Rabu, 29 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rakyat masih percaya dengan BN

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rakyat masih percaya dengan BN WASHINGTON - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat percaya perjuangan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan tidak terjebak dengan perang psikologi pembangkang kononnya dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Itu perang psikologi mereka mulakan untuk membetulkan fikiran rakyat bahawa tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia main psikologi menang, sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan," katanya selepas melawat University Maryland di sini.

Muhyiddin yang berada di Washington bagi lawatan kerja empat hari bermula Ahad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata pembangkang boleh menawan 11 negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang boleh mendakwa mempunyai kemampuan untuk menang pada pilihan raya umum akan datang dan mendapat kerusi banyak tetapi membuat pilihan adalah rakyat.

"Mereka boleh kata mereka menang dalam pilihan raya umum dan dapat kerusi banyak tapi yang penting untuk BN teruskan agenda kita melalui janji dengan mereka yang berkaitan baik dalam bidang masyakarat, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Bagaimanpun, Muhyiddin mengingatkan adalah penting bagi BN meneruskan agenda demi kepentingan rakyat.

"Saya tahu cabaran bukan mudah. Pembangkang sudah ada cita-cita untuk tumbangkan kerajaan dan Putrajaya menjadi sasaran mereka. Bagaimanapun kita (BN) tidak boleh ambil mudah," katanya.

Muhyiddin berkata, Kit Siang sebenarnya bimbang BN sudah melangkah ke hadapan dengan transformasi politik dan ekonomi yang akan memberi impak besar. "Pembangkang juga semakin bimbang 'Road To Putrajaya' mereka terbantut, jadi mereka buat perang psikologi. Saya yakin rakyat tidak akan terjebak," katanya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesara polis rayu tambah pencen

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pesara polis rayu tambah pencen SHAH ALAM – Persatuan Bekas Polis Malaysia Selangor merayu kepada kerajaan supaya menambah antara 10 dan 20 peratus wang pencen kepada setiap pesara polis.

Presidennya, Yusop Abdul Majid berkata, pertambahan itu diperlukan bagi menampung sara hidup bekas anggota polis kebanyakan sudah tidak berupaya bekerja kerana uzur dan menghidap penyakit.

"Bekas polis merayu kepada kerajaan supaya beri perhatian kepada pesara polis dengan memberikan kenaikan pencen antara 10 hingga 20 peratus, bantulah kami," katanya ketika berucap sempena majlis Jamuan Makan Malam Sumbangsih Persatuan Bekas Polis Selangor di Shah Alam di sini, kelmarin.

Hadir sama, bekas Pengarah Muzik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan (B) Bakar Long.

Yusop berkata, bukan sahaja beliau dan ahli persatuan, tetapi semua pesara polis amat memerlukan sumbangan kerajaan, memandangkan perbelanjaan masa kini meningkat sama ada untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Menurutnya, setiap pesara polis memohon supaya kerajaan mempertimbangkan semula kadar bayaran wajar diberikan kepada mereka sebagai penambahan wang pencen.

Dalam ucapan itu, Yusop pada masa sama menyeru supaya ahli persatuan bersatu kerana setiap daripada mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Menurutnya, sumbangan penderma dialu-alukan sebagai usaha membantu ahli persatuan terutama daripada segi kebajikan.

Yusop ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis itu berkata, di samping memainkan peranan memperjuangkan hak warga emas, persatuan juga sedang berusaha penyelarasan aktiviti bagi melaksanakan aktiviti persatuan termasuk memudahkan penyelarasan bantuan daripada kerajaan.

Menurutnya, ahli persatuan akan berpindah ke bangunan baru di Taman Sri Andalas, Klang dalam tempoh terdekat.

Permindahan itu untuk membolehkan semua aktiviti dijalankan dengan lebih terancang dan ahli persatuan lebih selesa dan dapat berkumpuol untuk bertukar pandangan selain merangcang aktiviti yang boleh membantu pembangunan modal insan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved