Rabu, 8 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bebas tuduhan rasuah

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bebas tuduhan rasuah KOTA BHARU – Dua pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di sini, semalam dilepas dan dibebaskan dari dua tuduhan rasuah selepas didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Seksyen, di sini.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu sejurus mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ke tahap prima facie terhadap kedua-dua tertuduh yang berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan Inspektor itu.

"Saya mendapati kedua-duanya tidak bersalah dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri," katanya.

Inspektor Mude Saefi dan ASP Bahrin Mohd Noh terlepas tuduhan dengan niat bersama meminta suapan wang tunai RM5,000 daripada Mohd Nasir Idris melalui Norizam Raibul di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Kota Bharu, di sini, 20 Ogos, tiga tahun lalu.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mereka meminta suapan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Mohd Nasir, Shahizan Che Azlan dan Che Syahid Che Azlan yang disyaki memiliki barangan curi.

Mereka juga bebas tuduhan kedua, pada hari sama jam 5.30 petang sekali lagi dituduh meminta RM5,000 ke atas individu yang sama untuk tujuan sama.

Kedua-duanya terlepas hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 10(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta 575.

Pada prosiding di mahkamah semalam, kedua-duanya bagaimanapun mengelak daripada imej mereka dirakam pihak media dengan bertindak berlari keluar dari perkarangan mahkamah itu, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved