Rabu, 29 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nekad terjun cari anak lemas

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nekad terjun cari anak lemas ALOR JANGGUS - Seorang ibu kepada empat anak di Kampung Parit Buaya sanggup terjun ke tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk mencari anaknya yang terjatuh di situ.

Nur Azalina Ahmad, 39, ibu kepada mangsa lemas, Mohd Fahmi Kamarudin 5, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 petang kelmarin, sewaktu anak bongsunya sedang bermain basikal.

Menurutnya, sebelum ini Mohd Fahmi hanya bermain basikal di halaman rumah sahaja, namun kelmarin dia sendiri tidak tahu bagaimana anak bongsunya itu boleh pergi mengayuh basikal roda tiga sejauh 15 meter.

"Kebetulan jalan di kawasan kampung ini baru diturap Ahad lalu, mungkin itu yang membolehkan anak saya mengayuh basikal sehingga ke simpang jalan.

"Sebelum kejadian, dia sedang bermain bola dengan anak sulung saya, (Mohd Arif) manakala saya baru pulang dari sekolah melihat anak saya menyertai acara sukan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Nur Azalina berkata, sewaktu melihat Mohd Arif memasuki rumah dia berasa hairan kerana Mohd Fahmi tiada bersama anak sulungnya itu dan mula merasakan sesuatu perkara berlaku.

Menurutnya, Mohd Arif kemudiannya segera keluar rumah mencari adiknya di sekitar halaman dan kawasan tali air itu.

"Apabila sampai di tali air, kami ternampak kasut Mohd Fahmi terapung dan saya segera terjun untuk mencari mangsa.

"Namun, usaha saya dan Mohd Arif gagal, suami saya yang turut terjun ke tali air menjumpai anak saya berdekatan dengan basikal yang dinaiki," katanya.

Nur Azalina berkata, ketika ditemui, tubuh dan muka mangsa berubah menjadi kebiruan dan mereka segera membawanya ke Klinik Kesihatan Alor Janggus.

Katanya, keadaan arus air di kawasan tali air sedalam 1.2 meter pada waktu itu juga kelihatan tenang dan tidak timbul kesukaran untuk mencari mangsa.

Namun menurutnya, Mohd Fahmi tidak dapat diselamatkan dan anaknya itu dikebumikan pada jam 10 pagi semalam di Tanah Perkuburan Masjid Sematang Gunung.

Selain itu, Nur Azalina berkata, Mohd Fahmi adalah seorang kanak-kanak yang gemar menonton televisyen terutama cerita kartun dan gemar bermain dengan abang serta kakaknya.

"Tiada perubahan yang ketara ditunjukkan selain berselera sewaktu makan dan pergi berjumpa dengan neneknya sebelum hari kejadian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved