Sinar Harian :: Suara Cakna |
Serangan Libya tamat 90 hari lagi Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT Serangan Libya tamat 90 hari lagi
|
BRUSSELS - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengumumkan, semalam, pasukan itu yakin dapat menamatkan operasi ketenteraan di Libya dalam tempoh 90 hari lagi. Namun, komander operasi Nato di Libya, Leftenan Jeneral Charles Bouchard berkata, misi ketenteraan di negara Afrika Utara itu akan diteruskan jika terdapat ancaman kepada orang awam, kenyataan penuh kepura-puraan dan hanya menguntungkan negara Barat yang cuba menguasai simpanan minyak di Libya. Negara anggota Nato, kelmarin, bersetuju melanjutkan operasi di Libya yang sepatutnya tamat, 27 September ini, iaitu lanjutan kedua sejak operasi itu bermula, 31 Mac lalu. |
Dua dipenjara isu rasuah Sukan SEA Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT Dua dipenjara isu rasuah Sukan SEA
JAKARTA - Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman ke atas dua individu yang didakwa terlibat dengan rasuah berkaitan penganjuran Sukan Asia Tenggara (SEA) di negara itu. Broker saham, Mindo Rosalina Manulang dan pengarah pemasaran, Muhammad El Idris dijatuhi hukuman penjara dua tahun setiap seorang dan didenda AS$22,600 (RM71,200). Mereka disabit bersalah kerana memberi suapan kira-kira AS$375,000 (RM1.2 juta) dalam bentuk cek kepada Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Wafid Muharman untuk mendapatkan tender bagi membina perkampungan atlit di Palembang. Wafid dijangka turut menerima hukuman mahkamah tidak lama lagi. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan