Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT Jais ikut peraturan: Noh
KOTA BHARU- UMNO Selangor yakin pemeriksaan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah Gereja Rabu lalu, sehingga menimbulkan kontroversi dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kakitangan Jais sudah tentu membuat kajian mendalam sebelum mengambil tindakan sewajarnya ke atas sesuatu kes. "Jika tidak gereja itu boleh mengambil tindakan, mengheret Jais ke mahkamah Saya yakin Jais telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan jabatan itu mesti tahu implikasi undang-undang bila berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2010 kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, di sini semalam.
|
Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT KWSP perjelas e-mel berantai
Penamaan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah mencapai umur 55 tahun akan terus kekal sah.
Penjelasan itu dibuat KWSP berikutan terdapat penyebaran e-mel berantai baru-baru ini, yang mendakwa penamaan ahli KWSP yang mencapai umur 55 tahun terbatal dan mereka perlu membuat penamaan semula. KWSP juga menjelaskan, ahli KWSP hanya perlu membuat penamaan semula apabila umur mencecah 55 tahun jika membuat pengeluaran umur 55 tahun sebelum 1 Februari 2008. "Oleh itu, jika ahli terus mencarum dengan KWSP, beliau perlu membuat penamaan baharu," katanya dalam satu kenyataan. Bagi ahli KWSP yang membuat pengeluaran umur 55 tahun selepas 1 Februari 2008, penamaan mereka akan kekal melainkan penamaan baru dibuat untuk menggantikan penamaan terdahulu. "Peraturan ini juga terpakai untuk ahli yang mencapai umur 55 tahun tetapi belum membuat pengeluaran itu," katanya. KWSP mahu memastikan penamaan ahlinya selamat dan terjamin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan