Rabu, 8 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gurauan jadi nyata

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gurauan jadi nyata ALOR SETAR - "Kami sangka dia hanya bergurau sewaktu melakukan aksi lemas kerana beberapa minit sebelum kejadian, dia berpura-pura lemas dengan melakukan tenggelam timbul," kata Muhammad Nur Arif Azizan, 18, rakan kepada Mohd Ikhram Hashim, 15, yang lemas di Sungai Tanjung Chali, kira-kira jam 7 malam, kelmarin.

Muhammad Nur Arif berkata, dia bersama mangsa dan lima rakan yang lain pergi ke sungai itu untuk mandi kira-kira jam 6.30 petang.

"Kami memang sering mandi di sini (Sungai Tanjung Chali) dan sewaktu kami mandi, Ikhram cuba bergurau dengan berpura-pura melakukan aksi tenggelam timbul.

"Kemudian apabila kami semua naik ke atas, hanya tinggal dia seorang sahaja yang masih mandi dan dia cuba menyembunyikan diri di celah rimbunan pokok di tepi tebing, namun selepas lima minit, dia terus senyap," katanya.

Menurutnya, mereka turut mengajak mangsa naik ke darat dan mahu pulang kerana sudah masuk waktu Maghrib, namun mangsa enggan dan masih mahu mandi.

Katanya, dia dan rakan cuba memanggil nama mangsa, namun tiada jawapan dan hanya melihat rambutnya sahaja lalu segera meminta pertolongan serta membuat laporan polis.

Bagi ibu mangsa, Shaiful Aida Che Man, 38, Mohd Ikhram adalah anak kedua daripada enam beradik dan seorang yang pendiam dan jarang bercakap.

Menurutnya, sewaktu kejadian, dia pulang ke kampung di Alor Melintang, Tajar untuk menghadiri kenduri, namun mangsa enggan ikut dan mahu tinggal di rumah di Kampung Berjaya.

Saya pulang ke kampung sejak Isnin lalu dan bercadang untuk mengambil mangsa semalam (kelmarin), namun hajat itu tidak kesampaian.

"Saya tahu mengenai kejadian ini setelah menerima panggilan telefon kira-kira jam 7 malam dan segera pulang daripada Alor Melintang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa berjaya ditemui oleh Unit Selam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 10.47 pagi semalam.

Adzaman berkata, mangsa ditemui di dasar sungai iaitu tiga meter daripada tempat dia dipercayai lemas.

Beliau berkata, operasi mula dilakukan pada jam 8 malam, kelmarin dan bersambung semula pada jam 7 pagi semalam.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved