Rabu, 8 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

A&W tawar Root Beer percuma

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

A&W tawar Root Beer percuma Restoran makanan segera Malaysia, A&W memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu XXXtra Long Coney Dog dengan sosej daging tulen berukuran lapan inci, dibaluti bun dengan sos daging yang menjadi kegilaan pelanggan.

Salah seorang pengurus restoran A&W berkata, sehingga kini, restoran tersebut masih lagi mengekalkan prinsip dengan mengutamakan kehendak pelanggan.

"Pelanggan A&W dijamin mendapat produk berkualiti dengan perkhidmatan terbaik supaya mereka menikmati lebih nilai setiap hari. A&W juga menawarkan pelbagai promosi kepada pelanggan dengan setiap pembelian,"katanya dalam satu kenyataan.

Dalam usaha menarik pelanggan, A&W menawarkan Root Beer dengan setiap pembelian XXXtra Long Coney Dog Combo bagi setiap hidangan.

XXXtra Long Coney Dog ini boleh dinikmati pada harga RM7.80, manakala XXXtra Long Coney Dog Combo pada harga RM10.80 dengan segelas Root Beer percuma bermula dari sekarang sehingga 14 Jun ini.

Kadar terendah BlackBerry

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kadar terendah BlackBerry Tune Talk Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan prabayar mudah alih terpantas di Malaysia, optimis capai sasaran 1 juta pelanggan menjelang hujung tahun ini berbanding 700,000 pelanggan setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, sasaran ini seterusnya disokong oleh kadar terendah bagi perkhidmatan prabayar telefon pintar BlackBerry yang baru ditawarkan.

"Perkhidmatan BlackBerry ini adalah penting bagi kami, Tune Talk sentiasa berusaha memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan supaya dapat dinikmati oleh pelanggan dan seterusnya memberi lebih nilai kepada wang mereka.

"Kadar terendah BlackBerry membuktikan bahawa kami sedaya upaya memenuhi keperluan pelanggan dan ia sekali gus memberi lebih banyak pilihan yang semestinya terbaik kepada mereka," katanya ketika melancarkan kadar terendah BlackBerry di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Jason, telefon pintar ini dipilih kerana ia adalah sebuah alat komunikasi paling hebat untuk rangkaian sosial pada hari ini tanpa mengira had umur.

Bagi projek BlackBerry ini, Tune Talk turut menjalin usaha sama bersama Research In Motion (RIM) untuk perkhidmatan BlackBerry tersebut.

Tidak seperti penyedia perkhidmatan prabayar lain, selain menawarkan kadar terendah untuk panggilan dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), Tune Talk turut memberi perlindungan sehingga RM100,000 untuk kemalangan peribadi dan tiket penerbangan percuma menerusi pungutan mata Tune Talk.

Dengan perkhidmatan prabayar BlackBerry ini, pelanggan boleh menikmati kadar hebat dengan hanya RM0.98 sen sehari atau RM28 sebulan untuk perkhidmatan penuh internet BlackkBerry (BIS) dan RM0.38 sen sehari atau RM11 sebulan untuk pakej BlackBerry Messenger (BBM) serta Instant Messaging (IM).

Sementara itu, Tune Talk turut berhasrat meningkatkan pasaran sahamnya kepada lima peratus atau 1.5 juta pelanggan menjelang pertengahan tahun hadapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved