Sinar Harian :: Suara Cakna |
Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT Anak Gaddafi saman Nato
PARIS - Anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memfailkan saman terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) kelmarin kerana didakwa melakukan jenayah perang dan membunuh empat ahli keluarga pemimpin itu pada April lalu.
Peguam Aisha Al-Gaddafi berkata, saman itu mendakwa Nato, tentera bersekutu yang berpusat di Belgium melakukan jenayah perang manakala satu lagi saman di Perancis menuntut mahkamah negara itu mengenal pasti pihak bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas kediaman Gaddafi pada 30 April lalu. Serangan itu dilaporkan membunuh seorang anak lelaki Gaddafi, Saif Al-Arab dan tiga cucu beliau, termasuk seorang anak Aisha. Pendakwa raya di Paris dan Brussels mengesahkan menerima saman itu dan sedang menilai sama ada kes tersebut boleh diterima. Sementara itu, Gaddafi berikrar tidak akan menyerah kalah selepas kediamannya di Tripoli sekali lagi diserang oleh Nato kelmarin, membunuh 31 orang. "Saya bercakap semasa bom sedang gugur di sekeliling saya. Saya tidak akan menyerah kalah," katanya dalam rakaman suara secara langsung yang disiarkan di televisyen. Nato mula melancarkan serangan udara bertubi-tubi ke atas Libya selepas menerima kebenaran daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mac lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Obama enggan Palestin diiktiraf Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT Obama enggan Palestin diiktiraf
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuktikan sikap dinginnya terhadap perjuangan Palestin apabila menganggap usaha Palestin memohon pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara merdeka patut dielakkan.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Dalam ucapan selepas pertemuan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel kelmarin, Obama berkata, Washington dan Berlin bersetuju usaha Palestin itu tidak patut diteruskan. Sebelum ini, Obama menghina usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan PBB tanpa persetujuan Israel sebagai hanya tindakan kosong dan tidak bermakna. Sebaliknya, pemimpin pro-Israel itu menuntut Palestin meneruskan rundingan damai dengan rejim Zionis yang diketahui enggan tunduk kepada permintaan Palestin untuk memulangkan sebahagian tanah yang dirampas mereka. "PBB mampu melakukan banyak tugas penting tetapi yang pasti, badan dunia itu tidak akan mampu mewujudkan sebuah negara Palestin," katanya dengan angkuh. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |