Selasa, 25 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

7,930 kanak-kanak tadika khatam al-Quran

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

7,930 kanak-kanak tadika khatam al-Quran KUALA TERENGGANU - Seramai 7,930 kanak-kanak tadika yang mengikuti pendidikan awal di institusi kelolaan Kerajaan Negeri dan Pusat di negeri ini khatam al-Quran pada Program Pintar Al-Quran di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan terhadap pembangunan pendidikan kanak-kanak pra sekolah terutamanya ke arah melahirkan pembentukan awal generasi celik al-Quran.

Menurutnya, pelbagai program penerapan Islam dirancang dan dilaksanakan dengan strategik supaya proses tarbiah dapat dihayati dengan baik, seterusnya mampu menjana kepimpinan Muslim bertaraf global dan membina tamadun Islam yang gemilang pada masa akan datang.

"Kita amat bertuah apabila jumlah penyertaan pada tahun ini bertambah sebanyak 1,684 peserta berbanding tahun lalu dan ini membuktikan kesedaran masyarakat terutamanya ibu bapa semakin meningkat dalam usaha mendidik anak-anak mengikut Islam.

"Malah daripada jumlah yang khatam hari ini (kelmarin) seramai 332 kanak-kanak berjaya hafaz Surah Yasin manakala 176 lagi mampu menghafaz surah itu bersama terjemahannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat dan Pengarah YIT, Md Kamaru Al Amin Ismail.

Sementara itu, Ahmad berkata, program yang diadakan itu sebahagian daripada agenda merakyatkan pembangunan seiring dengan usaha menjadikan negeri ini sebagai 'anjung ilmu' yang akan dilakukan berterusan malah akan terus ditingkatkan dari masa ke masa.

Katanya, sejak ia dilancarkan Kerajaan Negeri pada 2006, seramai 24,445 kanak-kanak telah menerima Sijil Khatam al-Quran melalui Program Pintar al-Quran ini.

Difahamkan peserta khatam yang menyertai program itu menggabungkan pelajar tadika empat jabatan iaitu YIT (1,780), Jabatan Kemajuan Masyarakat (2,375), Jabatan Pelajaran Negeri (3,525) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (250).

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved