Sinar Harian :: Suara Cakna |
Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT WikiLeaks akan berkubur? Assange berkata, WikiLeaks masih memerlukan AS$3.5 juta (RM11 juta) bagi meneruskan operasinya untuk tahun akan datang. Syarikat kad kredit, Visa dan MasterCard berhenti menyalurkan dana kepada WikiLeaks pada Disember tahun lalu. selepas AS mengkritik tindakan WikiLeaks membocorkan ribuan maklumat sulit diplomatik yang diperoleh daripada kedutaan negara itu di seluruh dunia. Dalam tempoh 24 jam sebelum sekatan tersebut, WikiLeaks mendakwa mereka ada menerima dana berjumlah AS$135,000 (RM422,000) tetapi secara purata kini mereka hanya memperoleh AS$9,700 (RM30,300) sebulan. Assange menyatakan tidak ada alasan yang sah di sisi undang-undang berhubung sekatan tersebut kerana WikiLeaks sendiri telah memberi pulangan hasil sebanyak 95 peratus kepada syarikat itu sebelum ini. |
Bayi dua minggu ditemui masih hidup Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT Bayi dua minggu ditemui masih hidup
Bayi dua minggu ditemui masih hidup
ERCIS - Ia adalah satu keajaiban selepas bayi perempuan berumur dua minggu yang terperangkap selama 48 jam ditemui masih hidup di bawah runtuhan dan berjaya diselamatkan, semalam selepas usaha untuk menyelamatkan lebih ramai mangsa diteruskan pada hari ketiga. Sehingga kini, angka korban gempa berkekuatan 7.2 skala Richter yang melanda timur Turki, Ahad lalu telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 366 orang dan lebih 1,300 dilaporkan cedera. Pasukan keselamatan terdiri daripada 3,000 anggota bersama 12 anjing pengesan masih meneruskan usaha menggali untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat di bawah runtuhan lebih 2,260 buah bangunan di sekitar daerah Van berhampiran sempadan Iran itu. Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 25 mangsa tertimbus berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan di bandar Ecris, iaitu kawasan paling teruk terjejas selepas bencana tersebut. Sementara itu, puluhan ribu orang terpaksa berlindung di bawah khemah dan di di dalam kereta kerana khuatir dengan gempa susulan yang dilaporkan beberapa kali menggegar negara tersebut sejak Ahad lalu sehingga ia mencetuskan panik terhadap penduduk. Agensi kajian gempa bumi tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 213 gempa susulan direkodkan setakat ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |