Rabu, 29 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ubah masjid jadi pusat ilmu

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ubah masjid jadi pusat ilmu KUALA TERENGGANU – Kerajaan tidak pernah serik untuk melakukan kerja menaiktaraf masjid di kampung, tetapi jemaah masih berkurangan dan seolah-olah tidak berterima kasih atas pembangunan yang diberikan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, walaupun masjid dinaiktaraf, tetapi jumlah jemaah masih di takuk lama dan tidak memberangsangkan.

"Saya pun tidak pasti apa masalah sebenar yang dihadapi jemaah ini, kalau hendak dikatakan, masjid sempit, kerajaan telah besarkan kawasan solat, tok imam dan bilal pun ada disediakan, tetapi masih tidak ramai datang ke masjid.

"Orang ramai perlu mengubah institusi masjid menjadi sebuah pusat ilmu seperti yang berlaku di negara

Islam lain yang menggunakan sepenuhnya ruang yang ada di dalam masjid supaya orang ramai tampil dan berjemaah bersama-sama," katanya pada Program Kembali ke Masjid yang diadakan di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Kuala Nerus.

Menurutnya, tidak salah untuk menjadikan sesebuah masjid sebagai tempat belajar menjahit dan komputer, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka ke masjid untuk menghadiri kelas kemahiran yang diadakan.

Sementara itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seberang Bukit Tumbuh, Mohd Rosli Endut berkata, masjid kampung itu masih menjadi tumpuan ramai kerana pelbagai program agama diadakan kepada golongan wanita dan lelaki sepanjang minggu.

"Disebabkan kebanyakan penduduk di kampung ini adalah nelayan, mereka akan ke laut pada Sabtu, jadi, jemaah kurang, tetapi apabila waktu Maghrib dan Isyak, keadaan masjid menjadi ceria kerana mereka yang bekerja pada siang hari, akan ke masjid untuk berjemaah.

"Begitu juga ketika solat Jumaat, masih ramai jemaah yang datang dan tidak timbul isu, penduduk tidak mengimarahkan masjid," katanya.

Menurutnya, kos keseluruhan untuk membesarkan masjid itu lebih kurang RM120,000 kerana penduduk kian bertambah berikutan penduduk dari Kampung Serdang Baru turut menggunakan masjid sama.

Manakala, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Noor Aminuddin Mohamed Noor berkata, persepsi masyarakat hari ini perlu diubah kerana mereka menganggap solat berjemaah sebagai hukum sunat.

"Memang benar ia sunat, tetapi jika dikaji secara kasar, besar pahalanya kepada mereka yang mengerjakannya walaupun dikategorikan sebagai solat sunat dituntut.

"Persepsi sebegini perlu dibuang bagi mengimarahkan masjid dan sama-sama mengejar pahala yang dijanjikan Allah SWT sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah solat sendirian di rumah," katanya.

Menurutnya, keimanan seseorang itu juga memainkan peranan penting kerana sekiranya mereka mempunyai tahap iman yang tinggi, setiap manusia itu akan cuba mendapatkan seberapa banyak pahala yang dijanjikan tanpa mengira ia sunat atau wajib.

"Ini tidak, apabila sebut pasal sunat, ramai beranggapan perkara itu tidak perlu dititikberatkan sedangkan ia sebagai kelonggaran semata-mata," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Dakwah Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Abdul Aziz Muda, berkata, semua pihak atau jawatankuasa masjid perlu melakukan pelbagai aktiviti untuk orang ramai.

"Apabila banyak aktiviti agama dilakukan di masjid, secara tidak langsung, ramai jemaah akan datang tanpa mengira jauh atau dekat.

"Begitu juga mereka yang berada berhampiran masjid, perlu mengambil peluang ini untuk beramai-ramai ke masjid terutama pada waktu Maghrib dan Isyak sekiranya terlalu sibuk dengan kerja pada siang hari," katanya.

Menurutnya, banyak cara yang dapat dilaksanakan untuk mengimarahkan masjid, melalui perancangan tersusun pastinya aktiviti dapat dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved