SH |
Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT Gagal jelas cukai taksiran
KUANTAN - Seorang lelaki berusia 50an memberi alasan tidak mampu membayar cukai taksiran sebuah apartmen miliknya sejak 10 tahun lalu kerana tiada penghuni sehingga menyebabkannya mengalami kerugian.
Lelaki itu antara yang diburu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana bayaran cukai taksiran yang tertunggak mencecah RM10,399.90. Ahli perniagaan itu memberitahu penguat kuasa MPK bahawa apartmennya di sebuah pusat peranginan di bandar ini tidak mendapat sambutan menyebabkan dia tidak mampu membayar cukai taksiran. Paling merugikan, dia juga perlu menjelaskan kos pengurusan apartmen tersebut setiap bulan walaupun tiada penyewa. "Bukan saya tidak mahu bayar tetapi apartmen yang dibeli dengan harga RM170,000 itu tidak dapat menarik pengunjung untuk menyewanya. "Saya menanggung kerugian yang banyak dan berhasrat untuk menjualnya kepada sesiapa yang berminat," katanya kepada penguat kuasa MPK ketika Operasi Tunggakan Cukai Taksiran di sini, semalam. Dalam operasi itu, lelaki tersebut membuat bayaran melalui cek sebanyak RM3,000 bagi mengelak harta di rumahnya di Kampung Tengah disita. Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, MPK telah memberikan notis operasi supaya menjelaskan tunggakan kepada ahli perniagaan terbabit pada Mac lalu tetapi gagal berbuat demikian. Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan itu, sebanyak 32 lokasi dikenal pasti membabitkan nilai tunggakan berjumlah RM40,000. "Lokasi yang dikenal pasti dalam operasi ini adalah mereka yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam tempoh dua tahun ke atas. "Kebanyakan pemilik premis atau rumah liat menjelaskan tunggakan sehingga memaksa MPK melakukan operasi menyita harta," katanya. Antara kawasan tersebut adalah Indera Mahkota, Air Putih, Sungai Isap, Taman Mahkota Aman dan Bukit Setongkol. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan