Sinar Harian :: Suara Cakna |
RM28 juta bayaran dividen untuk 19,800 peserta felcra Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT |
Suspek bom Bali diekstradisi ke Indonesia Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT Suspek bom Bali diekstradisi ke Indonesia JAKARTA - Umar Patek, suspek dalam serangan bom di Bali pada 2002 sudah diekstradisi oleh kerajaan Pakistan ke Indonesia. Sejurus tiba pagi ini, dia dibawa dengan kawalan ketat ke pusat tahanan di Markas Komando Polis Indonesia di Kelapa Dua, Depok, di selatan Jakarta. Umar, 41, yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan jaringan kerjasama pengganas di kawasan Asia, ditangkap pasukan keselamatan Pakistan di negara itu pada Januari lalu. Tempat dia diberkas itu terletak tidak jauh dari rumah pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, yang ditembak mati dalam serbuan tentera Amerika Syarikat pada Mei lalu. Umar dipercayai berperanan sebagai pembuat bom dalam kejadian serangan bom di dua kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan 202 orang, kebanyakannya pelancong Australia. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan