SH |
Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT Maut selepas 15 jam nahas
BENTONG – Seorang lelaki bertarung nyawa hampir 15 jam sebelum maut selepas terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 7 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, mangsa, Choo Weng Leong, 29, disahkan mati pada jam 7 petang hari yang sama selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk menerima rawatan lanjut. Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong menaiki kereta jenis Nissan Sunny seorang diri. "Setibanya di tempat kejadian, kenderaan yang dipandunya itu dipercayai terbabas ke kanan jalan memasuki laluan bertentangan. "Kemudian bertembung dengan sebuah lori jenis Hicom tanpa muatan dari arah Bentong ke Raub," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di bahagian hadapan kereta dan terpaksa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bentong. Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah kedua kaki dan bahagian dada. "Kes kemalangan ini masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan