Selasa, 25 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terima hak milik tanah

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Terima hak milik tanah KULAIJAYA - Seramai 231 generasi kedua Felda Bukit Batu, di sini, tersenyum ceria selepas menerima surat hak milik tapak kediaman masing-masing yang dimohon sejak kira-kira lapan tahun lalu.

Majlis penyerahan surat hak milik itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Balai Raya Felda Bukit Batu, semalam.

Daripada jumlah keseluruhan, seramai 18 permohonan kedua generasi kedua masih dalam proses kelulusan dan dijangka turut mengikut jejak langkah penerima lain dalam tempoh terdekat.

Abdul Ghani berkata, seluas 40 hektar tanah di Felda berkenaan diperuntukkan untuk diagih-agihkan kepada semua penerima dan Kerajaan Negeri sendiri menyumbang RM200,000 untuk proses kerja pembukaan tanah.

"Usaha mendapatkan hak milik tapak kediaman untuk generasi kedua di Felda ini sudah dirangka dan dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

"Pada April lalu, penyerahan Notis 5A dibuat kepada penduduk dan hari ini pula, surat hak milik generasi kedua diserahkan secara langsung. Setiap penerima dijangka menerima 7,000 kaki persegi keluasan tapak kediaman," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan, di sini.

Selain itu katanya, seluruh masyarakat Felda diseru supaya tidak menghiraukan sebarang perkara negatif yang disampaikan segelintir pihak, sebaliknya terus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan.

"Langkah kerajaan mendapatkan tapak kediaman buat generasi kedua Felda termasuklah di Bukit Batu jelas menggambarkan konsep gagasan 1Malaysia di mana rakyat sentiasa didahulukan.

"Soal mengambil berat kebajikan peneroka bukanlah satu perkara baru kerana hal ini sudah lama. Akan tetapi, pada masa kini, sudah tiba masyarakat Felda mengorak langkah membawa Felda melalui proses revolusi," katanya.

Dalam ucapan sama, katanya, PRU akan datang merupakan sangat penting dari segi makna kerana jelas kelihatan terdapat pihak mahu membuat perubahan drastik ke atas negara secara keseluruhan sekiranya mendapat kuasa.

"Dalam PRU lalu, kita menang dan masih mengecap kejayaan, tetapi berlaku perubahan ketara di seluruh negeri termasuklah Johor.

"Bagaimanapun, masyarakat perlu sedar setiap hujah kata dicanangkan pembangkang hanyalah sekadar muslihat untuk meraih sokongan di semua peringkat. Saya berharap masyarakat sedar akan hal ini dan cabaran yang bakal dihadapi," katanya

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil; Pengerusi Jawa�tankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kese�nian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md Ariff; Ketua Umno Bahagian Kulaijaya, Datuk Adam Abdul Hamid; Adun Bukit Batu, Chong Chin Liang dan Adun Bukit Permai, Kamaruzzaman Ali.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved