Rabu, 8 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Undang-undang Syariah dipengaruhi British: Hadi

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Undang-undang Syariah dipengaruh British: Hadi KOTA BHARU- Undang-undang Syariah di dalam negara dianggap dipengaruhi elemen era-kolonial yang masih mengikuti undang-undang British, sedangkan undang-undang Syariah lebih tepat menangani video seks tokoh pembangkang.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, undang-undang di negara ini perlu mengikuti inti pati Islam yang lebih tepat dalam menyelesaikan isu video seks yang didakwa mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dengan adanya undang-undang Syariah, ia tidak boleh dijadikan senjata memfitnah. Apa yang ada di dalam enakmen; pentadbiran Islam itu bukan...Itu British," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini, semalam.

Beliau mempersoalkan kenapa tidak ditangkap khalwat terhadap si pelaku di dalam video daripada membuat rakaman video seks.

RM300j bina 9,146 rumah rakyat miskin

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

RM300j bina 9,146 rumah rakyat miskin BANGI - Kerajaan menyasar menyediakan 9,146 rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) untuk rakyat termiskin terdiri daripada 5,692 rumah baru dan 3,454 rumah dibaik pulih sebelum hujung tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebanyak 1,618 rumah bina baru dilaksanakan di Semenanjung, 2,345 di Sabah dan 1,729 di Sarawak.

Bagi rumah baik pulih, ia merangkumi 2,087 di Sarawak, 919 di Semenanjung dan 449 di Sabah.       

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi tujuan itu.

"Bagi tahun 2010, sebanyak 6,204 rumah dibina baru dan 10,722 buah dibaik pulih menjadikan jumlah keseluruhan 16,926 buah rumah dilaksanakan," katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 kepada warga kementerian itu di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Datuk Hasan Malek dan Ketua Setiausaha Datuk Ibrahim Muhammad.

Mohd Shafie berkata, sehingga 27 Mei tahun ini, kementerian telah mewujudkan 548 rumah bina baru dan 531 buah rumah baik pulih.

Katanya kerajaan kini menetapkan sasaran 70 peratus untuk melaksanakan rumah baik pulih manakala 30 peratus rumah bina baru yang menjimatkan kos dan masa pembinaannya.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved