Rabu, 27 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mubarak tidak mahu makan

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mubarak tidak mahu makan SHARM AL-SHEIKH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak enggan makan sejak empat hari lalu, menyebabkannya kehilangan berat badan dan semakin lemah, menurut ketua pasukan perubatannya, kelmarin.

Menurut pakar di Hospital Sharm Al-Sheikh, Mubarak akan meminum air hanya apabila dipaksa pasukan peruba-tan atau isterinya.

"Kami boleh memberinya makanan melalui tiub jika keadaan beliau semakin teruk, namun apa yang paling membimbangkan adalah keadaan psikologinya yang merosot," menurut doktor beliau, Assam Azzam.

Perkembangan terbaru itu meningkatkan spekulasi Mubarak tidak akan dibicarakan minggu depan seperti yang dijadual dan penangguhan itu akan meningkatkan ketegangan antara majlis tentera yang memerintah Mesir sejak pemimpin itu digulingkan dan penunjuk perasaan.

Rakyat Mesir sebelum ini menuduh tentera melengahkan proses pendakwaan pemimpin kuku besi itu atas kesalahan membunuh penunjuk perasaan semasa protes Januari lalu.

Remaja AS dipenjara

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Remaja AS dipenjara

MEXICO CITY - Seorang remaja warga Amerika Syarikat (AS) berumur 14 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah Mexico atas kesalahan membunuh, menculik dan mengedar dadah.

Edgar Jimenez terlibat dengan kumpulan pengedar dadah di Mexico sebelum dia ditahan oleh askar negara itu, Disember lalu semasa cuba memasuki AS.

Mahkamah juvana mendapati remaja bawah umur itu bersalah atas empat jenayah termasuk membunuh empat orang sebelum menggantung mayat mangsa di sebuah jambatan berhampiran Mexico City, Ogos lalu.

"Jimenez mengaku membunuh tujuh orang di bawah pengaruh dadah yang diberikan kepadannya oleh ketua kumpulan itu," menurut kenyataan tentera, Ogos lalu.

Remaja bawah umur dilihat semakin terlibat dalam perang terhadap kumpulan dadah dilancarkan kerajaan negara itu yang mengorbankan hampir 40,000 nyawa dalam tempoh lebih empat tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tuntut gugur hukuman

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tuntut gugur hukuman ALOR SETAR - Lebih 300 mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semalam mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut pengurusan institusi itu menggugurkan tindakan tatatertib terhadap lima mahasiswanya yang digantung pengajian selama satu hingga dua semester setelah terbabit dalam penganjuran demonstrasi di institusi itu pada 1 April lalu.

Perhimpunan aman selama lebih sejam itu dibuat selepas mereka difahamkan tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan Kuin diketuai Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman menolak permohonan rayuan mereka pada 6 Julai lalu.

Antara perkara lain yang dituntut kumpulan mahasiswa terbabit adalah supaya pentadbiran Kuin lebih menghormati hak dan kebebasan bersuara pelajar, prihatin menyelesaikan kebajikan dan mengembalikan Diploma Tahfiz kepada kolej universiti berkenaan.

Sinar Harian turut difahamkan terdapat notis larangan berhimpun di mana-mana kawasan kampus Kuin ditampal oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada pagi semalam selepas permohonan untuk mengadakan perhimpunan aman oleh mahasiswa tidak diluluskan.

Seorang mahasiswa yang enggan dikenali berkata, sebelum bermulanya sesi perhimpunan aman, kesemua peserta berkumpul di surau Kuin untuk menunaikan solat Zuhur dan solat hajat sebelum bergerak ke Sudut Pidato.

Menurutnya, peserta perhimpunan aman itu kemudiannya berkumpul di hadapan pejabat HEP pada jam 2 petang sebelum berarak kira-kira 100 meter ke pejabat Rektor Kuin bagi menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan.

"Terdapat beberapa wakil kepimpinan pelajar yang berucap di Sudut Pidato tanpa menggunakan pembesar suara bagi menghormati arahan pengurusan Kuin dan memohon mereka memberi ruang lebih kepada aktivis mahasiswa untuk bersuara.

"Mereka melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan kesemua tuntutan yang diminta," katanya.

Memorandum tersebut berjaya diserahkan oleh seorang wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin kepada wakil Rektor memandangkan Dr Jamil difahamkan tiada di pejabat kerana bertugas di luar kawasan.

Sekumpulan 15 wakil pertubuhan mahasiswa turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan pelajar Kuin itu.

Mereka terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Kumpulan Aktivitis Mahasiswa Independen (Kami), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Prograsif Upsi (LMP) dan Aksi Mahasiswa Peduli.

Suasana perhimpunan diadakan dalam keadaan aman dan terkawal walaupun pengurusan Kuin mengambil tindakan drastik menutup pintu pagar universiti dipercayai bagi mengelakkan campur tangan pihak luar.

Pada 1 April lalu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar Kuin mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan kolej itu yang mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari.

Berikutan itu, enam pelajar yang terlibat dalam demonstrasi tersebut dikenakan tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Tatatertib Kuin termasuk hukuman gantung satu hingga dua semester pengajian terhadap lima mahasiswa terlibat dan manakala seorang lagi dikenakan hukuman denda RM100.

Enam penuntut terbabit yang dikenakan tindakan tatatertib ialah bekas Presiden MPM Kuin, Mohd Faiz Mohd Arshad (digantung dua semester pengajian), bekas Naib Presiden Mohd Azlan Mat Zain (surat amaran dan digantung satu semester), Ahmad Remi Mohd Arof (surat amaran dan digantung satu semester), Mohamad Farhan Mohamad Baharin (surat amaran dan denda RM100), Zukhilatif Marzuki (surat amaran dan digantung satu semester) dan bekas Pengerusi Biro Penerangan MPM Kuin, Muhamad Aiman Abd Razak (surat amaran dan digantung satu semester).

Pada 11 Januari lalu, hampir 3,000 mahasiswa Kuin mengadakan perhimpunan aman menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan kolej mengenai isu-isu berbangkit, yang diadakan di pekarangan Sudut Pidato sebelum berarak memasuki Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Mahasiswa dan mahasiswi berpakaian serba hitam antaranya membawa sepanduk menyuarakan rasa kecewa, seterusnya mengadakan perjumpaan secara bersemuka di Perhimpunan Mega Mahasiswa, yang turut dihadiri Dr Jamil dan beberapa pensyarah kanan.

Majlis dialog dua jam itu diadakan antara wakil pelajar termasuk pelajar antarabangsa dengan pihak pentadbiran Kuin untuk mencapai kata sepakat dalam beberapa isu dibangkitkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Bengang cukai taksiran naik

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bengang cukai taksiran naik IPOH – Rata-rata peniaga di kawasan Bercham khususnya Taman Cahaya Bercham melahirkan rasa tidak puas hati apabila masing-masing menerima notis kenaikan cukai taksiran sebanyak 120 peratus bermula September depan.

Pengerusi Rukun Tetangga Bercham, Tan Swee Kong berkata, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meminda Senarai Nilaian pada 10 Ogos ini dan mula dikuatkuasakan pada 1 September depan.

Menurutnya, kenaikan yang dikenakan tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum ini peniaga hanya perlu membayar sebanyak RM336 setiap penggal tetapi selepas ini perlu menjelaskan cukai taksiran sebanyak RM729.

"Kami memang tidak puas hati, bagaimana kenaikan sebanyak ini boleh berlaku sedangkan sebelum ini menteri berkaitan pernah mengumumkan bahawa cukai taksiran tidak akan dinaikkan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Katanya, difahamkan bahawa pihak MBI akan menaikkan jumlah cukai taksiran dengan membuat penilaian semula harta benda bagi kawasan ini.

"Ini menyeksa penduduk kerana kebanyakan lot kedai sedia ada sudah lama dan sebahagian daripadanya tidak lagi beroperasi.

"Kawasan ini agak terpencil dan tidak menjadi tumpuan orang ramai menyebabkan kebanyakan kedai terpaksa ditutup dan hanya dijadikan tempat penyimpan barang sahaja," katanya.

Tambahnya, terdapat kira-kira 20 hingga 30 kedai telah menerima notis tersebut dan masing-masing tidak berpuas hati kerana kenaikan itu adalah tidak munasabah.

"Kita akan kumpulkan semua penduduk yang menerima notis berkenaan untuk membuat satu bantahan. Kami tak faham bagaimana kenaikan cukai taksiran lebih tinggi berbanding cukai tanah.

"Kenaikan tersebut tidak wajar dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MBI di kawasan ini.

"Jika keadaan tetap berlaku, ia akan mendatangkan kemarahan kepada penduduk," katanya.

'Slogan kosmetik'

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Slogan kosmetik' SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pakatan rakyat (PR) Selangor melancarkan slogan baru 'Selangorku' 24 Julai lalu hanyalah sekadar 'kosmetik' bagi mengaburi mata rakyat terhadap kegagalan mereka dalam program pembangunan di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, slogan berkenaan yang dibuat bagi menggantikan slogan Kerajaan Negeri sebelum ini iaitu 'Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)' sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dan dilihat sekadar retorik semata-mata.

Menurutnya, Kerajaan PR Selangor dilihat gagal melaksanakan apa yang pernah dijanjikankepada rakyat baik dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial.

"Dulu slogan mereka MES, tetapi sekarang program barudengan nama 'Selangorku' pula sebab mereka sedar bahawa program MES telah gagal mencapai sasaran dan matlamatnya.

"Kerajaan PR ini memang tidak ada kerja lain asyik hendak ubah slogan sahaja. Oleh itu saya tidak hairan mereka ubah slogan kerana mereka mahu menutup kelemahan dan kegagalan mereka pada mata rakyat. Mereka berikanpelbagai alasan kepada rakyat seperti ketelusan, tanggungjawab dan sebagainya," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan biasiswa kepada 38 pelajar miskin di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di sini semalam yang turutdihadiri oleh Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Katanya, Kerajaan PR tidak layak untuk bercakap soal ketelusan dalam pentadbiran kerana mereka gagal melaksanakanpentadbiran dengan baik termasuklah wujudnya salah guna kuasa dan kewangan.

"Kerajaan Negeri juga tidak terlepas dari amalan penyalahgunaan kuasa apabila dalam laporan Suruhanjaya DiRaja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock dilaporkan pihak berkenaan mempergunakan lesen kontraktor kelas F (khasBumiputera) untuk mengaut keuntungan 90 peratus untuk disalurkan untuk kepentingan politik DAP," katanya.

Noh berkata, Kerajaan Negeri turut bertindak zalim apabila "merampas' merampas tanah milik YBK seluas kira-kira 323 hektar manakala baki tanah seluas 323 hektar lagi telah di kaveat menyebabkan YBK tidak boleh mengusahakantanah milik mereka.

Katanya, tindakan itu menyebabkan rancangan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor tidak dapat dilaksanakan sekali gus merugikan rakyat dannegeri dari segi perkembangan pendidikan.

"Itu tidak lagi termasuk kerugian yang saya difahamkan yang dialami oleh Universiti Selangor (Unisel).," katanya.

Ahad lalu, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, slogan 'Selangorku' itu adalah kesinambungan program MES dan 'Hasil Negeri untuk Rakyat'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Tuhan lindungi kami’

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Tuhan lindungi kami' KUALA TERENGGANU - Tindakan pantas seorang ibu yang kini dalam berpantang, berjaya menyelamatkan dua orang anaknya, termasuk bayinya yang berusia 22 hari dan tiga tahun daripada rentung, dalam kejadian kebakaran di Kampung Padang Tengir, Manir di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, keluarga itu terpaksa berputih mata setelah rumah mereka hangus sama sekali dan mengalami kerugian kira-kira RM70,000, termasuk barangan keperluan bayi yang baru dilahirkan serta pakaian raya anak-anaknya.

Mangsa, Nor Azizah Yusof, 42, ketika ditemui berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika dia sedang menyusukan bayinya, Wan Mohd Hazim yang berusia 22 hari di bilik tidur utama.

Bagaimanapun katanya, dia terdengar seperti bunyi letupan dari bilik tidur bersebelahan, sebelum mengambil keputusan untuk menjenguk.

"Bila saya masuk ke bilik tidur sebelah, api sedang marak, menyebabkan saya bergegas keluar menyelamatkan bayi dan anak perempuan saya, Wan Noraihana Sofia, 3, sebelum meminta pertolongan jiran.

"Apabila kembali ke rumah untuk menyelamatkan barang yang ada, api sudah terlalu marak dan sebahagian daripada rumah sudah runtuh. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan kemas, buku bank dan barangan penting," katanya sayu.

Ketika kejadian, empat anaknya yang lain yang berusia antara lima hingga 11 tahun berada di sekolah manakala suaminya, Wan Ramli Wan Muda, 41, yang bekerja sebagai tukang kayu, berada di tempat kerja.

Menurut Nor Azizah, kebakaran itu mungkin berpunca daripada peralatan bertangas yang baru dua hari dilakukannya, sebagai rawatan susulan selepas bersalin di bilik berkenaan.

Jiran mangsa, Fadzli Jusoh, 26, berkata, dia menyedari kejadian tersebut kira-kira jam 9.40 pagi apabila melihat api sudah mula marak, sebelum mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, TPgB Kamerul Bieza Mohamed Kassim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.57 pagi daripada orang awam dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

"Kita telah menggerakkan 14 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu dengan tiga buah jentera. Bagaimanapun apabila sampai di tempat kejadian, keseluruhan rumah itu hangus, mungkin kerana faktor rumah kayu yang memungkinkan ia merebak dengan cepat.

"Bagaimanapun, kita berjaya mengawal api dalam masa lima minit, daripada merebak ke kediaman berhampiran. Kita kenal pasti tiga mangsa yang terlibat tetapi mereka semua berada dalam keadaan selamat," katanya.

Menurut beliau, punca kejadian masih dalam siasatan tetapi tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada peralatan bertangas yang digunakan mangsa sebagai rawatan selepas bersalin.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Lelaki Singapura ke tali gantung kerana edar dadah

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki warga Singapura hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah terhadap empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan membuat keputusan itu terhadap Ng Yan Seng, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Ng didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 376.91 gram di rumah bernombor 33, Jalan Kempas, Taman Megah Ria, Seri Alam, di sini, kira-kira pukul 7.30 malam, 19 Nov 2008.

Bagi tiga pertuduhan seterusnya, dia didakwa mengedar 257.75 gram methamphetamine, 19.23 gram monoacetylmorphines dan 667.16 gram ketamin, di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan memiliki dadah pula, Ng dikenakan hukuman penjara dua tahun atas dakwaan memiliki nimetazepam (Eramin 5) seberat 10.70 gram, juga di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Samsudin berkata tertuduh ketika ditahan hanya berseorangan di dalam rumah terbabit.

"Tidak ada orang lain malah semua dadah itu ditemui dalam bilik tertuduh. Berdasarkan bukti, hanya tertuduh menyewa rumah berkenaan, bukan orang lain," kata Samsudin.

Katanya kenyataan tertuduh mengenai seorang lelaki bernama Mike sebagai pemilik semua dadah terbabit tidak berasas kerana pembelaan gagal membuktikan kewujudan lelaki terbabit sepanjang tempoh perbicaraan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar dan Farah Ezlin Yusop Khan manakala tertuduh diwakili peguam, K.L Chee. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja OKU hilang 25 Mei lalu ditemui mati dalam Sungai Pida 3, Jitra

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Remaja OKU hilang 25 Mei lalu ditemui mati dalam Sungai Pida 3, Jitra

JITRA - Kehilangan seorang remaja lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak dua bulan lalu terjawab apabila mangsa ditemui mati lemas dalam Sungai Pida 3, Tunjang dekat sini, tengah hari tadi.

Penemuan basikal milik Mohd Fikril Mohd Yusoff, 25, oleh orang kampung di sungai itu berikutan air sungai yang surut membawa kepada penemuan mayatnya oleh anggota Bomba dan Penyelamat Jitra kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Hasbullah Mohd Isa berkata pihaknya yang menerima panggilan pukul 11.40 pagi bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian bagi operasi mencari mayat mangsa setelah penemuan basikal itu.

"Kita menemui mayat mangsa dalam keadaan bertulang rangka tersepit pada basikal yang dipercayai milik mangsa. Ekoran terlalu lama dalam sungai yang kedalamannya satu meter menyebabkan kulit mereput," katanya, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat. Pada 25 Mei lalu, Mohd Fikril dari Kampung Pida Tiga, Air Hitam dekat sini dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya untuk keluar merayau-rayau di Pekan Air Hitam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Maut selepas 15 jam nahas

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maut selepas 15 jam nahas BENTONG – Seorang lelaki bertarung nyawa hampir 15 jam sebelum maut selepas terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 7 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, mangsa, Choo Weng Leong, 29, disahkan mati pada jam 7 petang hari yang sama selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk menerima rawatan lanjut.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong menaiki kereta jenis Nissan Sunny seorang diri.

"Setibanya di tempat kejadian, kenderaan yang dipandunya itu dipercayai terbabas ke kanan jalan memasuki laluan bertentangan.

"Kemudian bertembung dengan sebuah lori jenis Hicom tanpa muatan dari arah Bentong ke Raub," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di bahagian hadapan kereta dan terpaksa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bentong.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah kedua kaki dan bahagian dada.

"Kes kemalangan ini masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Rompak ibu saudara

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rompak ibu saudara KOTA BHARU – Seorang pemuda dari Kampung Kota, di sini berdepan seksaan penjara sehingga 20 tahun selepas dituduh merompak ibu saudaranya sendiri dalam kejadian di Pasir Puteh lebih tiga minggu lalu.

Berikutan tuduhan itu, Nur Aizat Ibrahim Affandi, 26 bersama rakanya, Wan Mohd Khairul Wan Mohd Sidek, 24 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, semalam.

Mengikut pertuduhan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin, mereka didakwa secara bersama melakukan kesalahan terhadap warga emas berusia 66 tahun tersebut bertempat di Banggol Sentul, Selising, Pasir Puteh, 4 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, Nur Aizat dan Wan Mohd Khairul dikatakan secara berkumpulan merompak Rokiah Abdullah dengan mengambil seutas rantai tangan, rantai leher dan seunit telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM12,000.

Selain penjara sehingga 20 tahun, mereka boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding di mahkamah semalam, kedua-duanya mengangguk tanda faham sejurus pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan jurubahasa mahkamah.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang pengakuan salah rekodkan sebaliknya masing-masing memohon mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Hakim Zainal L. Salleh kemudiannya menetapkan 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

"Tidak ada sebarang jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh," katanya.

kumpul 1,001 kenangan

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kumpul 1,001 kenangan KOTA TINGGI - Walaupun pondok yang dibina sejak tiga tahun lalu di Taman Sri Saujana nampak kecil dan ringkas, namun jangan disangka ianya memberi begitu banyak kenangan dan manfaat buat penduduk Fasa Enam taman ini.

Manakan tidak, pondok kecil inilah tempat mereka berkumpul dan mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah majlis hari kelahiran anak-anak penduduk. Dan pondok kecil ini jugalah yang merapatkan lagi hubungan kejiranan dalam semangat kekeluargaan.

Program biometrik: 390,404 berdaftar

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Program biometrik: 390,404 berdaftar PUTRAJAYA - Seramai 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan, telah mendaftar di bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, sejak program berkenaan mula dilaksanakan 13 Julai lepas.

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan majikan untuk segera mendaftarkan pekerja masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, sehingga 31 Julai ini.

Hishammuddin berkata, walaupun jumlah itu masih kurang, beliau percaya angka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari kerana mengikut rekod Jabatan Imigresen, terdapat 1.75 juta pekerja asing sah yang bekerja di negara ini.

Menurutnya, setakat ini beliau berpuas hati dengan operasi pendaftaran itu, di kesemua 37 pejabat Imigresen seluruh negara kerana purata tempoh yang diambil bagi mendaftar seseorang pekerja asing itu hanya mengambil masa dua minit sahaja.

"Secara umumnya, saya berpuas hati dengan operasi pelaksanaan pendaftaran yang dilaksanakan di semua pejabat Imigresen seluruh negara khususnya komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap petugas Jabatan Imigresen yang sanggup bekerja sehingga lewat malam termasuk beroperasi 24 jam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi pendaftaran pekerja asing sah di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hisham�muddin berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memberikan 'keistimewaan' kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam program berkenaan.

"Saya sedang mempertimbangkan, bila masa program pemutihan nanti, kita beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja asing... kepada majikan yang mendaftar awal.

"Lagi lambat (majikan mendaftar), lagi susah dia nak dapat pekerja asing. Jangan salahkan saya kerana bila kita suruh mereka buat (daftar), mereka liat nak pergi, tetapi bila nak pekerja asing, macam-macam alasan diberikan," katanya. :- Bernama

:

Moderator terpaksa tenangkan keadaan

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Moderator terpaksa tenangkan keadaan SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian yang dibarisi ahli panel terdiri daripada tokoh kontroversi berjalan dengan lancar walaupun kadangkala hangat disebabkan sikap segelintir penonton yang sengaja melakukan provokasi dan tidak mampu mengawal perasaan.

Keadaan itu menyebabkan moderator, Wan Saiful Wan Jan terpaksa berdiri beberapa kali bagi menenangkan keadaan.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata, wacana yang dibawakan oleh Sinar Harian kali ini benar-benar menguji kewibawaannya sebagai moderator.

"Saya sering kali diundang menjadi moderator, bagaimanapun saya tidak pernah menghadapi situasi hangat sebegini sehinggakan ada ketika saya terpaksa berdiri bagi menenangkan keadaan.

"Setiap persoalan yang di utarakan mendapat sambutan hebat daripada penonton yang hadir sehinggakan saya sendiri sukar untuk mencelah," katanya.

Menurutnya, beliau teruja dan berterima kasih dijemput untuk mengendalikan wacana yang bertajuk 'Apa Selepas 9 Julai' itu dan menganggap wacana yang dianjurkan satu program ilmu yang sangat bermanfaat.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tukang cat dihukum mati edar dadah

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tukang cat dihukum mati edar dadah JOHOR BAHRU – Seorang tukang cat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Lau Ivan, 44.

Ivan didapati bersalah, mengedar dadah jenis ketamin seberat 18,000 gram (g).

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati mengedar dadah itu seberat 1,662.81 g di hadapan pintu lif Blok B, Larkin Perdana, Larkin, di sini, sekitar jam 11.15 pagi, 16 Disember 2008 dan pertuduhan kedua, mengedar dadah sama seberat 16,383.21 g di sebuah rumah No. B-1603 tingkat 16 Blok B, Apartment Sri Impian, Jalan Larkin Perdana 1, di sini, sekitar jam 12.30 pagi pada tarikh sama.

Terdahulu, polis melakukan serbuan di hadapan pintu lif Blok B, Larkin Perdana, Larkin, di sini, menjumpai sejumlah dadah dipercayai jenis ketamin bersama beberapa barang lain.

Siasatan seterusnya membawa kepada penemuan dadah sama di tempat kejadian kedua itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya, Mohd Azlan Shah Mohd Allias manakala lelaki itu diwakili peguam, Syed Ismail Syed Omar.

Anwar fail afidavit untuk temu bual lima saksi

Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT

Anwar fail afidavit untuk temu bual lima saksi KUALA LUMPUR – Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan afidavit permohonan untuk pihak pembelaan menemubual lima saksi berhubung perbicaraan kes liwat beliau.

Anwar memfailkan permohonan itu semalam, melalui Tetuan Karpal Singh & Co dengan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi.

Tiga saksi lain, pemilik kondominium, Hasanuddin Abd Hamid; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Melalui afidavit itu Anwar menyatakan, pada 16 Mei lalu, beliau dipanggil hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, dan pihak pendakwaan menawarkan seramai 71 saksi.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kepada mahkamah untuk memanggil seramai 25 daripada semua saksi yang ditawarkan itu.

Bagaimanapun hanya lima saksi hadir setelah diwajibkan kehadiran mereka ke mahkamah iaitu bekas ratu pecut, Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid (bekas doktor Pusrawi); adik perempuan Mohd Saiful, Saidaiti Azlan; seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur, Anantha Raj Daniel Joseph Thomas dan bekas pegawai khas Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, Profesor Madya Khairil Annas Jusoh.

Anwar dalam notisnya menyatakan pihak pendakwaan diwajibkan di sisi undang-undang untuk memastikan kehadiran semua saksi ditemu bual untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved