Rabu, 8 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Akta baru rugikan peniaga

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Akta baru rugikan peniaga BANDAR TEMERLOH - Lebih 20 peniaga kereta terpakai yang mewakili 30 pekedai di daerah ini membantah pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang merugikan mereka dan juga pembeli.

Bantahan dibuat atas nama Persatuan Peniaga Kereta dan Motosikal Daerah Temerloh di hadapan pejabat persatuan itu di Jalan Datuk Ngau Keng Lock, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Pengerusinya Tan Teck Loong berkata, sebelum ini semua kereta terpakai yang ingin dijual perlu melalui empat pemeriksaan berkomputer di Puspakom, tetapi pindaan akta tahun lalu menyebabkan semua kereta terpakai perlu menjalani 18 pemeriksaan berkomputer.

Menurutnya, jika dahulu pemeriksaan hanya melibatkan nombor casis, nombor enjin, cermin dan keadaan badan, tetapi sekarang sudah ditambah kepada 18 pemeriksaan yang akhirnya akan membebankan penjual kereta terpakai dan juga pembeli.

"Sistem baru Hire Purchase Inspection (HPI) yang dipinda akan menyebabkan kerugian kepada penjual yang terpaksa menanggung bayaran balik jika pelanggan tidak jadi beli.

"Contohnya, seorang pelanggan yang ingin beli kereta bernilai RM100,000 mereka kena buat bayaran satu peratus iaitu sebanyak RM1,000 secara terus kepada bank. Apabila pelanggan tidak jadi beli, peniaga kereta terpakai yang kena tanggung bayaran balik sebanyak 90 peratus dari RM1,000 itu kepada pelanggan, ini sudah tentu merugikan peniaga," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Turut melahirkan rasa tidak puas hati, Pengarah Urusan YBK Auto dan Services Sdn Bhd, Yahya Kassim yang mewakili empat pekedai kereta terpakai milik Melayu, di sini.

Beliau berkata, peniaga dan pembeli akan mengalami kerugian dari segi kos dan masa memandangkan terlalu banyak perkara yang perlu menjalani pemeriksaan.

"Kalau dulu pemeriksaan empat perkara perlu mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk lulus tetapi sekarang saya rasa mahu ambil masa sampai satu setengah hari untuk sebuah kereta.

"Bayaran untuk sebuah kereta menjalani pemeriksaan juga bertambah dari RM30 kepada antara RM90 ke RM150, sudah tentu merumitkan banyak perkara," katanya.

Yahya yang mewakili peniaga Melayu berharap kerajaan mendengar rintihan peniaga kereta terpakai di daerah ini, termasuk mengambil kira kerumitan pembeli sebelum mengguna pakai akta baru itu 15 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved