Rabu, 29 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Puteri Diana dihidupkan

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Puteri Diana dihidupkan LOS ANGELES - Majalah Amerika Syarikat (AS), Newsweek dikecam selepas memaparkan wajah mendiang Puteri Diana pada muka depan keluaran mereka yang kononnya bertujuan memperingati ulang tahunnya ke-50 esok.

Ketua Editor majalah Newsweek, Tina Brown membayangkan jika Diana tidak terkorban dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, beliau mungkin berpindah ke New York, menjalani kehidupan seperti biasa dan turut mempunyai 10 juta pengikut di laman blog mikro, Twitter.

Bagaimanapun, cerita rekaan dan sensasi serta wajah Diana kelihatan sedikit berkedut mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana ia seakan menghina puteri sanjungan rakyat Britain itu.

Keluaran terbaru Newsweek itu juga diterbitkan semasa anak mendiang, Putera William dan isterinya, Kate Middleton dijadual mengadakan lawatan rasmi ke AS.

Belanda haram sembelih haiwan

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Belanda haram sembelih haiwan AMSTERDAM - Dewan Rakyat Belanda meluluskan cadangan mengharamkan penyembelihan haiwan di negara itu, kelmarin, tindakan ditentang hebat penduduk Islam di negara Eropah itu.

Rang undang-undang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu diluluskan dengan undian 116 menyokong berbanding 30 menolak dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang sah.

Undang-undang itu menetapkan haiwan yang akan disembelih perlu berada dalam keadaan tidak sedar iaitu kaedah berbeza dengan cara penyembelihan Islam.

Ketua Parti Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme dengan biadap menuduh kaedah penyembelihan Islam menyebabkan kesakitan kepada haiwan dan menegaskan kebebasan agama perlu dihadkan.

Seramai sejuta umat Islam di Belanda mengecam rang undang-undang itu sebagai mencabuli kebebasan agama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nekad terjun cari anak lemas

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nekad terjun cari anak lemas ALOR JANGGUS - Seorang ibu kepada empat anak di Kampung Parit Buaya sanggup terjun ke tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk mencari anaknya yang terjatuh di situ.

Nur Azalina Ahmad, 39, ibu kepada mangsa lemas, Mohd Fahmi Kamarudin 5, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 petang kelmarin, sewaktu anak bongsunya sedang bermain basikal.

Menurutnya, sebelum ini Mohd Fahmi hanya bermain basikal di halaman rumah sahaja, namun kelmarin dia sendiri tidak tahu bagaimana anak bongsunya itu boleh pergi mengayuh basikal roda tiga sejauh 15 meter.

"Kebetulan jalan di kawasan kampung ini baru diturap Ahad lalu, mungkin itu yang membolehkan anak saya mengayuh basikal sehingga ke simpang jalan.

"Sebelum kejadian, dia sedang bermain bola dengan anak sulung saya, (Mohd Arif) manakala saya baru pulang dari sekolah melihat anak saya menyertai acara sukan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Nur Azalina berkata, sewaktu melihat Mohd Arif memasuki rumah dia berasa hairan kerana Mohd Fahmi tiada bersama anak sulungnya itu dan mula merasakan sesuatu perkara berlaku.

Menurutnya, Mohd Arif kemudiannya segera keluar rumah mencari adiknya di sekitar halaman dan kawasan tali air itu.

"Apabila sampai di tali air, kami ternampak kasut Mohd Fahmi terapung dan saya segera terjun untuk mencari mangsa.

"Namun, usaha saya dan Mohd Arif gagal, suami saya yang turut terjun ke tali air menjumpai anak saya berdekatan dengan basikal yang dinaiki," katanya.

Nur Azalina berkata, ketika ditemui, tubuh dan muka mangsa berubah menjadi kebiruan dan mereka segera membawanya ke Klinik Kesihatan Alor Janggus.

Katanya, keadaan arus air di kawasan tali air sedalam 1.2 meter pada waktu itu juga kelihatan tenang dan tidak timbul kesukaran untuk mencari mangsa.

Namun menurutnya, Mohd Fahmi tidak dapat diselamatkan dan anaknya itu dikebumikan pada jam 10 pagi semalam di Tanah Perkuburan Masjid Sematang Gunung.

Selain itu, Nur Azalina berkata, Mohd Fahmi adalah seorang kanak-kanak yang gemar menonton televisyen terutama cerita kartun dan gemar bermain dengan abang serta kakaknya.

"Tiada perubahan yang ketara ditunjukkan selain berselera sewaktu makan dan pergi berjumpa dengan neneknya sebelum hari kejadian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Ubah masjid jadi pusat ilmu

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ubah masjid jadi pusat ilmu KUALA TERENGGANU – Kerajaan tidak pernah serik untuk melakukan kerja menaiktaraf masjid di kampung, tetapi jemaah masih berkurangan dan seolah-olah tidak berterima kasih atas pembangunan yang diberikan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, walaupun masjid dinaiktaraf, tetapi jumlah jemaah masih di takuk lama dan tidak memberangsangkan.

"Saya pun tidak pasti apa masalah sebenar yang dihadapi jemaah ini, kalau hendak dikatakan, masjid sempit, kerajaan telah besarkan kawasan solat, tok imam dan bilal pun ada disediakan, tetapi masih tidak ramai datang ke masjid.

"Orang ramai perlu mengubah institusi masjid menjadi sebuah pusat ilmu seperti yang berlaku di negara

Islam lain yang menggunakan sepenuhnya ruang yang ada di dalam masjid supaya orang ramai tampil dan berjemaah bersama-sama," katanya pada Program Kembali ke Masjid yang diadakan di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Kuala Nerus.

Menurutnya, tidak salah untuk menjadikan sesebuah masjid sebagai tempat belajar menjahit dan komputer, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka ke masjid untuk menghadiri kelas kemahiran yang diadakan.

Sementara itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seberang Bukit Tumbuh, Mohd Rosli Endut berkata, masjid kampung itu masih menjadi tumpuan ramai kerana pelbagai program agama diadakan kepada golongan wanita dan lelaki sepanjang minggu.

"Disebabkan kebanyakan penduduk di kampung ini adalah nelayan, mereka akan ke laut pada Sabtu, jadi, jemaah kurang, tetapi apabila waktu Maghrib dan Isyak, keadaan masjid menjadi ceria kerana mereka yang bekerja pada siang hari, akan ke masjid untuk berjemaah.

"Begitu juga ketika solat Jumaat, masih ramai jemaah yang datang dan tidak timbul isu, penduduk tidak mengimarahkan masjid," katanya.

Menurutnya, kos keseluruhan untuk membesarkan masjid itu lebih kurang RM120,000 kerana penduduk kian bertambah berikutan penduduk dari Kampung Serdang Baru turut menggunakan masjid sama.

Manakala, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Noor Aminuddin Mohamed Noor berkata, persepsi masyarakat hari ini perlu diubah kerana mereka menganggap solat berjemaah sebagai hukum sunat.

"Memang benar ia sunat, tetapi jika dikaji secara kasar, besar pahalanya kepada mereka yang mengerjakannya walaupun dikategorikan sebagai solat sunat dituntut.

"Persepsi sebegini perlu dibuang bagi mengimarahkan masjid dan sama-sama mengejar pahala yang dijanjikan Allah SWT sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah solat sendirian di rumah," katanya.

Menurutnya, keimanan seseorang itu juga memainkan peranan penting kerana sekiranya mereka mempunyai tahap iman yang tinggi, setiap manusia itu akan cuba mendapatkan seberapa banyak pahala yang dijanjikan tanpa mengira ia sunat atau wajib.

"Ini tidak, apabila sebut pasal sunat, ramai beranggapan perkara itu tidak perlu dititikberatkan sedangkan ia sebagai kelonggaran semata-mata," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Dakwah Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Abdul Aziz Muda, berkata, semua pihak atau jawatankuasa masjid perlu melakukan pelbagai aktiviti untuk orang ramai.

"Apabila banyak aktiviti agama dilakukan di masjid, secara tidak langsung, ramai jemaah akan datang tanpa mengira jauh atau dekat.

"Begitu juga mereka yang berada berhampiran masjid, perlu mengambil peluang ini untuk beramai-ramai ke masjid terutama pada waktu Maghrib dan Isyak sekiranya terlalu sibuk dengan kerja pada siang hari," katanya.

Menurutnya, banyak cara yang dapat dilaksanakan untuk mengimarahkan masjid, melalui perancangan tersusun pastinya aktiviti dapat dijalankan.

Gagal jelas cukai taksiran

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gagal jelas cukai taksiran KUANTAN - Seorang lelaki berusia 50an memberi alasan tidak mampu membayar cukai taksiran sebuah apartmen miliknya sejak 10 tahun lalu kerana tiada penghuni sehingga menyebabkannya mengalami kerugian.

Lelaki itu antara yang diburu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana bayaran cukai taksiran yang tertunggak mencecah RM10,399.90.

Ahli perniagaan itu memberitahu penguat kuasa MPK bahawa apartmennya di sebuah pusat peranginan di bandar ini tidak mendapat sambutan menyebabkan dia tidak mampu membayar cukai taksiran.

Paling merugikan, dia juga perlu menjelaskan kos pengurusan apartmen tersebut setiap bulan walaupun tiada penyewa.

"Bukan saya tidak mahu bayar tetapi apartmen yang dibeli dengan harga RM170,000 itu tidak dapat menarik pengunjung untuk menyewanya.

"Saya menanggung kerugian yang banyak dan berhasrat untuk menjualnya kepada sesiapa yang berminat," katanya kepada penguat kuasa MPK ketika Operasi Tunggakan Cukai Taksiran di sini, semalam.

Dalam operasi itu, lelaki tersebut membuat bayaran melalui cek sebanyak RM3,000 bagi mengelak harta di rumahnya di Kampung Tengah disita.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, MPK telah memberikan notis operasi supaya menjelaskan tunggakan kepada ahli perniagaan terbabit pada Mac lalu tetapi gagal berbuat demikian.

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan itu, sebanyak 32 lokasi dikenal pasti membabitkan nilai tunggakan berjumlah RM40,000.

"Lokasi yang dikenal pasti dalam operasi ini adalah mereka yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam tempoh dua tahun ke atas.

"Kebanyakan pemilik premis atau rumah liat menjelaskan tunggakan sehingga memaksa MPK melakukan operasi menyita harta," katanya.

Antara kawasan tersebut adalah Indera Mahkota, Air Putih, Sungai Isap, Taman Mahkota Aman dan Bukit Setongkol.

Mayat tertiarap bawah pokok

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mayat tertiarap bawah pokok KOTA BHARU – Penduduk terkejut apabila menemui mayat lelaki tertiarap di bawah pokok selepas dipercayai menggantung diri di kawasan semak Kampung Lundang dekat sini, petang kelmarin.

Mayat lelaki tidak dikenali berusia 30-an itu ditemui Wan Salleh Wan Mahmood, 64, yang melalui kawasan itu untuk mencari lembu miliknya kira-kira jam 4.30 petang.

Wan Salleh berkata, dia kemudian memaklumkannya kepada penduduk bagi melaporkan kepada polis.

"Saya tidak selalu melalui kawasan semak itu, secara kebetulan saya ke situ untuk mencari lembu dan melihat mayat manusia berada di bawah pokok," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis segera ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan selepas menerima panggilan penghulu kampung.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian, lelaki terbabit berada di bawah pokok dan sudah meninggal dunia.

"Hasil siasatan di kawasan berkenaan, pasukan kita menemui tali yang tergantung pada dahan sebatang pokok," katanya.

Azham berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengenal pasti punca menyebabkan lelaki terbabit mati.

Katanya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinar Harian difahamkan lelaki berasal dari Pulau Langkawi, Kedah, itu bertindak menggantung diri sebelum ditemui mati, bagaimanapun ketika mayat ditemui, tali yang digunakan itu terputus.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukimi sasar kukuh jenama

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sukimi sasar kukuh jenama Sebuah syarikat bumiputera, Sukimi Lube Sdn Bhd, menaja pasukan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia, Yamaha CKJ Sukimi Racing kini giat menyusun strategi menambah kegia-tan promosi untuk mengukuhkan imej dan memperkenalkan jenama minyak pelincirnya, Sukimi.

Sukimi Lube turut terlibat menaja Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (EIMA) Ketiga di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak dari 1 hingga 2 Julai ini, sudah membuktikan penglibatannya dalam Pameran Inovasi Industri Kecil dan Sederhana (Smidex) 2011, awal bulan ini.

Selain itu, antara faktor meyakinkan syarikat berkenaan untuk me�ngo�rak langkah dalam promosi dan penjenamaannya pada masa hada-pan adalah menerusi sambutan pengunjung dan peningkatan penyertaan dari kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara menerusi pameran kali ke-14 itu.

Selain itu, sepanjang pameran ramai ejen jualan dan pengedar dalam dan luar negara menunjukkan minat untuk bergabung tenaga dan meyakini kemampuan Sukimi Lube dalam menghasilkan produk, teknologi dan perkhidmatan untuk pasaran berkaitan.

Sukimi juga adalah syarikat pengeluar minyak pelincir bumiputera yang menyertai Smidex 2011.

Syarikat itu tidak ketinggalan memaparkan motosikal pasukan tajaannya, Yamaha CKJ Sukimi Racing yang kini beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia.

RSIB sasar 10 kedai ikan segar

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

RSIB sasar 10 kedai ikan segar Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) berhasrat membuka Sekinchan Ikan Segar menjelang awal Julai ini dengan sasaran permulaan 10 cawangan sekitar Lembah Klang.

Pengasas dan pemiliknya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, idea membuka kedai itu tercetus ekoran berlakunya masalah kekurangan beka-lan ikan di pasaran di mana jualan di RSIB terjejas dan mengalami sedikit kerugian.

Menurutnya, berikutan masalah berkenaan RSIB mendapatkan permit daripada kerajaan untuk mengimport ikan dari luar negara bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi di pasaran.

"Kini, bekalan ikan kami 100 peratus diimport dari Indonesia dan Thailand. Dengan bekalan itu, kami akan menjual ikan dengan harga lebih murah dari pasaran luar negara dan menawarkan ikan lebih segar.

"Sebagai permulaan, kami akan membuka gerai menjual ikan di empat cawangan RSIB; Centrum Setiawangsa, Bandar Mahkota Cheras, Gombak dan Kajang," katanya pada pelancaran cawangan baru RSIB di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Jamal berkata, RSIB memperuntukkan RM2 juta untuk membuka 10 cawangan Sekinchan Ikan Segar dengan jangkaan bekalan ikan 30 hingga 50 tan sehari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dilema tempat letak kereta

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dilema tempat letak kereta

JOHOR BAHRU - Kakitangan Jabatan Kastam Negeri berada dalam dilema apabila mereka tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di dalam Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) di sini.

Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar kakitangan jabatan itu berdepan dengan masalah disaman pihak berkuasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan terdedah kepada risiko kereta dipecah oleh penjenayah kerana terpaksa meletakkan kenderaan di luar bangunan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Pegawai Kastam Johor, Ibrahim Ahmad berkata, arahan mengenai larangan meletakkan kenderaan di dalam CIQ itu dikeluarkan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Rabu lalu.

"Surat yang dikeluarkan itu menyatakan bahawa semua kenderaan hak milik persendirian kakitangan jabatan pengguna Bangunan Sultan Iskandar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di dalam kompleks berkenaan dan hanya kenderaan rasmi berpelekat jabatan sahaja dibenarkan masuk.

"Arahan itu dikeluarkan dengan alasan kenderaan yang diletakkan dalam kompleks itu mengganggu dan menjejaskan operasi di laluan kereta, motosikal, laluan lori dan laluan import dan eksport," katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Rakyat masih percaya dengan BN

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rakyat masih percaya dengan BN WASHINGTON - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat percaya perjuangan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan tidak terjebak dengan perang psikologi pembangkang kononnya dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Itu perang psikologi mereka mulakan untuk membetulkan fikiran rakyat bahawa tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia main psikologi menang, sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan," katanya selepas melawat University Maryland di sini.

Muhyiddin yang berada di Washington bagi lawatan kerja empat hari bermula Ahad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata pembangkang boleh menawan 11 negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang boleh mendakwa mempunyai kemampuan untuk menang pada pilihan raya umum akan datang dan mendapat kerusi banyak tetapi membuat pilihan adalah rakyat.

"Mereka boleh kata mereka menang dalam pilihan raya umum dan dapat kerusi banyak tapi yang penting untuk BN teruskan agenda kita melalui janji dengan mereka yang berkaitan baik dalam bidang masyakarat, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Bagaimanpun, Muhyiddin mengingatkan adalah penting bagi BN meneruskan agenda demi kepentingan rakyat.

"Saya tahu cabaran bukan mudah. Pembangkang sudah ada cita-cita untuk tumbangkan kerajaan dan Putrajaya menjadi sasaran mereka. Bagaimanapun kita (BN) tidak boleh ambil mudah," katanya.

Muhyiddin berkata, Kit Siang sebenarnya bimbang BN sudah melangkah ke hadapan dengan transformasi politik dan ekonomi yang akan memberi impak besar. "Pembangkang juga semakin bimbang 'Road To Putrajaya' mereka terbantut, jadi mereka buat perang psikologi. Saya yakin rakyat tidak akan terjebak," katanya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesara polis rayu tambah pencen

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pesara polis rayu tambah pencen SHAH ALAM – Persatuan Bekas Polis Malaysia Selangor merayu kepada kerajaan supaya menambah antara 10 dan 20 peratus wang pencen kepada setiap pesara polis.

Presidennya, Yusop Abdul Majid berkata, pertambahan itu diperlukan bagi menampung sara hidup bekas anggota polis kebanyakan sudah tidak berupaya bekerja kerana uzur dan menghidap penyakit.

"Bekas polis merayu kepada kerajaan supaya beri perhatian kepada pesara polis dengan memberikan kenaikan pencen antara 10 hingga 20 peratus, bantulah kami," katanya ketika berucap sempena majlis Jamuan Makan Malam Sumbangsih Persatuan Bekas Polis Selangor di Shah Alam di sini, kelmarin.

Hadir sama, bekas Pengarah Muzik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan (B) Bakar Long.

Yusop berkata, bukan sahaja beliau dan ahli persatuan, tetapi semua pesara polis amat memerlukan sumbangan kerajaan, memandangkan perbelanjaan masa kini meningkat sama ada untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Menurutnya, setiap pesara polis memohon supaya kerajaan mempertimbangkan semula kadar bayaran wajar diberikan kepada mereka sebagai penambahan wang pencen.

Dalam ucapan itu, Yusop pada masa sama menyeru supaya ahli persatuan bersatu kerana setiap daripada mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Menurutnya, sumbangan penderma dialu-alukan sebagai usaha membantu ahli persatuan terutama daripada segi kebajikan.

Yusop ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis itu berkata, di samping memainkan peranan memperjuangkan hak warga emas, persatuan juga sedang berusaha penyelarasan aktiviti bagi melaksanakan aktiviti persatuan termasuk memudahkan penyelarasan bantuan daripada kerajaan.

Menurutnya, ahli persatuan akan berpindah ke bangunan baru di Taman Sri Andalas, Klang dalam tempoh terdekat.

Permindahan itu untuk membolehkan semua aktiviti dijalankan dengan lebih terancang dan ahli persatuan lebih selesa dan dapat berkumpuol untuk bertukar pandangan selain merangcang aktiviti yang boleh membantu pembangunan modal insan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SILENT MAJORITY vs VOCAL MINORITY

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Silent majority ~ majoriti senyap; vocal minority ~ minoriti vokal. Kedua-dua golongan ini wujud dalam masyarakat. Majoriti senyap adalah anggota masyarakat di dalam sesebuah negara mahupun kelompok yang tidak menzahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka lebih suka berdiam diri.

Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke-19. Ketika itu frasa majoriti senyap membawa maksud yang berbeza daripada sekarang. Pada ketika itu, majoriti senyap membawa maksud mereka yang telah meninggal dunia. Pada tahun 60an, frasa ini menjadi popular apabila Richard M. Nixon, Presiden Amerika yang ke-37, memuji rakyat Amerika yang tidak berdemonstrasi menentang peperangan Vietnam sebagai 'the great silent majority.'

Berbeza dengan majoriti senyap, kumpulan minoriti vokal pula lebih kecil. Sebagai kumpulan yang kecil, mereka lebih jelekit dan menonjolkan identiti yang tersendiri melalui jargon pertuturan dan paling menyerlah ialah penampilan fizikal melalui cara berpakaian. Kerana mereka kecil, mereka lebih sepakat dan lebih berbangga dengan kumpulan mereka.

Kumpulan-kumpulan minoriti bangsa seperti puak zionis di dalam bangsa Yahudi, kumpulan Ikhwanul Muslimin dalam agama Islam, kumpulan gay, lesbian, punk, malah kumpulan mat rempit dalam sesebuah masyarakat umum, atau kumpulan peminat-peminat sesuatu pasukan bolasepak seperti Manchester United adalah kumpulan minoriti. Parti-parti politik sama ada Umno, Pas, Dap dan lain-lain sebenarnya adalah kumpulan minoriti jika dijumlahkan ahli-ahlinya berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia. Sebagai kumpulan minoriti, mereka mudah berasa terancam kehilangan pengaruh. Untuk menunjuk kuat, mereka menjadi vokal. Akhirnya mereka menjadi minoriti vokal yang menarik perhatian majoriti senyap hingga mempengaruhi kumpulan itu untuk mendengar lalu menghormati aspirasi mereka.

Pengaruh media elektronik dan percetakan banyak digunakan oleh kumpulan minoriti hingga kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan gergasi, hebat dan berpengaruh. Ini menjadikan kumpulan majoriti senyap berasa kecil dan akhirnya akan akur kehendak kumpulan ini. Kalau apa yang diperjuangkan oleh minoriti vokal itu baik, ia amat menguntungkan keseluruhan masyarakat. Jika sebaliknya, seluruh masyarakat akan runtuh kerana dimanipulasi oleh sesebuah kumpulan minoriti.

Kumpulan majoriti senyap memang besar tetapi lemah. Mereka lemah kerana tidak sepakat dan sependirian. Kalaupun mereka punyai pandangan yang sama, oleh kerana mereka lebih suka berdiam diri, mereka mudah dipermainkan oleh kumpulan minoriti vokal. Tambahan pula, sikap suka tunggu dan lihat kumpulan majoriti senyap ini menjadikan mereka pasif dalam menghadapi apa jua ancaman meskipun mengetahui akan kesannya terhadap masa depan mereka sendiri.

Jika berdepan dengan senario di mana berlaku pertembungan mana-mana kumpulan minoriti vokal, kumpulan majoriti senyap lebih cenderung untuk menyokong mana-mana kumpulan minoriti yang lebih kuat. Ini adalah kerana mereka mahukan suasana yang stabil, kukuh dan selamat.

Menyokong minoriti yang lebih kuat itu bererti mereka boleh berehat daripada memikirkan apa yang diperjuangkan. Sama ada perjuangan sesuatu kumpulan minoriti itu betul ataupun salah, mereka tidak peduli. Yang penting, mereka memihak kepada kumpulan minoriti yang kuat supaya kumpulan itu menang dan mereka boleh bual hal-hal sendiri kembali serta menikmati kehidupan di dunia ini. Mereka tidak sukakan risiko.

Namun, sikap majoriti senyap inilah selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa. Sebaliknya kumpulan minoriti vokal, yang kerap mendakwa kumpulan mereka tertekan, sebenarnya kumpulan yang lebih menguasai majoriti senyap. Justeru itu, jangan hairan kalau kita lihat di mana-mana tempat dan sektor aktiviti kehidupan di dunia ini, kumpulan minoriti lebih mempengaruhi kumpulan majoriti.

Bagaimana pun, apakah menjadi minoriti yang vokal itu bagus? Apakah tidak, pandangan, perjuangan dan aspirasi sesebuah kumpulan minoriti itu menyusahkan kelompok majoriti? Pendek kata, apakah kelompok yang banyak perlu mengikut kelompok yang sedikit? Bukankah daripada segi logik akal, kumpulan kecil lebih mudah memasuki kumpulan yang besar, dan bukan sebaliknya?

Tetapi, realiti memungkinkan yang kecil menguasai yang besar dan bukan sebaliknya. Itulah yang selalunya terjadi. Namun, majoriti senyap tidak selamanya akan menyepi. Apabila mereka berasa penat melayani kerenah minoriti vokal, majoriti senyap menjadi vokal. Ketika itu, apa-apa pun boleh terjadi.

Pergolakan di Timur Tengah adalah contoh pergolakan yang paling terkini, apa yang terjadi apabila majoriti senyap menjadi majoriti vokal!

Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesej kekeluargaan dari West End

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

"Tak mahu pergi lah." Jawab saya kepada pelawaan adik yang menawarkan tiket gratis untuk menonton teater muzikal, The Sound of Music (SOM), di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Bukan menolak rezeki, tetapi persembahan teater di dewan nan satu itu, untuk orang seperti saya yang hanya mampu membeli tiket paling murah, alamatnya wahana teater jadi hambar.

Kali terakhir saya mengunjungi dewan itu Mei tahun lepas, tatkala menonton teater muzikal Amerika: West Side Story. Berbekal tiket paling murah, mesej persembahan kurang sampai di hati, yang ada hanya bunyi-bunyi di telinga. Untuk mencari ekspresi wajah aktor, meneliti penggunaan pentas dan susunan transisi babak ke babak, saya terpaksa menjadi angsa – memanjangkan leher untuk mencari pentas, nun jauh di bawah. Kaki pula kebas dihimpit penghadang kayu di hadapan. Terkilan sungguh rasa hati. Namun bak kata orang putih, pengemis tidak boleh memilih.

"Tiket mahal ni, Kak Long. Penaja kasi bos, tapi bos tak sempat nak pergi. Nak ke tak nak? Tak nak adik jual." Agak tersentap nada si bongsu apabila saya menolak rezeki. Tiket paling mahal? Boleh nampak seluruh pentas dari dekat? Masuk melalui pintu 1 atau 2? Tak sakit kaki? Saya suka. Baiklah saya mengaku: lebih dari suka sebenarnya, amat teruja sekali! Cepat-cepat saya bersetuju untuk dihambat mimpi-mimpi seni muzik yang bakal didendangkan oleh ahli keluarga Kapten von Trapp.

Karya ulung hasil kombinasi dua anak seni Eropah – Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II – ini telah menjadi antara persembahan muzikal paling laris di West End, London. Berusia 52 tahun, SOM kali ini mengembara jauh ke metropolis Kuala Lumpur, selama enam hari untuk menyampaikan persembahan muzikal berorientasikan nilai kekeluargaan yang kukuh, juga peranan muzik sebagai santapan rohani kemanusiaan.

Tirai persembahan dibuka di Nomberg Abbey, Austria sekitar tahun 1938, di mana watak utama yang sedang duduk santai di atas dahan pokok, Maria Rainer, sedang mendendangkan lagu terbaik dari muzikal ini: The Sound of Music. Dalam harmoni vokal tahap hampir sempurna, lagu-lagu lain seperti, My Favorite Thing, I have Confidence, Do Re Mi, Edelweiss, Maria dan How Can Love Survive, telah disampaikan dengan penuh yakin oleh seantero pelakon berbakat SOM.

Maria, mendokong watak sebagai seorang postulant dalam SOM, telah dihantar untuk menjadi pengasuh sementara kepada enam orang anak Kapten Georg von Trapp, seorang pesara tentera laut Austria. Sejak kematian isterinya, Kapten von Trapp mendidik anak-anaknya menggunakan sistem ala ketenteraan tanpa memikirkan kesan psikologi sistem tersebut terhadap anak-anak beliau yang masih kecil.

Ketawa, muzik dan masa intim bersama keluarga telah lama hilang dalam hidup anak-anak yang dirudum kesedihan sejak kematian ibu mereka. Kehadiran Maria yang persuasif, riang dan tidak seperti pengasuh konvensional yang lain, telah menghembus nafas baru dalam kehidupan anak-anak Kapten von Trapp melalui muzik.

Apabila Kapten von Trapp pulang dari Vienna bersama tunang baru, Elsa Schraeder, dan seorang kawan, Max Detweiler, beliau amat marah kerana Maria telah menggubal cara baru menggantikan undang-undang ketenteraan berwisel yang telah lama dipraktikkan. Tetapi apabila mendengar anak-anaknya menyanyi, Maria telah berjaya menyedarkan Kapten von Trapp bahawa beliau perlu belajar untuk lebih mengenali dan menyayangi anak-anaknya. Maria yang tidak dapat menerima hakikat beliau sudah jatuh cinta dengan Kapten von Trapp, telah pulang semula di Nomberg Abbey. Tetapi Mother Abess menasihati Maria bahawa masalah perlu dihadapi. Titik penyelesaian tidak akan dapat dicari hanya dengan melarikan diri.

Cerita ini disimpul dengan tindakan Elsa memutuskan tali pertunangan, kerana tidak sanggup menggadai hidup mewah sekiranya menjadi isteri kepada Kapten von Trapp, yang tidak teragak-agak untuk menentang penjajahan nazi terhadap Austria. Akhirnya, ahli keluarga von Trapp bersembunyi di Nomberg Abbey sebelum merentas gunung untuk meninggalkan Austria buat selama-lamanya. Tetapi mereka, hingga ke akhir cerita, tetap bersama dalam sebuah keluarga.

Tiada apa yang hebat tentang set pentas SOM, kekuatan muzikal ini bergantung utuh kepada lakonan yang mantap dan garapan lagu-lagu popular. Namun, fikir saya, bukan sekadar gabungan muzik dan lakonan semata yang mendorong peminat teater dunia untuk menyaksikan persembahan ini di West End. Cerita yang berkisar atas plot utama tentang nilai kekeluargaan, dan subplot perihal kesetiaan dalam cinta semasa perang dunia kedua, telah meminjamkan harapan untuk kita yang hidup dalam zaman serba sinis ini. Kadang-kadang kita lupa nilai-nilai asas yang membentuk insani.

• Elviza juga seorang peguam yang mencintai kalam, kertas dan pentas teater.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar lelaki maut jatuh bangunan

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pelajar lelaki maut jatuh bangunan KAJANG – Selepas dipanggil guru disiplin atas dakwaan melanggar bahu seorang pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki tingkatan enam maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan lima tingkat sekolahnya di Jalan Lok Ti di sini, semalam.

Mangsa, Nge Hao Zheng, 18, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah, kira-kira jam 9 pagi.

Difahamkan, sebelum ditemui, mangsa dikatakan bertemu dengan guru disiplin sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Chan Kai Choon mendakwa, mangsa diminta untuk bertemu dengan guru disiplin selepas menerima aduan dari seorang pelajar perempuan yang mengatakan Hao Zheng melanggar bahunya.

Dakwa pengetua itu, pertemuan berkenaan hanya untuk mendapatkan gambaran sebenar berhubung dakwaan pelajar perempuan itu.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, beliau tiada di sekolah itu kerana menghadiri satu mesyuarat penting di Genting Highlands.

"Saya hanya mengetahui kejadian ini selepas dimaklumkan pihak sekolah," katanya yang enggan mengulas lanjut, ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, bapa Hao Zheng ketika ditemui berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian berkenaan.

Menurutnya, dia akan bertemu pihak sekolah untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Celcom rugi RM283 juta akibat pencuri logam

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Celcom rugi RM283 juta akibat pencuri logam KUALA LUMPUR - Seramai 256 individu diberkas dalam Ops Lusuh kerana disyaki terlibat mencuri logam melibatkan kerugian ratusan juta ringgit kepada syarikat telekomunikasi di negara ini.

Operasi terbabit dijalankan secara besar-besaran oleh polis bersama syarikat telekomunikasi, utiliti dan syarikat milik kerajaan (GLC) sejak Februari lalu bertujuan menangani masalah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, sepanjang operasi itu dijalankan sebanyak 4,972 premis menjual barangan lusuh diperiksa di seluruh negara.

Beliau berkata, siasatan mendapati kes curi logam yang digunakan untuk komponen kabel dan pemancar isyarat telekomunikasi adalah kes paling banyak dilaporkan terutamanya ketika harga pasaran tembaga melambung tinggi.

Menurutnya, harga pasaran bagi satu logam penerima isyarat bagi lingkungan jarak lima kilometer adalah antara RM50 dan RM200.

"Untuk tangani masalah ini dengan lebih berkesan, kita harap orang awam yang mempunyai maklumat berhubung premis-premis yang menjalankan pembelian logam secara salah dapat segera melaporkan perkara itu.

"Selain itu, polis turut bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Imigresen kerana terdapat premis yang dikenal pasti menggunakan khidmat pekerja-pekerja asing," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly di Menara Celcom, semalam.

Sementara itu, Shazalli berkata, disebabkan kecurian itu, syarikatnya terpaksa menanggung kerugian RM283 juta bagi tempoh tahun lalu.

Menurutnya, hampir 60 peratus pengguna talian Celcom turut mengalami gangguan, sehingga menukar talian untuk mendapatkan perkhidmatan lebih baik.

"Selain kerugian itu, terdapat kira-kira 6,000 kes pencerobohan talian membabitkan syarikat-syarikat telekomunikasi lain turut dilaporkan dalam sebulan.

"Bagi syarikat saya, terdapat sekurang-kurangnya lima kes pencerobohan talian dilaporkan berlaku dalam tempoh sehari," katanya.

Shazalli berkata, bagaimanapun setelah bekerjasama dengan polis melalui Ops Lusuh, beliau dapat melihat keberkesanan, bukan sahaja untuk tempoh masa pendek tetapi juga untuk jangka masa panjang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved