Selasa, 25 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Sindiket dadah tumpas

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sindiket dadah tumpas IPOH – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah jenis heroin dan syabu di sekitar Daerah Kinta (Ipoh, Batu Gajah dan Kampar) setelah memberkas lapan lelaki dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil serbuan di Jelapang Tambahan, Taman Silibin Mewah, Tanjung Rambutan dan Taman Meru Impiana itu, polis berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 8.002 kg, syabu (1.129kg), syabu cecair (30 liter), ketamin (108gm) dan pil Psikotorik (21gm).

Menurutnya, beberapa barangan lain seperti tiga kereta, sebuah lori, tiga motosikal, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, barang kemas, seutas jam tangan serta wang tunai berjumlah RM32,131 turut disita.

"Secara keseluruhan, nilai harta yang disita setakat ini, dianggarkan bernilai RM37 ribu sementara harga pasaran dadah yang dirampas bernilai RM550 ribu.

"Semua suspek yang berusia antara 26 dan 36 tahun itu kini ditahan reman sehingga 29 Oktober depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A,Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Noor Rashid berkata, serbuan itu telah dirancang sejak beberapa bulan lalu hasil risikan serta maklumat daripada orang ramai.

Katanya, sindiket berkenaan didapati tiada hubung kait dengan sindiket luar, bagaimanapun, siasatan lebih lanjut akan dilakukan.

Sementara itu, Noor Rashid turut menghargai segala usaha daripada orang ramai yang menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya kelapan-lapan lelaki tersebut dan seterusnya bakal melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar lembah Kinta.

"Inilah sikap yang kita mahu daripada orang ramai. Jangan takut untuk berikan maklumat-maklumat kepada kita jika mengesyaki wujudnya aktiviti-aktiviti pengedaran dadah di kawasan mereka.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved