SH |
Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT 'Tuhan lindungi kami'
KUALA TERENGGANU - Tindakan pantas seorang ibu yang kini dalam berpantang, berjaya menyelamatkan dua orang anaknya, termasuk bayinya yang berusia 22 hari dan tiga tahun daripada rentung, dalam kejadian kebakaran di Kampung Padang Tengir, Manir di sini, pagi semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Bagaimanapun, keluarga itu terpaksa berputih mata setelah rumah mereka hangus sama sekali dan mengalami kerugian kira-kira RM70,000, termasuk barangan keperluan bayi yang baru dilahirkan serta pakaian raya anak-anaknya. Mangsa, Nor Azizah Yusof, 42, ketika ditemui berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika dia sedang menyusukan bayinya, Wan Mohd Hazim yang berusia 22 hari di bilik tidur utama. Bagaimanapun katanya, dia terdengar seperti bunyi letupan dari bilik tidur bersebelahan, sebelum mengambil keputusan untuk menjenguk. "Bila saya masuk ke bilik tidur sebelah, api sedang marak, menyebabkan saya bergegas keluar menyelamatkan bayi dan anak perempuan saya, Wan Noraihana Sofia, 3, sebelum meminta pertolongan jiran. "Apabila kembali ke rumah untuk menyelamatkan barang yang ada, api sudah terlalu marak dan sebahagian daripada rumah sudah runtuh. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan kemas, buku bank dan barangan penting," katanya sayu. Ketika kejadian, empat anaknya yang lain yang berusia antara lima hingga 11 tahun berada di sekolah manakala suaminya, Wan Ramli Wan Muda, 41, yang bekerja sebagai tukang kayu, berada di tempat kerja. Menurut Nor Azizah, kebakaran itu mungkin berpunca daripada peralatan bertangas yang baru dua hari dilakukannya, sebagai rawatan susulan selepas bersalin di bilik berkenaan. Jiran mangsa, Fadzli Jusoh, 26, berkata, dia menyedari kejadian tersebut kira-kira jam 9.40 pagi apabila melihat api sudah mula marak, sebelum mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, TPgB Kamerul Bieza Mohamed Kassim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.57 pagi daripada orang awam dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian. "Kita telah menggerakkan 14 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu dengan tiga buah jentera. Bagaimanapun apabila sampai di tempat kejadian, keseluruhan rumah itu hangus, mungkin kerana faktor rumah kayu yang memungkinkan ia merebak dengan cepat. "Bagaimanapun, kita berjaya mengawal api dalam masa lima minit, daripada merebak ke kediaman berhampiran. Kita kenal pasti tiga mangsa yang terlibat tetapi mereka semua berada dalam keadaan selamat," katanya. Menurut beliau, punca kejadian masih dalam siasatan tetapi tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada peralatan bertangas yang digunakan mangsa sebagai rawatan selepas bersalin. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan