di Lorong Maisarah, Parit Besar, Jalan Abdul Rahman.

Menurutnya, belum sempat dia membelok di persimpangan berkenaan secara tiba-tiba belakang keretanya dirempuh kuat oleh sebuah van dari arah belakang.

"Akibat rempuhan ini kereta saya terbabas dan memasuki laluan arah bertentangan.

"Saya dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama anak, Adam Nazhan Mohd Ali, 7," katanya yang bersyukur terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, Hayani yang masih trauma dengan insiden yang berlaku berkata, dia sangat bersyukur kerana semasa kejadian seorang lagi anaknya yang masih bayi tiada bersama dengannya kerana belum diambil pulang dari rumah pengasuh.

Mismah, kita dah tahu anda di mana

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sehari sebelum puasa pada 1 Ogos lalu, Datuk Seri Najib Razak, meminta semua pihak hormati kesucian Ramadan dengan mengetepikan politik.

UMNO, kata Presiden parti pemerintah itu, akan tumpu kepada program berbentuk ibadah dan sumbangan kepada mereka memerlukan sepanjang bulan mulia ini, meskipun pembangkang "dalam kepalanya semua politik".

Tidak sampai beberapa jam selepas nasihat Najib itu, negara dikejutkan dengan kemunculan Mismah, wanita mistri, yang didakwa mendapat taraf warganegara dalam tempoh empat jam. Pembangkang tidak melepaskan peluang - puasa atau tidak - untuk mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar, yang Mismah termasuk di dalamnya, sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai penduduk tetap.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu adalah 'kecuaian teknikal', manakala JPN menjelaskan rekod JPN menunjukkan Mismah sebenarnya telah dapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

Menurut JPN, taraf Mismah sebagai warganegara Malaysia telah diluluskan pada 31 Januari 2011 selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap.

Kini saya sudah tahu Mismah di mana dan sedang cuba merungkai kekusutan yang ada. Masalahnya di negara ini, apa sahaja isu yang timbul tidak mudah dinafikan. Di negara ini dan barangkali di mana sahaja, khabar angin dianggap benar, sehingga terbukti sebaliknya.

Sama ada penjelasan JPN dan SPR boleh diterima atau tidak, bergantung kepada dari sudut mana yang anda hendak lihat, tetapi yang pasti nama Mismah - termasuk beberapa lagi; yang terkini, pemilih bernama 'Kampung Baru' - akan terus diarak merata-rata hingga kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), yang tarikh terakhirnya adalah 7 Mac, 2013, tetapi dipercayai akan diadakan seawal November atau selewat-lewatnya Mac depan.

Barangkali lega dengan hasil Wacana 'Apa selepas Julai 9?' anjuran Sinar Harian baru-baru ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar sudah kurang bertegang leher dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga melalui media mengenai lapan tuntutan, termasuk penggunaan biometrik dan dakwat kekal, tetapi ramai geli hati dengan cerita pengundi di Pulau Ketam, Selangor, yang menempa sejarah mengguna inai di jari selepas memilih ketua masyarakat mereka bulan lalu.

"Ia berjaya. Tidak perlu bazirkan wang guna biometrik," kata seorang pemimpin di situ. Itu satu isu; yang lain banyak lagi.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membuat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir hilang sabar dengan cabarannya supaya Mursyidul Am Pas itu jangan sembunyikan kebenaran beliau mengadakan pertemuan sulit berhubung dengan cadangan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, bagi menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Lawak jenaka," komen Nik Aziz, yang menegaskan beliau tidak pernah sembunyi rahsia apa pun dan mengingatkan media guna Ramadan tulis yang benar.

"Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah di akhirat," katanya melalui Facebook.

Membaca isu demi isu dan perdebatan politik membuatkan saya terfikir apa perlunya tuntutan Bersih 2.0 untuk dibenarkan kempen pilihan raya diadakan hingga 21 hari.

Anda tidak perlu menjadi penganalisis politik untuk menyedari di Malaysia kempen pilihan raya berjalan sepanjang masa.

Ia bermula sebaik sahaja PRU-12 tamat pada 8 Mac 2008; tiap-tiap hari, melalui risalah, media, ceramah, laman sesawang dan apa sahaja yang boleh dijadikan alat berkempen. Dan maaf cakap, setiap kali ada wakil rakyat meninggal dunia, sebelum selesai urusan pengebumian, siapa penggantinya sudah ligat dibahaskan.

Patutlah pilihan raya dianggap pesta.

Akhir kata, saya perlu beri kepujian kepada Sinar Harian, akhbar muda yang muncul hanya enam tahun lalu di bawah Kumpulan Media Karangkraf, kerana telah berjaya mengadakan lima wacana, satu setiap bulan. Program ini, termasuk yang terakhir bertajuk 'Apa Selepas Julai 9?' turut berjaya menyuntik harapan baru kepada perkembangan minda rakyat dan masa depan negara.

Di sinilah tempat yang dirasai paling selesa setakat ini oleh banyak pihak untuk duduk dan berbincang apa sahaja isu dan mencapai apa yang dihajati tanpa ragu-ragu; tidak apa kalau terdapat sedikit keriuhan dan sindir menyindir. Ia tetap sihat dan menggalakkan.

Yang penting, ada sinar harapan untuk rakyat di negara yang kita cintai ini.

Alangkah baiknya jika wacana seperti ini dapat dianjurkan sejak dahulu lagi. Tentu banyak daripada matlamat kita sudah tercapai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rungkai dilema guru B. Inggeris

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pagi Ahad lepas, kening saya terjungkit dalam keliru semasa membaca laporan akhbar bertajuk: Lack of trained teachers the cause. Laporan itu telah memetik buah fikiran Presiden National Union of Teaching Profession (NUTP), Hashim Adnan, yang berpendapat guru Bahasa Inggeris negara tidak fasih dan kurang arif dalam perkara dasar yang membentuk penguasaan bahasa itu secara efektif. Tambah beliau lagi, bagaimana hendak mengajar murid apabila guru sendiri tidak mahir dengan bahasa penjajah itu.

Maaf, saya tidak setuju dengan keseluruhan pendapat presiden NUTP. Beban penguasaan dan kefasihan seseorang murid berbahasa Inggeris tidak jatuh sepenuhnya di bahu guru. Antara yang memainkan peranan sama penting ialah persekitaran, gaji guru, masa dan sukatan pelajaran.

Setelah bersembang panjang dengan dua guru Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dan pedalaman Sabah, saya berpendapat, perkara tonggak yang menjadikan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan generasi baru tidak memberangsangkan langsung, adalah kerana mereka tidak berminat dengan bahasa lingua franca itu. Bukan masalah kualiti guru. Kedua guru yang bercakap dengan saya semalam amat fasih berbahasa Inggeris, emel mereka juga tiada cela dari segi struktur ayat, tatabahasa dan gaya penulisan.

Sebab mutakhir murid tidak berminat dengan Inggeris sebagai bahasa kedua adalah kerana mereka tidak mempunyai daya kefahaman yang jitu. Contohnya, salah seorang daripada dua guru tersebut, telah mengajukan soalan kepada seorang murid Tahun Lima di sekolah beliau: "how are you today?" Si kecil membalas: "today is Monday." Di sini jelas menunjukkan anak berusia 11 tahun itu tidak faham konteks soalan ringkas di atas. Apabila tidak faham, tahap minat akan merudum. Bila minat merudum, penguasaan bahasa jadi terbantut. Isu menjana minat ini, saya percaya, bergantung pada pendedahan.

Manakala pendedahan itu pula harus bermula dari usia yang muda. Dan apabila kita berdebat soal pendedahan, kita tidak boleh menuding jari kepada sistem pendidikan semata.

Anak-anak yang didedahkan dengan pertuturan, program TV, bahan bacaan seperti buku dan internet dalam Bahasa Inggeris, secara tidak langsung, akan membawa minat tersebut apabila ke sekolah. Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh bergantung dengan masa tiga setengah jam seminggu, slot mata pelajaran bahasa Inggeris itu sahaja, untuk menjadikan anak-anak kita fasih.

Pesan saya untuk ibu bapa, rancangan kartun bahasa Inggeris jangan dialihbahasakan. Sungguh cacat bila Dora The Explorer bertutur dalam bahasa Melayu. Bahan bacaan awal anak-anak perlu ada dalam bahasa Inggeris. Mereka harus didedahkan dengan laman web dan aplikasi komputer dalam bahasa yang sama. Lebih afdal sekiranya bahasa Inggeris digunakan secara rawak di rumah. Jika salah tidak mengapa, tiada noktah dalam perjalanan menimba ilmu.

Sekarang mari kita lihat profesion perguruan di Malaysia. Adakah mereka diberi balasan gaji setimpal dengan masa diluangkan untuk mengajar, menjalankan aktiviti bersama murid-murid dan menulis laporan berjela panjang setiap hari? Di Singapura misalnya, profesion guru adalah salah satu dari lima pekerjaan yang mendapat gaji tertinggi di kota singa. Guru-guru mereka diasak menjadi lebih kompetitif dengan sogokan gaji dan bonus tinggi setiap tahun. Perkara sama boleh diadaptasi di negara kita untuk menjadikan guru Bahasa Inggeris lebih kompetitif dan bersemangat dalam mendorong anak-anak fasih berbahasa Inggeris.

Singapura juga ambil inisiatif dengan menyerap hanya graduan terpandai untuk menjadi guru.

Sukatan pelajaran yang berkisar setakat di bilik darjah dan makmal komputer sahaja sebenarnya amat konvensional lagi membosankan. Kemahiran berbahasa – tidak kira bahasa apa sekalipun – bergantung pada sistem pembelajaran yang interaktif dan moden.

Sudahkah kita kaji bagaimana negara-negara seperti Amerika dan Australia ajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua kepada komuniti Orang Asli mereka? Apabila sesuatu bahasa itu bukan bahasa perantaraan utama kehidupan, pendekatan berbeza perlu diambil, bukan sewenang boleh menyalahkan guru sahaja.

Program menggaji native speaker sebagai mentor guru-guru Bahasa Inggeris tidak salah, cuma keberkesanan program itu mungkin lambat. Tanggungjawab ini dipikul sama rata oleh ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa harus memberi pendedahan awal, manakala guru-guru pula perlu dibekalkan sukatan pelajaran yang moden dan interaktif. Gabungkan juga peranan internet dan media bukan konvensional untuk menjana minat generasi alaf baru.

Saya pernah bertanya sepupu saya, abang Remy, bagaimana anak perempuan beliau yang baru berusia enam tahun boleh fasih Inggeris? Jawab beliau selamba: "hadapkan saja dia dengan Play House Disney setiap hari." Dan sebenarnya saya menggunakan resipi yang sama. Jika pembaca budiman tidak percaya, sila cuba.

* Elviza sangat pantang berguru kepalang ajar. Dengar kicauan beliau di http://twitter.com/elviza

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ibu campak, sepak anak ke dinding

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ibu campak, sepak anak ke dinding KAJANG – Gara –gara gagal mengawal kemarahan berpunca dari perselisihan faham dengan suami, ibu muda berusia 23 tahun, tergamak mencampakkan anak lelakinya, berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahannya.

Ibu berkenaan yang juga suri rumah, bertindak menendang kaki dan anggota badan anaknya hingga menyebabkan kesan lebam dan bengkak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab, berkata, kejadian hanya disedari apabila wanita berkenaan membawa kanak-kanak itu ke hospital Kajang disebabkan ia kerap menangis.

"Pada mulanya, wanita berkenaan tidak memaklumkan kejadian sebenar sebelum doktor membuat pemeriksaan sehingga kelihatan kesan leban dan cedera teruk di bahagian kaki mangsa.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Sindiket curi pondok telefon awam tumpas

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sindiket curi pondok telefon awam tumpas SHAH ALAM – Polis menumpaskan sindiket curi pondok telefon awam, dengan penahanan lima lelaki tempatan, berusia antara 20 dan 40 tahun, di sebuah kedai barang lusuh berlesen di Bandar Baru Bukit Beruntung, Rawang, 26 Julai lalu, kira-kira jam 6.05 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 14 pondok telefon awam, 112 peti telefon, 14 pondok depan telefon awam, 50 ganggang telefon dan lori serta kereta Proton Satria.

"Nilai rampasan dianggarkan RM960,000 dan sindiket itu, sudah lebih 16 kali berulang alik mengangkut pondok telefon berkenaan," katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah.

Tun Hisan berkata, sindiket itu beroperasi dengan mengambil duit syiling daripada pondok telefon terbabit, sebelum mengangkut pondok telefon dengan menggunakan lori dan meleraikan komponen sebelum disimpan di kedai barangan lusuh untuk dijual.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sindiket dipercayai menjalankan kegiatan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved