Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Pelajar lelaki maut jatuh bangunan Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT Pelajar lelaki maut
jatuh bangunan
KAJANG – Selepas dipanggil guru disiplin atas dakwaan melanggar bahu seorang pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki tingkatan enam maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan lima tingkat sekolahnya di Jalan Lok Ti di sini, semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Mangsa, Nge Hao Zheng, 18, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah, kira-kira jam 9 pagi. Difahamkan, sebelum ditemui, mangsa dikatakan bertemu dengan guru disiplin sekolah berkenaan. Pengetuanya, Chan Kai Choon mendakwa, mangsa diminta untuk bertemu dengan guru disiplin selepas menerima aduan dari seorang pelajar perempuan yang mengatakan Hao Zheng melanggar bahunya. Dakwa pengetua itu, pertemuan berkenaan hanya untuk mendapatkan gambaran sebenar berhubung dakwaan pelajar perempuan itu. Menurutnya, ketika kejadian berlaku, beliau tiada di sekolah itu kerana menghadiri satu mesyuarat penting di Genting Highlands. "Saya hanya mengetahui kejadian ini selepas dimaklumkan pihak sekolah," katanya yang enggan mengulas lanjut, ketika ditemui, semalam. Sementara itu, bapa Hao Zheng ketika ditemui berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian berkenaan. Menurutnya, dia akan bertemu pihak sekolah untuk mengetahui punca sebenar kejadian. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. |
Celcom rugi RM283 juta akibat pencuri logam Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT Celcom rugi RM283 juta akibat pencuri logam
KUALA LUMPUR - Seramai 256 individu diberkas dalam Ops Lusuh kerana disyaki terlibat mencuri logam melibatkan kerugian ratusan juta ringgit kepada syarikat telekomunikasi di negara ini.
Operasi terbabit dijalankan secara besar-besaran oleh polis bersama syarikat telekomunikasi, utiliti dan syarikat milik kerajaan (GLC) sejak Februari lalu bertujuan menangani masalah itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, sepanjang operasi itu dijalankan sebanyak 4,972 premis menjual barangan lusuh diperiksa di seluruh negara. Beliau berkata, siasatan mendapati kes curi logam yang digunakan untuk komponen kabel dan pemancar isyarat telekomunikasi adalah kes paling banyak dilaporkan terutamanya ketika harga pasaran tembaga melambung tinggi. Menurutnya, harga pasaran bagi satu logam penerima isyarat bagi lingkungan jarak lima kilometer adalah antara RM50 dan RM200. "Untuk tangani masalah ini dengan lebih berkesan, kita harap orang awam yang mempunyai maklumat berhubung premis-premis yang menjalankan pembelian logam secara salah dapat segera melaporkan perkara itu. "Selain itu, polis turut bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Imigresen kerana terdapat premis yang dikenal pasti menggunakan khidmat pekerja-pekerja asing," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly di Menara Celcom, semalam. Sementara itu, Shazalli berkata, disebabkan kecurian itu, syarikatnya terpaksa menanggung kerugian RM283 juta bagi tempoh tahun lalu. Menurutnya, hampir 60 peratus pengguna talian Celcom turut mengalami gangguan, sehingga menukar talian untuk mendapatkan perkhidmatan lebih baik. "Selain kerugian itu, terdapat kira-kira 6,000 kes pencerobohan talian membabitkan syarikat-syarikat telekomunikasi lain turut dilaporkan dalam sebulan. "Bagi syarikat saya, terdapat sekurang-kurangnya lima kes pencerobohan talian dilaporkan berlaku dalam tempoh sehari," katanya. Shazalli berkata, bagaimanapun setelah bekerjasama dengan polis melalui Ops Lusuh, beliau dapat melihat keberkesanan, bukan sahaja untuk tempoh masa pendek tetapi juga untuk jangka masa panjang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan