Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT Serbu stor diesel haram
SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menyerbu premis dijadikan stor menyimpan diesel bersubsidi haram bernilai RM6,120 di Jalan Sepadu Seksyen 25 di sini, semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Sepasukan 10 pegawai dan anggota termasuk lima daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu lokasi itu kira-kira jam 3 petang selepas menerima aduan daripada orang awam. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, pihaknya menjalankan risikan kira-kira dua minggu sebelum menyerbu stor yang dipercayai beroperasi lebih enam bulan lalu itu. Katanya, 3,400 liter diesel subsidi haram daripada 13 tong bernilai RM6,120 dirampas. |
Wanita derita nanah selepas besarkan payu dara Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT Wanita derita nanah selepas pembedahan besar payu dara
KUALA LUMPUR – Hasrat membuat kejutan dan memenuhi kehendak kekasih untuk tampil menawan membawa derita kepada seorang wanita setelah payu dara dan perutnya yang cuba dicantikkan melalui pembedahan plastik bernanah.
Lebih malang, keadaan itu juga menjadi punca teman lelakinya memutuskan perhubungan dengan mangsa yang berasal dari Triang, Pahang itu. Wanita hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30, berkata, payu daranya menjadi gatal dan bernanah kerana dijangkiti kuman selepas pembedahan plastik di sebuah klinik kosmetik tidak berlesen pada 11 Mac tahun lalu dengan kos sebanyak RM13,100. Menurutnya, dia ke klinik berkenaan selepas diperkenalkan seorang rakannya yang pernah menjalani pembedahan sedut lemak di situ. "Saya menanggung sakit selama dua jam kerana pembedahan dilakukan tanpa ubat bius," katanya di Wisma MCA, semalam. Menurutnya, doktor dipercayai warga China, memindahkan lemak dari perut ke payu daranya. Selepas empat bulan kesakitan, mangsa bertemu dengan pakar surgeri di Ampang. Di klinik itu, dia terkejut apabila pakar memberitahu lemak perut tidak boleh digunakan untuk membesarkan payudara. Menurut mangsa, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor warga China itu. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau akan memaklumkan kes itu kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk tindakan lanjut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan