Selasa, 25 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


MAHB gigih tingkat pendapatan

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

MAHB gigih tingkat pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu pada masa hadapan.

Pen Menurutnya, penggunaan dana di mana peruntukan asal perbelanjaan mengurus 2010 adalah sebanyak RM138.28 bilion, namun ditambah sebanyak RM10.78 bilion menjadikan keseluruhannya RM149.06. gerusi MAHB, Tan Sri Dr Aris Othman berkata, pihaknya merancang mempelbagaikan sektor ekonomi pengendali operasi lapangan terbang itu antaranya seperti membangunkan tanah kosong miliknya.

"Hotel Pan Pacific di KLIA ini pun adalah salah satu bisnes kami, jadi bagi masa depan kami mahu membangunkan tanah milik kami untuk meningkatkan pendapatan kami, mungkin dengan membina cawangan kilang, bilik pameran atau taman hiburan.

"Sememangnya kami mempunyai rancangan membangunkan kawasan tanah milik MAHB," katanya selepas majlis penyerahan anugerah Khidmat Setiap Warga Kerja Malaysia Airports di Sepang.

Seramai 286 warga kerja Malaysia Airports yang telah berkhidmat selama 25 tahun dengan MAHB menerima anugerah khidmat setia pada majlis tersebut dan mereka terdiri daripada 102 orang bertugas di Semenanjung Malaysia, 86 di Sabah dan 98 di Sarawak.

Menurutnya, MAHB yang juga pengendali operasi 39 lapangan terbang di Malaysia, menjangka akan memulakan operasi memajukan tanah milik mereka dalam masa tiga tahun lagi.

Sementara itu, Aris berkata, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru atau KLIA 2 yang akan mula beroperasi pada Oktober 2012, kini 40 peratus telah siap.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia naik lima kedudukan

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Malaysia naik lima kedudukan Kedudukan Malaysia meningkat lima anak tangga ke tempat ke-18 dalam Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia 2012, di hadapan banyak negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Switzerland.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, laporan itu adalah hasil usaha dan inisiatif kerajaan meningkatkan sistem serahan perkhidmatan awam.

"Kedudukan dunia itu menunjukkan langkah pembaharuan dilaksanakan kerajaan mulai membuahkan hasil," katanya yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Untuk Memudahkan Perniagaan (Pemudah).

Mohd Sidek berkata, sejak 24 bulan lalu, pelbagai perubahan dilaksanakan dalam agensi sektor awam bagi memudahkan prosedur dan meningkatkan ketelusan dan keefisienan.

Bagaimanapun, katanya sektor swasta sendiri juga perlu mengambil langkah bagi memudahkan prosedur dan mengurangkan birokrasi yang tidak perlu bagi meningkatkan keefisienan perniagaan.

"Hanya apabila semua ini dilaksanakan barulah pembaharuan lebih meluas kerajaan bagi memudahkan dan menjadikan sistem serahan lebih efisien di Malaysia dapat di zahirkan sepenuhnya," katanya.

Mohd Sidek berkata, Laporan Bank Dunia itu menonjolkan daya usaha yang diambil Malaysia di dalam memperkenalkan fail elektronik di dalam mahkamah, menubuhkan mahkamah awam dan komersil khusus di Kuala Lumpur, dan menggabungkan pendaftaran syarikat, percukaian, keselamatan sosial dan kumpulan wang simpanan pada satu pusat sehenti bagi perniagaan yang baharu bermula.

Katanya, negara ini juga dikatakan salah satu daripada 24 negara yang menubuhkan jawatankuasa kawal atur pembaharuan yang melaporkan secara langsung kepada perdana menteri atau presiden.

"Antara negara Asia lain yang diberikan kedudukan di hadapan Malaysia di dalam laporan itu ialah Singapura yang menduduki tempat pertama, Hong Kong dan China yang berkongsi tempat ke-dua, Korea Selatan pada tempat kelapan dan Thailand (kedudukan ke-17)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved