Khamis, 22 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Serangan Libya tamat 90 hari lagi

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Serangan Libya tamat 90 hari lagi

BRUSSELS - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengumumkan, semalam, pasukan itu yakin dapat menamatkan operasi ketenteraan di Libya dalam tempoh 90 hari lagi.

Namun, komander operasi Nato di Libya, Leftenan Jeneral Charles Bouchard berkata, misi ketenteraan di negara Afrika Utara itu akan diteruskan jika terdapat ancaman kepada orang awam, kenyataan penuh kepura-puraan dan hanya menguntungkan negara Barat yang cuba menguasai simpanan minyak di Libya.

Negara anggota Nato, kelmarin, bersetuju melanjutkan operasi di Libya yang sepatutnya tamat, 27 September ini, iaitu lanjutan kedua sejak operasi itu bermula, 31 Mac lalu.

Dua dipenjara isu rasuah Sukan SEA

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua dipenjara isu rasuah Sukan SEA

JAKARTA - Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman ke atas dua individu yang didakwa terlibat dengan rasuah berkaitan penganjuran Sukan Asia Tenggara (SEA) di negara itu.

Broker saham, Mindo Rosalina Manulang dan pengarah pemasaran, Muhammad El Idris dijatuhi hukuman penjara dua tahun setiap seorang dan didenda AS$22,600 (RM71,200).

Mereka disabit bersalah kerana memberi suapan kira-kira AS$375,000 (RM1.2 juta) dalam bentuk cek kepada Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Wafid Muharman untuk mendapatkan tender bagi membina perkampungan atlit di Palembang.

Wafid dijangka turut menerima hukuman mahkamah tidak lama lagi.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

‘Jangan campur tangan’

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

'Jangan campur tangan' ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencampuri urusan parti lain, dan menjaga hal parti mereka sahaja.

"Saya masih mampu tadbir Kedah dan rasanya tidak perlu digantikan buat masa ini," katanya, mengulas cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, supaya Azizan digantikan dengan anggota Exco, Datuk Amiruddin Hamzah ekoran kesihatannya terjejas kebelakangan ini.

Mengulas kenyataan Mukhriz yang mencadangkan golongan profesional menggantikan Menteri Besar sedia ada, Azizan berkata, apa yang dimaksudkan oleh Mukhriz kurang jelas terutama aspek profesional yang dibangkitkan beliau.

"Saya tak profesional ka? Apa Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar) sahaja profesional? Apakah yang dimaksudkannya? Saya mampu urus Kedah lebih baik berbanding kerajaan BN sebelum ini, dan ini membuktikan saya profesional dalam menjalankan tugas," katanya.

Azizan turut membuat perbandingan antara pengurusan Kerajaan Negeri sekarang dengan terdahulu dan menyifatkan kerajaan sekarang lebih bijak mentadbir.

"Dulu Kerajaan Pusat bagi dana, Kerajaan Negeri sebelum ini tak buat apa pun. Saya pula gunakan dana Kerajaan Negeri untuk bangunkan negeri. Contohnya, BN bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) guna duit Pusat. Saya bagi Majlis Keselamatan Kampung (MKK) guna duit negeri," katanya.

» selanjutnya...

PKNS masih urus tiga aset

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

PKNS masih urus tiga aset

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih lagi terlibat secara langsung dalam pengurusan tiga asetnya iaitu Kompleks PKNS, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall.

Pengurus Korporatnya, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, tajuk muka hadapan 'Kompleks PKNS dijual? akhbar ini pada Selasa lalu adalah tidak tepat dan menimbulkan spekulasi tidak sihat dalam kalangan rakyat negeri ini serta boleh menimbulkan salah faham tentang aktiviti Real Estate Investment Truet (Reit) di negara ini.

Noor Hisham menegaskan, kesemua aset itu kini terlibat dalam proses transformasi penjanaan pendapatan menerusi pelaburan Reit menerusi kerjasama strategik PKNS dan Amanah Raya Real Estate Investment Trust (Arreit).

"PKNS masih lagi terlibat dalam pengurusan tiga bangunan tersebut dan segala kebajikan peniaga khususnya bumiputera tetap terpelihara dan menjadi keutamaan PKNS. Transformasi ini sebenarnya menguntungkan dan memberi banyak faedah kepada semua pihak.

"Kita (PKNS) sentiasa menjaga kepentingan peniaga terbabit dan memberi jaminan kadar sewa baru selepas ini adalah berpatutan dan tidak membebankan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan kekeliruan ramai pihak berhubung status tiga aset utama anak syarikat Kerajaan Negeri itu yang terlibat dalam proses tranformasi menerusi pelaburan Reit tersebut.

Sinar Harian pada Rabu menerusi laporan muka hadapannya telah menyiarkan penjelasan pengurusan PKNS menerusi Noor Hisham berhubung status aset terbabit selepas timbul dakwaan kesemua aset terbabit telah diambil alih Arreit.

Mengulas mengenai pelaburan Reit, Noor Hisham berkata, kerjasama PKNS dan Amanah Raya untuk adalah untuk mempertingkatkan keuntungan aset sedia ada yang bernilai RM4 bilion, kepada jumlah yang lebih besar.

"Premis perniagaan PKNS sekarang nampak usang, peniaga juga selalu merungut perniagaan tidak untung. Menerusi pelaburan sebegini, kita akan mengubah suai bangunan dan mewujudkan kadar sewa baru yang berpatutan, sekaligus membolehkan penyewa, pengunjung dan PKNS itu sendiri memperolehi keuntungan," katanya.

Noorhisham menjelaskan, proses sama juga diamalkan oleh kebanyakan syarikat pemaju termasuklah Kumpulan Sunway, YTL, Quill dan beberapa syarikat ternama lain.

"Malah, sebagai GLC (anak syarikat Kerajaan Negeri), kita adalah yang pertama menggunakan kaeadah ini. Transformasi sebegini sebenranya memberi banyak faedah kepada semua pihak.

"Kita mempunyai tiga bangunan yang bernilai RM200 juta, kita akan suntik ke dalam Amanah Raya dan akhirnya kita akan pegang 30 peratus pemegang saham dalam Amanah Raya," katanya.

Menurutnya, selain tiga bangunan PKNS, Amanah Raya mempunyai 15 bangunan dan oleh kerana PKNS merupakan salah seorang pemegang saham, PKNS kini boleh memiliki 30 peratus saham terhadap keseluruhan 18 bangunan terbabit.

"Pelaburan ini juga membolehkan kita memiliki bangunan lain seperti Selayang Mall, Hotel Holiday Villa, Bangunan CIMB, Jalan Sambathan dan Bangunan Amanah Raya," katanya.

Mengenai tuntutan peniaga khususnya di Kompleks PKNS Shah Alam agar, kadar sewa baru mulai Januari 2012 tidak membebankan mereka, Noor Hisham berkata, maklum balas tersebut akan diberi perhatian sewajarnya.

"Seperti dinyatakan, kita akan pastikan kebajikan dan kepentingan mereka dipelihara. Kita beri jaminan, kadar sewa baru itu nanti adalah berpatutan dan tidak membebankan," katanya.

Ugut guna pedang kerana gadis

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ugut guna pedang kerana gadis KUALA TERENGGANU - Gara-gara berebut kasih sayang seorang gadis, seorang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah di daerah ini bertindak berani dengan mengugut seorang lelaki menggunakan sebilah pedang dalam satu kejadian di Lorong Panji Alam, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek, 16, berasal dari Kampung Batu Burok, di sini, bersama seorang lagi rakannya bertemu dengan mangsa, 19, kononnya untuk menyelesaikan masalah peribadi berkaitan gadis berkenaan.

Difahamkan, suspek 'naik angin' selepas berlaku sedikit pertengkaran mulut di antara mereka, lalu tanpa berfikir panjang, suspek terus mengambil pedang yang dibawanya dan mengacukannya kepada mangsa yang ketika itu turut ditemani rakannya.

Terkejut dengan tindakan suspek yang seolah-olah dirasuk itu, mangsa bersama rakannya terus melarikan diri dan bimbang keselamatannya terancam, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu pada hari kejadian.

Mengetahui dirinya kini diburu, suspek kemudian mengambil keputusan menyerah diri kepada polis dengan ditemani bapanya pada petang kelmarin, manakala rakannya yang turut bersama semasa kejadian masih diburu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya lagi, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan kini suspek direman selama tiga hari bermula semalam.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Mangsa hubungi biras malam kejadian pembunuhan

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mangsa hubungi biras malam kejadian pembunuhan

SHAH ALAM - Seorang biras kepada Noorhisham Mohamad, seorang mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mangsa telah menghubunginya pada malam pembunuhan itu.

Penolong Eksekutif Felda Palm Industry, Jefri Hamdan, berkata beliau berada di rumahnya ketika Noorhisham menghubunginya melalui telefon bimbit pada 10 malam 30 Ogos 2010.

Bagaimanapun, beliau hanya dapat bercakap "helo, helo, helo Hisham" namun tiada jawapan selepas itu.

Jefri, 40, memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam N.Pathmanabhan bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh kesemua mangsa di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Jefri, saksi pendakwaan ke-45, berkata ketika Noorhisham menghubunginya, beliau terdengar seperti bunyi angin dalam sebuah kereta yang sedang bergerak.

Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Noorhisham kerana isterinya adalah adik kepada isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangat, 39.

Jefri berkata beliau telah berjumpa dengan pegawai penyiasat ASP Ishak Mohd pada 3.10 petang 12 Sept tahun lepas untuk memberi keterangan berhubung kejadian pembunuhan itu selain mengenai butir-butir diri mangsa.

Ketika diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Ederis Zainuddin untuk menceritakan apa yang berlaku, Jefri berkata beliau tidak menghubungi Noorhisham kembali dan Noorhisham tidak menghubunginya semula dan beliau menganggap mangsa tiada sebarang perkara penting untuk bercakap dengannya.

Jefri juga memberitahu mahkamah sewaktu beliau mengambil anak-anaknya yang berada di rumah Noorhisham, isteri mangsa mengatakan bahawa Noorhisham tiada di rumah kerana bekerja, dan untuk itu rancangan mereka untuk berbuka puasa bersama-sama terpaksa dibatalkan.

"Sepatutnya pada 31 Ogos tahun lalu, kami berbuka puasa di luar dengan membawa anak-anak saya dan anak-anaknya tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung esok. - Bernama

Saya tidak sabar untuk kembali berlumba - Azizulhasni

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Saya tidak sabar untuk kembali berlumba - Azizulhasni

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang kini bersedia untuk kembali beraksi dalam acara kegemarannya selepas berehat panjang akibat kecederaan betis kiri.

"Saya sebenarnya memang sudah tidak sabar untuk berlumba sebab sudah lama saya rehat. Bagaimanapun, sekarang ini saya perlu beri tumpuan kepada latihan terlebih dahulu.

"Saya kena tunggu Siri Piala Dunia yang pertama (selepas pulih dari kecederaan) untuk lihat sejauhmana prestasi saya setakat ini," katanya ketika ditemui pada perjumpaan Hari Raya Kayuhan Amal Tabung Leukemia Yayasan Sime Darby di sini, hari ini.

Mohd Azizulhasni, 23, sebelum ini menjalani rawatan pemulihan selama lima bulan di Institut Sukan Negara (ISN) ekoran kecederaan betis kirinya akibat tertusuk serpihan kayu sepanjang 20cm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, England pada 19 Feb tahun ini.

Julai lepas, beliau kembali menyambung latihan dengan ketua jurulatih berbasikal kebangsaan John Beasley di Melbourne, Australia.

"Hasil daripada sesi latihan yang konsisten itu, saya rasa prestasi saya bertambah meningkat walaupun tidak secergas dulu. Saya perlu menjalani 'base training' yang agak panjang juga kerana saya memulakan latihan agak lewat daripada rakan-rakan yang lain akibat kecederaan.

"Masa di Australia, saya banyak buat conditioning di gimnasium, buat kayuhan jarak jauh dan kini baru memulakan latihan di trek," kata Olahragawan Kebangsaan 2010 itu.

Sebagai usaha untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012, beliau akan menyertai empat Siri Berbasikal Trek Piala Dunia UCI dan Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2012 di Melbourne, Australia pada 4 hingga 8 April depan.

Keupayaan Mohd Azizulhasni akan mula diuji pada Siri Berbasikal Trek Piala Dunia UCI di Astana, Kazakhstan pada 4 hingga 6 Nov ini diikuti dengan siri yang sama di Cali, Colombia (1-3 Dis), Beijing, China (20-22 Jan) dan London, England (17-19 Feb).

Katanya penyertaan pertama di Astana itu akan digunakan untuk mengenalpasti kekurangan dari segi prestasi dan mutu persembahan.

"Saya tidak letak apa-apa sasaran pada Kejohanan Piala Dunia di Astana. Dari situ, kami (Azizulhasni dan jurulatih) akan perbaiki kekurangan untuk siri Kejohanan Piala Dunia yang berikutnya dan juga Kejohanan Berbasikal Dunia," kata pelumba yang berasal dari Dungun, Terengganu itu.

Mohd Azizulhasni dan beberapa pelumba elit yang lain kini berada di ibu negara untuk menyertai Kayuhan Amal Tabung Leukemia Yayasan Sime Darby yang akan berlangsung Sabtu ini di Dataran Putrajaya.

Selain pelumba elit trek dan lebuh raya, kayuhan amal itu turut disertai pelumba pelapis, kelab berbasikal, badan kerajaan, korporat dan individu.

Mereka yang berminat menyertai kayuhan amal itu boleh melayari www.yayasansimedarby.com untuk memuat turun borang penyertaan dan setiap penyertaan dikenakan yuran RM50, yang akan disalurkan kepada Tabung Leukemia Yayasan Sime Darby untuk membantu pesakit yang memerlukan.

Peserta boleh memilih jarak kayuhan yang mereka ingin sertai iaitu 3.3km, 7.7km, 38.5km atau 100.5km yang melibatkan laluan di beberapa pekan kecil dalam daerah Sepang, Nilai dan Putrajaya. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

KPDNKK Cameron Highlands bawah Pahang

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

KPDNKK Cameron Highlands bawah Pahang KUANTAN - Semua urusan berkaitan bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di daerah Cameron Highlands kini diserahkan di bawah penyeliaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang berkuat kuasa 15 September lalu.

Pengarah PPDNKK Pahang, Mohd A Aruwan Abdul Aziz berkata, sejak tahun 1974, semua urusan berkaitan bidang kuasa agensi itu di daerah tersebut berada di bawah PPDNKK Perak melalui pejabatnya di Tapah.

Menurutnya, mengambil kira perkembangan semasa dan kemajuan perhubungan negara hari ini, sudah tiba masanya PPDNKK Pahang mengambil alih kuasa penyeliaan urusan berkaitan agensi itu di Cameron Highlands dan diletakkan di bawah tanggungjawab PPDNKK cawangan Raub.

"Mulai tarikh itu, orang ramai (warga Cameron Highlands) yang mempunyai urusan dengan PPDNKK perlu ke pejabat cawangan kami di Raub dan bukan lagi di Tapah.

"Bagaimanapun, bagi kes-kes tuntutan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) orang ramai boleh membuat pilihan sama ada mendengar kes mereka di Ipoh atau Kuantan bergantung kepada kesesuaian jarak dan sebagainya," katanya.

Mohd A Aruwan berkata demikian dalam sidang medianya selepas menerima penyerahan kuasa itu daripada Pengarah PPDNKK Perak, Mohd Hilmi Mohd Noor sempena Hari Kesedaran Pengguna di pejabatnya di Jalan Gambut di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak banyak perubahan yang dilakukan setakat ini kecuali perubahan gerak kerja daripada pejabat di Tapah kepada pejabat di Raub.

"Jika dahulu, pegawai dari pejabat cawangan Tapah akan naik ke Cameron Highlands untuk mengambil fail-fail berkaitan urusan KPDNKK untuk tindakan seterusnya bagaimanapun mulai sekarang, tugas itu diambil alih oleh pegawai dari pejabat cawangan Raub," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun kes-kes lama yang dikendalikan pejabat di Tapah dan Ipoh kekal di bawah tanggungjawab PPDNKK Perak manakala kes baru akan mula diuruskan sendiri PPDNKK Pahang.

"Sebagai langkah awal, kita minta pejabat cawangan Raub membuka kaunter bergerak di sana selama dua hari untuk memudahkan orang ramai membuat urusan berkaitan.

"Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan namun kita jangka akan diadakan dalam masa yang terdekat," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, tiada keperluan kepada penambahan pegawai di Raub walaupun berlaku penambahan kawasan penyeliaan.

"Orang ramai yang mempunyai urusan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan ini boleh menghubungi talian 1-800-886-800 atau 09-3554000," katanya.

Sementara itu, Mohd Helmi juga berkata, kajian berhubung penyerahan kuasa itu bermula sejak Ogos tahun lalu.

Menurutnya, satu kajian lengkap dijalankan dan hasilnya dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk kelulusan.

"Cadangan ini diterima dan dilihat kena pada masanya untuk penyerahan kuasa berkaitan KPDNKK di Cameron Highlands kepada PPDNKK Pahang," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, Cameron Highlands tidak mempunyai isu yang serius termasuk masalah bekalan dan sebagainya.

Tidak sempat jamah sarapan

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tidak sempat jamah sarapan KOTA BHARU- Hasrat dua beranak menjamah sarapan terbantut apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Baung semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.00 pagi itu bukan sahaja memusnahkan rumah kayu peninggalan keluarga, malah dua motosikal dan sebuah kereta kancil hangus dalam kejadian itu.

Mangsa Zahara Abu Bakar 63, berkata kebakaran hanya disedarinya selepas melihat kepulan asap dari dapur rumah.

"Ketika itu saya dan anak saya, Masitah Mohammad 19 yang ketika sedang menikmati sarapan pagi.

"Melihat kepulan asap itu, saya terus memberitahu anak saya yang kemudian menyuruh kakaknya Siti Asiah 24, yang ketika itu sedang berehat di ruang tamu membawa saya keluar dari rumah," katanya.

Zahara berkata, ketika kejadian berlaku dia dan dua anaknya sahaja yang berada dalam rumah, manakala suaminya Mohamad Ibrahim, 64, tiada kerana keluar bekerja.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Saipu Bahari Mat Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.25 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Menurutnya, seramai 21 anggota dari dua buah balai iaitu Pengkalan Chepa dan Kota Bharu bersama lima jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja-kerja pemadaman dan menyelamat.

Saipu berkata, kebakaran ini melibatkan sebuah rumah kayu dan motosikal dan Perodua Kancil.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM160,000. Punca sebenar kebakaran ini masih disiasat," katanya.

PR akhirnya setuju

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

PR akhirnya setuju KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat akhirnya bersetuju menyertai jawatankuasa terpilih parlimen bersama dengan kerajaan untuk pembaharuan pilihan raya negara ini.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedia menghantar wakil daripada setiap parti komponen PR untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

"Kita akan minta wakil tersebut membawa mandat rakyat yang dicetuskan oleh Bersih 2.0 untuk mengadakan proses (pembaharuan) pilihan raya yang bersih.

"Ini kerana kita berharap jawatankuasa ini bukan helah untuk melambatkan pembaharuan dan pilihan raya diadakan sebelum jawatankuasa ini bertindak," katanya dalam kepada pemberita d:i sini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sehingga kini belum mendapat sebarang maklumat mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen 3 Oktober depan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka dengan memberi kerjasama penuh untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

"Kita beri peluang kepada kerajaan sama ada ini hanya taktik atau mereka benar-benar serius atau sebaliknya untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya.

Selain itu, beliau turut mengulas rundingan kerusi antara parti komponen PR untuk pilihan raya umum akan datang yang mana setiap negeri diminta mencadangkan nama calon untuk diserahkan kepada peringkat Pusat sehingga akhir bulan ini.

"Tidak benar dakwaan bahawa rundingan (kerusi) gagal kerana perbezaan pendapat sering berlaku dan ini akan ditangani oleh parti di setiap negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafar Ali berkata, sebahagian negeri telah mengemukakan nama kepada peringkat Pusat.

"Insya-Allah cadangan mengenai nama tersebut akan selesai dalam tempoh yang kita ditetapkan.

"Sekiranya ada pertindihan nama, Pusat akan menyelesaikan perkara tersebut," katanya.

Twitter PDRM salur maklumat terkini

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Twitter PDRM salur maklumat terkini KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan laman Twitter rasminya semalam sebagai pendekatan terkini seiring perkembangan teknologi maklumat.

Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sempena sambutan ulang tahun pertama Facebook PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Ismail berkata, kedua-dua laman sosial itu sebagai medium untuk polis berkongsi maklumat terkini bersama masyarakat.

Menurutnya, pihaknya berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada polis mela-lui Facebook dan Twitter dilancarkan itu.

"Melalui Facebook dan Twitter, polis dapat merapatkan jurang komunikasi dua hala dengan orang awam melalui komen, tindak balas, idea dan kritikan.

"Ini bertujuan mempertingkatkan prestasi PDRM," katanya.

Facebook PDRM kini mempunyai pengikut mencecah 85,000 orang dan sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Menurutnya, beliau berharap pada masa akan datang polis dapat menghasilkan kejayaan melalui kedua-dua laman sosial tersebut hasil maklumat orang ramai.

Katanya, ia dapat mewujudkan pandangan positif masyarakat terhadap PDRM.

"Ia sebagai platform bagi menunjukkan PDRM serius meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Twitter PDRM akan menjadi medium untuk polis menghebahkan berita mengenai kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan PDRM.

"Di samping itu, laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama ketika waktu puncak di laluan utama seluruh negara akan di 'tweet' di dalam Twitter PDRM," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ibu nekad selamat 2 anak

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ibu nekad selamat 2 anak JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah bertindak nekad menyelamatkan dua anaknya sebelum dua perompak melarikan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Grandis termasuk pelbagai barangan milik mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi kelmarin, wanita berusia 39 tahun sedang menghantar dua anaknya berumur lima dan empat tahun ke sebuah tadika di Taman Delima 2, di sini.

Menurutnya, semasa wanita itu menurunkan kedua-dua anaknya di hadapan tadika berkenaan, sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki empat lelaki menghampiri kenderaan mangsa.

"Suspek yang bersenjatakan dua bilah parang kemudiannya meluru ke arah mangsa dan bertindak mengambil barangan berharga termasuk dokumen peribadi, kad bank serta barangan milik kanak-kanak terbabit.

"Selepas menerima maklumat seperti yang dilaporkan, pihak polis menggerakkan satu tindakan secara bersepadu dan berjaya mengesan kesemua suspek kira-kira 25 minit kemudiannya," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Beliau berkata, dua suspek menaiki kereta milik mangsa dikesan di Lebuhraya Kempas menghala ke Johor Bahru oleh dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan menggunakan kereta peronda polis (MPV).

"Setelah menyedari kehadiran polis, suspek kemudiannya bertindak memecut laju dan memandu secara berbahaya sehingga melanggar beberapa kenderaan lain semasa dikejar oleh lima MPV yang datang membantu," katanya.

Katanya, suspek yang berumur 28 dan 29 tahun itu memberhentikan kenderaan ketika berada di jalan mati di Taman Setia Indah, di sini dan cuba melarikan diri dengan bersembunyi di kawasan belukar berhampiran, tetapi berjaya diberkas polis kira-kira jam 9.50 pagi.

Hasil siasatan awal, polis menemui semula kenderaan milik mangsa, tiga beg dan pakaian seragam sekolah anaknya termasuk kunci rumah.

Turut ditemui adalah dua bilah parang yang dipercayai digunakan suspek.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan semakan mendapati suspek adalah individu dikehendaki selain mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Polis kini sedang giat menjalankan gerakan bagi mengesan dua lagi rakan suspek yang masih lagi bebas," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan bersenjata), dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Peluang terakhir untuk puasa enam

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

HARI ini 24 Syawal 1432, atau hari raya ke-24. Bagi mereka yang belum sempat melakukan puasa enam walau sehari pun, masih ada peluang sehingga raya terakhir Rabu depan 28 September, untuk mendapat ganjaran seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

Tetapi ada syarat: dalam masa enam hari dari sekarang pastikan anda tidak tergelincir walau sehari pun untuk melakukan puasa sunat Syawal. Ertinya, iman anda mesti ekstra kuat, tidak lut dengan sebarang dugaan.

Saya mengagumi kawan-kawan – terutama wanita – yang memulakan puasa sunat itu pada raya kedua, terus menerus hingga raya ketujuh. Bagi kaum Hawa mereka perlu menyegerakan amalan tersebut sebab bimbang akan datang hari dan musim semula jadi yang mengharamkan puasa.

Nasib baik kaum Adam, baik muda atau tua, tidak dilanda musim merah itu. Kalau tidak tentu semakin sukar orang lelaki hendak menggenapkan bilangan enam hari yang ganjarannya amat lumayan itu.

Tidak kira Adam atau Hawa patut sekali mereka dijadikan contoh sebab amalan puasa ketika raya baru bermula. Iman mereka kuat, nafsu mereka didisiplinkan ketat sekali. Kalau tidak mana mungkin mereka dapat mengawal selera ketika aroma rendang tok masih memenuhi setiap ruang.

Ada pandangan sesetengah pihak bahawa sekiranya ada tetamu berkunjung ke rumah pada hari raya, keutamaan ialah melayan tetamu tersebut. Kalau kita berpuasa enam, maka diberatkan berbuka untuk sama-sama makan minum dengan tetamu. Ertinya, meraikan tetamu lebih diutamakan dari puasa sunat.

Itulah yang setiap tahun saya jadikan alasan untuk tidak melakukan puasa di awal Aidilfitri. Nasib baik ada pandangan begitu, sekurang-kurangnya tidaklah saya berasa malu untuk menikmati ketupat, lemang, rendang, sate dan lain-lain makanan lazat yang dihidangkan secara mewah sepanjang tiga empat hari pertama Syawal.

Secara peribadi, sebenarnya lebih sukar melakukan puasa enam daripada puasa wajib 30 hari sepanjang Ramadan. Hakikatnya ialah bulan puasa semua orang tidak makan siang. Tidak ada roti canai, nasi kandar, kurma kambing, teh tarik atau sirap bandung. Sebab itu godaan tidak banyak.

Tetapi berpuasa di musim raya, terlalu banyak dugaan tekak. Tidak tergamak menahan selera pada ketika teman-teman sepejabat tidak habis-habis menghidangkan juadah raya secara 'pot luck'.

Di luar pejabat, dugaan tekak lebih hebat. Selain ketupat dan lemang sebagai pencabar tradisional, ada beraneka hidangan moden – sate rusa, kambing salai berempah, ayam tanduri, nasi beriani gam, sup ekor, roti bom, roti nan, popia, kek buah, pai apel, jus kurma, dan lain-lain – yang dihidangkan pada rumah-rumah terbuka.

Di Kuala Lumpur saya menerima dua atau tiga undangan rumah terbuka setiap hari daripada kementerian dan agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan kawan-kawan. Pada Sabtu dan Ahad sentiasa ada undangan rumah terbuka dari pagi hingga lewat malam.

Itu tidak termasuk undangan ke majlis dan keramaian lain yang turut diadakan pada musim raya, seperti kenduri kahwin, majlis bertunang, tahlil orang pergi Mekah, doa selamat anak hendak ke luar negara, kekah kambing cucu genap tujuh hari, dan lain-lain acara makan yang semuanya diadakan pada waktu siang.

Dalam waktu yang sama ada juga 'geng' yang setelah sebulan menahan selera, kini berhasrat untuk melepas gian, dan mempelawa makan nasi kandar kari kepala ikan bawal di Jalan Tunku Abdul Rahman. Maka serta-merta tawaran tersebut diterima tanpa banyak soal.

Sama ada undangan rumah terbuka, kenduri kahwin, atau tawaran nasi kandar, semuanya dipenuhi atas semangat hendak menjaga hati kawan, dan itu dengan sendirinya mempersulit untuk melakukan puasa enam.

Dalam keadaan yang serba mencabar itu, saya berjaya melakukan empat hari puasa sunat Syawal, tinggal lagi dua hari. Sepatutnya tinggal sehari, kalau tidak kerana lepat pisang yang dihidangkan dalam satu mesyuarat pagi semalam.

Tipisnya iman! Begitu pun saya mencuba sedaya upaya untuk tidak berbuka, daun pembungkus lepat itu kelihatan begitu menawan. Kalau pembungkus sudah menawan, isinya tentu 100 kali lebih menawan. Maka puasa saya kekal empat hari.

Harap-harap hari ini, dan esok tidak ada cendol, karipap sardin atau rojak mamak yang cuba menggoda. Sebab saya berazam tahun ini jumlah sunat enam hari itu hendak disempurnakan sebelum hujung Syawal, Insya-Allah.

ISA: Kenangan silam dan masa depan

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kenalan lama yang juga seorang penulis tidak segan silu mengandaikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA ibarat golekan bola ke pintu gol pembangkang. Sebaik bola yang disepak hampir melintasi garisan gawang lawan, penjaga gol sudah pun terkapai-kapai memberikan isyarat 'tewas'.

Sepakan ke gawang gol pada minit-minit terakhir oleh ketua pasukan, Datuk Seri Najib Razak menjelang perlawanan akhir piala PRU edisi ke-13 sudah menampakkan petanda jelas betapa kemenangan akan, tanpa diragui, memihak kepada Perdana Menteri dan pasukannya, Barisan Nasional.

Biar apa pun yang difikir dan diulas, kenalan ini yang kadangkala menyokong pihak lawan seperti sesetengah rakyat Malaysia lain menerima berita pemansuhan ISA ini sebagai satu berita baik.

Ia adalah satu kejutan. Tak ada sesiapa yang dapat meramalkan, tak ada pihak yang menjangka dan tidak mustahil pemimpin Bersih yang pernah satu ketika dahulu menganjurkan perhimpunan haram bermodalkan penghapusan ISA ini juga menggerakkan kening mereka ke atas sebaik mendengar kenyataan yang boleh ditafsirkan 'buah cempedak menjadi nangka'.

Bagi mereka selagi ISA wujud, maka selagi itulah ia kekal menjadi agenda utama mereka dalam usaha menghasut rakyat dan sekali gus mengambil peranan sebagai tukang sorak pembangkang.

Keberanian Najib dilihat sebagai watak baru, dan malah bersifat 'transformatif' sejak memikul tanggungjawab sebagai teraju utama negara. Perbandingan segera dibuat sekiranya tokoh terdahulu juga seberani Najib. Lalu ada yang berani bertaruh bahawa keberanian Najib adalah kerana keikhlasannya mahu menjadi ubat kepada permasalahan rakyat dan bukannya menjadi kacang hantu politik.

Memang terlalu awal untuk sesiapa saja berjenaka ataupun menjulang piala kemenangan namun pengumuman itu sudah cukup memberi kesan. Impaknya tentulah kepada pembangkang yang ibarat kehilangan modal untuk menjinakkan hati rakyat.

Kalau selama ini, mereka menjaja isu ini macam jual ikan di pasar, kini si ikan seolah-olah telah melompat kembali ke dalam laut. Apa yang tinggal untuk dimakan ialah ikan lama yang telah dikeringkan atau dijadikan pekasam dan tidak ketinggalan budu (dibaca modal lama yang sering dikitar semula).

Pemansuhan ISA yang digubal pada tahun 1948 serta melalui beberapa pindaan dalam tempoh 60 tahun memperlihatkan kesungguhan kerajaan mendahulukan rakyat. Atau dengan kata lain, Najib membuka telinga mendengar rintihan rakyat. Aduan mereka walaupun kadangkala cuba ditutup oleh pihak tertentu namun seperti kata pepatah 'sekilas ikan sudah diketahui jantan betina', tapi bukannya ikan lompat-lompat pembangkang.

Pembangkang melihatnya sebagai perjuangan mereka berhasil. Sambil tidak menafikan sedikit sebanyak perjuangan menentang ISA, secara kebetulan, membuahkan hasil, perjuangan rakyat secara demokratik melalui pintu rundingan, usul dari Umno di peringkat akar umbi serta buah fikiran para cendikiawan di pusat-pusat pengajian tinggi harus diberi puji-pujian.

ISA banyak merakamkan sejarah pahit maung kepada golongan wartawan dan penulis, termasuk penerbit. Jika hendak diperhaluskan, ia memerlukan kajian berkajang-kajang dan senarai berjela mereka yang menjadi penghuni kem tahanan Kamunting, Perak sejak undang-undang tersebut diperkenalkan.

Allahyarham Halim Mahmood, pengarang akhbar Watan meringkuk lama dalam tahanan kerana dituduh bersubahat dengan anasir komunis. Tuduhan itu tentulah melucukan kerana Halim adalah wartawan dan penulis yang kebetulan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah ketika berlaku pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1981. Tun Musa Hitam yang memenangi jawatan itu dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam negeri. ISA adalah di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri. Selain daripada Halim, pemilik Pustaka Antara, Datuk Aziz Ahmad, sahabat baik Tunku Abdul Rahman dan penyokong kuat Umno sejak tahun 1940-an lagi, juga di ISA. Datuk Aziz ialah penerbit akhbar Watan ketika itu.

Ketika mereka ditahan, saya sedang menuntut di Amerika Syarikat. Wartawan Utusan Malaysia, Rosli Ismail (kini pemilik Agenda Daily) menelefon meminta saya tidak balik kerana katanya," Tadi King Ghaz cakap, kalau hang balik kerajaan nak tangkap hang." King Ghaz atau Tan Sri Ghazali Shafie adalah Menteri Dalam Negeri ketika itu. Berita itu tentu menakutkan dan untuk rekod bagi tempoh masa tertentu, fikiran saya terganggu dengan berita berkenaan.

Itu waktu saya menjadi wartawan. Kemudian apabila menjadi penerbit akhbar Mingguan Waktu (dan beberapa penerbitan lain), lesen penerbitan ditamatkan KDN secara mendadak. Kes kami bunyi macam filem wayang. Tajuk isu pertama 'Mahathir Diktator' akhbar Mingguan Waktu itu telah mengundang kemarahan bukan kepalang Majlis Tertinggi Umno. Perbincangan yang dipengerusikan Tun Mahathir seperti memberi signal. Beberapa hari kemudian DS Anwar Ibrahim memanggil saya ke rumah mengenai perkara ini, keesokannya kami menerima surat rasmi KDN berhubung penarikan balik permit Mingguan Waktu.

Bagi penerbit akhbar, mereka boleh jatuh muflis jika permit akhbar dimatikan. Kes-kes begini banyak, dan tidak ada pihak tertentu, sama ada pemimpin Umno apatah lagi pembangkang tampil memberi ganti rugi. Risikonya kamilah tanggung tapi jika media kami mengkritik kerajaan, puak Umno melenting. Kalau puji sikit pun pembangkang atau melaporkan berita, atau tidak menyiarkan berita mengenai mereka, kami juga kena gasak. Belok ikut mana sekalipun yang menanggung rugi ialah penerbit.

Dalam konteks inilah saya kagum dengan penerbit tersohor Datuk Hussamuddin Yaacub (pemilik empayar Karangkraf) kerana "keberanian" menjadi penerbit bebas seperti kata orang "without fear or favour". Risikonya ditanggung tapi lebih besar risikonya, lebih besar pula untungnya. Lantas jika beliau kini menghampiri imej Rupert Murdock di London, ia ada asasnya dan kehebatan membina empayar Karangkraf dalam masa tidak sampai empat dekad.

Justeru kami sering dipesan, perniagaan selaku penerbit akhbar usahlah menjadi keutamaan. Allahyarham Tan Sri Khir Johari (pemilik asal akhbar Watan) dipetik berpesan tentang risiko menjadi penerbit akhbar. Pesanan beliau tentulah berdasarkan kawalan penerbitan yang termaktub dalam ISA dan perniagaan itu sendiri.

Justeru hari ini wartawan, penerbit dan penulis boleh bersyukur dengan keputusan kerajaan memansuhkan ISA dan memansuhkan keperluan memohon untuk memperbaharui permit penerbitan berkala setiap tahun.

Harus diakui, penerbit, wartawan dan penulis sering kecut perut apabila dipanggil pihak KDN. Sebab itu Menteri Dalam Negeri sering dilihat lebih berpengaruh dan berkuasa daripada Perdana Menteri. Zamannya King Ghaz nampak lebih berpengaruh daripada Perdana Menteri, kerana sebagai penjaga permit media dan ISA, kementeriannya berkuasa membatal atau menahan seseorang di bawah ISA. Malah bukanlah gurauan Perdana Menteri pun boleh dimasukkan ke ISA kerana kuasanya berada dalam tangan Menteri Dalam Negeri.

Beberapa minggu lalu saya terbabit dalam perbualan dengan kawan-kawan yang melibatkan diri dalam dunia penulisan. Salah satu topik perbualan ialah sikap kerajaan dalam bidang ini, khususnya melibatkan golongan penulis/wartawan. Tokoh akademik, Datuk Ramlah Adam dipetik memberitahu audiens di Ipoh, "penulis di Malaysia bukan boleh jadi kaya."

Tetapi mereka terlupa sumbangan penulis lebih bermakna jika dibandingkan sumbangan Jamal Abdillah atau Siti Nurhaliza. Tetapi walaupun banyak buku mengenai negara dan ahli politik di pasaran, jualannya tak seberapa. Menteri-menteri pun buat tak tahu sahaja, seperti kata Pak Habib (S H Alattas), nak tunggu menteri belanja secawan kopi pun payah. Maka tak hairan jika penulis lebih gemar menghentam kerajaan kerana buku begini boleh laris sehingga mencecah ratusan ribu naskhah. Justeru pada era pasca ISA, kerajaan perlu mengkaji semula kedudukan penulis tempatan supaya jangan sampai lebih ramai yang menghentam daripada menyokong kerajaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Polis bayar ganti rugi RM900,000

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Polis bayar ganti rugi RM900,000

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya Siti Khadijah berkata, perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28, (plaintif) jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan.

Katanya, semasa kejadian Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan, tetapi plaintif enggan berhenti hingga timbul pergelutan.

Siti Khadijah berkata, walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggungjawabnya, sebaliknya bertindak membawa plaintif ke hospital.

"Defendan pertama menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan.

"Defendan berkata, ketika kejadian (23 Oktober 2004) plaintif memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mem-punyai bukti plaintif terlibat pada hari itu," katanya.

Pada 18 Oktober 2007, Johari mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh.

Johari mendakwa Nadzri tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya.

Menerusi pembelaan, kedua-dua defendan berkata, tindakan menembak itu bertujuan mempertahankan diri dan sebelum pergelutan berlaku plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri.

Katanya, Plaintif juga cuba merampas pistol defendan.

Sepanjang prosiding Johari memanggil empat saksi, manakala defendan seramai enam orang.

Peguam V Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan Mariam Hasanah Othman mewakili defendan. - Bernama

3 pegawai SPRM dilucut tugas

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

3 pegawai SPRM dilucut tugas

SHAH ALAM – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya disyaki terbabit kes samun membabitkan AS$300,000 (RM900,000) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 15 September lalu, dilucutkan dari sebarang tugas aktiviti siasatan.

Menurut kenyataan SPRM semalam, semua pegawai itu dikecualikan dari sebarang tugas sehingga polis selesai menjalankan siasatan.

Dalam kenyataan sama, SPRM turut menafikan laporan sebuah akhbar arus perdana semalam, bertajuk '3 Pegawai Kanan SPRM Ditahan'.

"Tiga pegawai ditahan bukan terdiri daripada Pegawai Kanan tertinggi SPRM.

"Dakwaan ini adalah dakwaan serius. Kita sedang membantu polis dalam siasatan berkaitan kes, malah yakin siasatan dilakukan secara menyeluruh dan telus," katanya.

Sementara itu, 15 September lalu, ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit dikatakan membuat pemeriksaan mengejut terhadap seorang pengurup wang yang dalam proses hendak membawa keluar AS$300,000 ke Singapura. Suspek cuba mengugut mangsa supaya menyerahkan sejumlah wang bagi tujuan melepaskannya dari pemeriksaan, namun mangsa enggan menuruti arahan mereka.

Suspek kemudiannya, bertindak mengambil wang berkenaan yang kononnya untuk dirampas sebelum menghilangkan diri.

Kelmarin, polis mengesahkan penahanan tiga pegawai SPRM Putrajaya itu dan mereka direman untuk siasatan lanjut sehingga 26 September ini.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved